Bertuah lelaki itu.Bukan mudah dapat beristeri dengan gadis secantik serta sebaik Naurah Salsabila.Bermula di Facebook, ''Saya tanya dia soalan agama, dia jawab dan bermula dari situlah sehinggalah dia bertanyakan saya sudah berpunya ataupun belum."
Tetapi Naurah telah dilamar oleh beberapa lelaki yang lebih tinggi kedudukan berbanding lelaki itu yang hanya pegawai kelas C.Setelah Naurah memberithunya, ''...perihal lelaki-lelaki sebelumnya, dia kemudian mulai nampak menjauhkan diri."Apakah ini taktik memikat perempuan?
Jodoh tetap jodoh. Mungkin lelaki itu seorang penulis, pandai berceramah dan cintakan ilmu telah memikat hati Naurah. "Tetapi dia adalah penulis dan kerap juga berceramah, sekarang ini pun dia jadi imam rawatib di sebuah masjid baru di Wangsa Maju.Orangnya cintakan ilmu, sekarang sedang belajar dan katanya sehabis sahaja ijazah sarjana muda dia mahu terus sambung ijazah sarjana pengajian Islam pula. Dia juga secara jujur berkata jika mahu senang bersamanya, dia tidak dapat beri kerana dia masih belajar."
Naurah Salsabila yang diceritakan ini adalah seorang jururawat di PPUM. Tetapi anda silap besar jika beranggapan novel Nian Hati Salsabila adalah kisah jururawat dalam drama TV berkaitan perubatan yang bertungkus lumus dalam wad.Ia kisah seorang jururawat dengan kerja amalnya sambil memikirkan masa depannya untuk berkeluarga. Ia sebuah kisah yang sederhana yang mengalir turun dari tanah tinggi Cameron Highlands ke Lembah Klang.
Pernah kita dengar terutama di kalangan lelaki hari ini, ''Kalau dapat kahwin dengan jururawat, itu sudah dikira untung besar."Begitu juga dengan ibubapa, saham anak mereka akan meninggi jika menjadi seorang jururawat.Anggapan ini terus tumbuh dibenak orang Melayu sekarang ini, semakin membesar; mahu menjadi jururawat kerana senang dapat kerja. Sedangkan tugas jururawat sangat mulia. Dan disinilah letak tanggungjawab penulis yang beristeri seorang jururawat supaya dapat membetulkan semula persepsi ini. Semoga Nian Hati Salsabila menjadi pembuka jalan kepada dunia kejururawatan yang sebenarnya dalam erti kata Islam. Sebagai pembaca, kehidupan dan cabaran sebagai jururawat mesti didedahkan untuk karya seterusnya...yang selama ini telah menjadi pendapat umum, jururawat hospital kerajaan tidak mesra rakyat, garang.Rupanya masih ramai lagi jururawat yang baik hati seperti Naurah Salsabila...
Nian Hati Salsabila
Zahiruddin Zabidi
PTS Litera
Nota: Saya terlibat langsung dalam menyediakan jamuan perkahwinan Naurah dan .....
3 comments:
salam..
menarik untuk dihadiahkan kepada kawan saya yang belajar dalam bidang kejururawatan. ramai orang yang memandang rendah kepada bidang kejururawatan..
saya pernah dimarahi jururawat hospital kerajaan tapi itu tidak bermakna jururawat kerajaan tak beretika..
ada x siri nian hati salsabila yang ke-2..ceritnya menarik juga
Post a Comment