Thursday, December 31, 2009

Nelson Rand

Saya pernah berkata, "Kalau boleh Ae mahu pergi ke Afghanistan atau pun di Iraq untuk buat liputan." Selepas saya diberi nasihat agar berhenti menulis tentang konflik selatan Thai oleh seorang sepupu beberapa ketika dahulu.Kerana sejak kecil saya bercita-cita menjadi seorang 'wartawan perang.'

Tidak hairanlah Conflict: Journeys through War and Teror in Southests Asia oleh Nelson Rand
membuatkan saya begitu teruja sekali membaca dan mengamati pandangannya tentang konflik di Asia Tenggara. Lebih-lebih lagi beberapa subjek beliau juga adalah subjek kegemaran saya. Iaitu konflik separatis di Burma dan Selatan Thai.

Keberanian Nelson terjun ke neraka perang telah menjadikan beliau seorang jurnalis yang baik dalam erti kata kewartawanan.Beliau berpetualang bersenjatakan kamera, buku nota dan perasaan ingin tahu yang dalam untuk menyelami perasaan manusia yang terlibat dengan konflik.

Buku yang dibahagi kepada empat bahagian; ke Kemboja pada akhir 1990-an, bumi Karen di Burma dari tahun 2000 hingga 2002, di Laos Hmong pada tahun 2004, dan konflik di Selatan Thai pada tahun 2008.

Rand menjelaskan niat utama beliau menulis; “draws heavily on my experiences, the aim is not to tell my story, but the story of these conflicts and the people caught up in them."

Cerita Rand bermula di Kemboja:
I arrived in Cambodia about a week after Pol Pot's death on 15 April 1998, with the aim of travelling to Anlong Veng to launch my career as a journalist."

Selepas itu cerita banyak berkisar tentang Kemboja melalui perbualan dan foto-foto lama Pol Pot yang berjaya di jual kepada AP, itulah hasil kewartawannya yang pertama dapat dijual.

Tentulah cara pandang Rand juga mungkin seperti kita yang melihat setiap puak pemberontak itu adalah baik.Dan tentera pemerintah itu jahat.Dan selalu Rand mengatakan puak pemberontak Karen adalah rakannya. Dia sendiri berpeluang menyaksikan pertempuran Karen menentang tentera Junta Myanmar. Begitu, dengan perasaan sedih dia melihat sendiri kemelaratan puak Hmong di Loas yang ditindas kerajaan Komunis Loas.

Bagaimana di Selatan Thai?

Rand sendiri mengikuti tentera Thailand meronda.Tulisnya, “When I’m under fire, I’m far more comfortable shooting a camera than a weapon.''Sebelum itu dia ditawar senjata untuk kawalan diri.Rand mengakui masalah selatan berpunca dari ketidakadilan yang terang berlaku ke atas penduduk Islam.

Apapun, konflik di Asia tengara juga mempunyai nilai komersil berbanding di Iraq ataupun di Afghanistan.Lihatlah, bagaimana Rand mengangkatnya.Jangan hairanlah, mengapa terlalu ramai koresponden orang putih di Thailand.Mereka boleh membuat liputan di selatan Thai, di sempadan Burma, sempadan Kemboja dan Loas.Thailand dikelilingi puak separatis.

