Saturday, December 12, 2009

Khalidah Adibah

Ke mana-mana saya pergi dan belek tidak kira samaada di surat khabar, makalah, buku dan jurnal saya selalu bertemu dengannya: Adibah Amin.Rasanya, tidak sah bila memperkatakan tentang kewartawan, perbukuan, terjemahan, bahasa Inggeris dan editorial tanpa membubuh namanya dalam sejarah moden Malaysia.

Saya membesar bukan zaman ketika beliau ghairah menulis dalam tahun-tahun 70-an dan awal 80-an dahulu.Namun begitu, Glimpses, iaitu himpunan anekdot-anekdot zaman tersebut seperti telah membawa saya ke era tersebut.Secara tidak langsung memperlihatkan zaman perubahan masyarakat Malaysia seperti yang ada hari ini.

Saya mengamat kembali sikap masyarakat Malaysia yang multi etnik dan kelangsungan hidup orang Melayu sampai hari ini dalam mempertahankan bahasa,dan budaya.Meskipun, cerapan Adibah adalah menurut mata seorang Melayu urban ketika itu.Saya budak kampungan.

Dalam banyak anekdot itu, saya suka yang berkaitan dengan bahasa, I speak bahasa.

Ia mengingatkan kembali hal di Thailand yang memalukan saya beberapa waktu dulu yang berlaku ketika bahasa Inggeris saya masih lemah.

Sungguh memalukan.

Ketika itu saya berfikir bagaimana untuk memterjemah ''sleeping beauty.''Oleh kerana saya beragama Islam terjemah menjadi '' tidur dalam iman.'' Gelak besar.Mulanya saya hendak terjemah menjadi, '' Buddha Tidur.''


glimpses
Adibah Amin
MPH

4 comments:

Nora Isma Fuad said...

as salam, setuju sekali dengan pandangan anda. Adibah antara editor yang bukan sahaja peka Bahasa Inggeris malah juga pakar dalam Bahasa Kebangsaan.

Saya ada koleksi beberapa buku Adibah. Saya suka sangat penulisannya dalam akhbar pada masa dulu.

Isma Ae Mohamad said...

Saya selalu beranggapan Adibah guru bahasa Inggeris saya..

najibah said...

Tumpang gelak baca terjemahan "Sleeping Beauty".

Isma Ae Mohamad said...

Ia sangat memalukan. Itulah kalau kita terlampau kraetif tanpa ilmu yang cukup.

Anggap ia pelajaran yang berguna.