Conflict: Journeys through War and Terror in Southeast Asia

Nelson Rand

Maverick House

2009

495 baht



Monday, December 28, 2009

Isma Ae


Budak Encyclopedia; saya selalu mendapat gelar itu--''orang Siam serba tahu'' dan ''suka ambil tahu.''Sering kali saya tertanya-tanya, adakah aku ini penyibuk, sebenarnya?
Dan, sememangnya saya ini jenis suka berdiam diri bersama dengan Encyclopedia jika kelapangan di perpustakaan.(Encyclopedia adalah terlalu mahal untuk saya beli.) Bukan menghafal.Terutama yang encylopedia yang berkaitan dengan diri saya.Misalnya, Islam, Politik, Thai, Melayu, Nusantara dan selatan Thai.
Melalui Saranukrom watthanatham thai phak tai [The Encyclopedia of Thai Culture: The South] saya ingin berkongsi tentang khaek.
Khaek, yang dibicara oleh Chaliaw Ruangdet, vol. 2, 872, bererti pengunjung, tetamu, orang asing, pelawat, juga merupakan perkataan kuno dijumpai di pra-kod undang moden yang merujuk kepada orang-orang dari India, Parsi, Turki, dan Semenanjung Arab. Sebuah etimologi dari period Ayutthaya menggabungkan khaek dan Moor sebagai khaek Mua.
Sehingga kini perdebatan tentang makna sebenar perkataan masih berterusan.Kerana selama ini ia memberi persepsi negatif kepada umat Melayu di selatan Thai sebagai orang asing atau penumpang di negara Thai.
Bagaimana boleh timbul kata khaek itu?
Menurut dapatan ini, ia timbul apabila rua khaek iaitu sejenis perahu kecil orang Melayu pantai yang berdagang (entahlah, saya belum dengar tentang ini) di antara pelabuhan Siam.Ketika perang meletus antara Siam-Patani, perahu-perahu ini dijadikan hasil tawanan perang.Sejak itu ia memberi kotonasi negatif kepada orang Melayu di selatan.
Begitupun, encyclopedia ini tidak merujuk khaek itu kepada orang Melayu selatan. Satu sikap diplomasi yang baik dan membina.
Dan saya pun sendiri tidak terasa asing di Thailand cuma saya terasa saya orang Melayu kelas kedua di Malaysia.Memang pun, saya pendatang di bumi Malaysia.Saya Isma Ae bukan Ismail.

Thursday, December 24, 2009

Kati

Saya berani kata inilah novel Thai yang lain dari yang lain, The Happines of Kati( ความสุขของกะทิ ).Ia ditulis oleh Ngampurn 'Jane' Vejjajiva saudara perempuan PM Thai kini, Abhisit Vejjajiva.Ketika dunia cereka Thai semakin sesak dengan novel-novel lara dari Korea atau pun Jepun, kehadirannya sedikit sebanyak memberi nafas baru buat pembaca. Selama ini orang Thai seperti berbangga dengan slogan tidak rasmi mereka; kami ada matahari, kami ada laut dan kami ada seks.

Ya, The Happines of Kati juga ada laut, ada sungai, ada perahu tapi tiada seks.


Kati, gadis kecil berusia sembilan yang sedang tumbuh membesar. Dia tinggal bersama nenek dan datuknya di sebuah rumah tradisional yang serba cukup buat membesarkan seorang cucu. Dalam hal ini, Jane berjaya memberi gambaran kedesaan ala Thai ditebing-tebing sungai Chao Phraya; perahu-perahu didayung, bunga teratai, wat buddha dan juga aktiviti memberi makan kepada sami-sami. Sebuah kehidupan yang semakin ditinggalkan.

Kati tidak tinggal bersama dengan ibunya kerana ibunya sakit tenat yang tiada harapan untuk hidup. Untuk mengelak Kati terbeban dengan masalah kesihatan ibunya, maka Kati dibawa tinggal bersama neneknya. (Saya teringat kisah Gautama Buddha.)

Kati, tidak tahu yang ibunya sakit tenat. Saat ia bertemu semula dengan ibunya, terlalu sukar baginya menerima keadaan itu; oleh kerana ibu sakit tenat ia tidak dapat memeluk Kati.

Dan, seterusnya Kati dibawa mengunjung apartmen mewah ibunya di Bangkok, di situlah Kati mengetahui kehidupan lampau ibunya, seorang pelajar di England dan menjadi peguam( lebih kurang cerita Jane yang juga tinggal di England).
Semua ini telah membawa Kati melalui detik-detik kebahagiaan dan kesedihan, ikatan dan pemisahan, setelah harapannya terpenuhi dan kehilangan sesuatu yang ia sayangi Namun demikian, Kati telah belajar bahawa kedukaan daripada kehilangan itu tidak boleh meragut kebahagiaan beliau. Pengalaman ini membolehkan gadis kecil itu tumbuh dengan kepercayaan diri dan keberanian untuk hidup. Dia tahu dia mencintai dirinya, dan sesiapa sahaja.

Dan, novel ini terlalu berbaur kekayaan dan kemewahan hidup. Ia bukan cerita tentang budak marhean. Memang pun, kerana penulisnya seorang yang terdidik ala Inggeris dan dari keluarga kaya.

Novel ini juga telah difilemkan. Saya mendapat khabar sudah lebih 200 ribu tercetak dan diterbit sembilan bahasa dan telah menjadi fenomena di Thailand sebagai novel kanak-kanak kontemporari.

The Happines of Kati (ความสุขของกะทิ )

Jane Vejjajiva

Oktober 2008

* Kalau saya terjemah terus ke dalam Bahasa Melayu ia, menjadi '' Kebahagian dari buah kelapa.''Awas jangan pakai terjemahan ini.

Sunday, December 20, 2009

Nongnut Singhadecha

Thaksin; subjek paling popular dibicarakan samaada di dalam dan di luar negara apabila bercakap tentang Thailand.Gerak gerinya sentiasa dipantau oleh musuh mahupun penyokonnya.Kerana itu, menulis buku tentangnya adalah sesuatu yang akan membawa keuntungan. Tidak kira buku itu ditulis untuk mengecam beliau atau pun memujinya.
Contohnya,Nongnut Singhadecha seorang kolumnis di akhbar Mathicon menulis buku, Thaksin phae maipen khamai tai(Taksin: neither defeat nor death) telah menjadi buku terlaris berkenaan Thaksin. Buku senipis 136 berharga sepuluh ringgit(lebih kurang) adalah sangat santai untuk dibaca terutama buat penentang Thaksin.
Kelihatan Nongnut sedikit bias dalam penilaiannya. Dia seperti seorang yang pro- tentera.Katanya, di Asia Tenggara kuasa tentera adalah faktor terpenting di sebalik keutuhan sesebuah kerajaan. Beliau beranggapan demikian, pada hemat saya untuk membenarkan tindakan tentera Thai pimpinan Gen.Sonthi Boonyarthaglin merampas kuasa Thaksin demi untuk 'menyelamatkan' rakyat.
Dakwa Nongnut:
Jangan lupa keadaan sebenar demokrasi di Asia Tenggara, tentera selalu memain peranan secara terus atau tidak dalam politik.
Ketenteraan di Asia Tenggara masih menjadi pemain penting dalam politik, sebab utama kerana pemimpin kerajaan secara umum terlibat dengan masalah rasuah.
Jika begitu, Nongnut masih buta sejarah Malaysia moden.

Thaksin:Phae Maipin Khamaitai

Nongnut Singhadecha

ISBN: 9789740204282

100 baht

P/s: Terjemahan bebas saya.

Friday, December 18, 2009

Khadiya Rehman

Ketika otak saya beku untuk menyiap sesebuah artikel berkaitan isu masyarakat Islam antarabangsa, saya selalu menulis fiksyen untuk melepas tekanan.Dan dibawah sedikit sedutan cerpen yang saya tulis ketika kerajaan China menggila menentang kebangkitan masyakat Islam Uyghur beberapa bulan lalu. Ketika itu hati saya sangat pedih melihat tentera memukul perempuan-perempuan di sana.

Saya pun berkhayal menyelami perasaan mereka:

''Uyghur sedang menanti. Saya perlu pulang berbakti.'' Suara perempuan Uyghur terngiang di telinga dia. Meskipun sudah tiga bulan perempuan Uyghur itu terbang kembali ke tanahairnya setelah menamat pengajian, kerana ingin berbakti, kata perempuan Uyghur itu.
''Saya perlu pulang berbakti. Ia tanah tumpah darah nenek moyang saya.Biar apa tawaran pun. Saya tidak akan kekal berhijrah. Saya perlu pulang.Tidak terlintas untuk saya ingin menetap di Eropah, Amerika, tanah Arab, Turki sekali pun, bahkan untuk terus kekal di sini pun. Apa guna jika hidup senang di luar sedangkan di tanahair sendiri orang kita dilayan seperti anjing kurap mohon belas.Dan kita tidak boleh berbuat apa-apa jika berada di luar untuk Uyghur selain menyalak 'merdeka'.Lagi pula jika saya keluar, mereka tentu akan bersorak. Kalau boleh mereka ini mahu kami semua berambus pergi.'' Jawap perempuan Uyghur itu selepas dia mencadangkannya supaya terus menetap sahaja di sini. Atau, dengan kata lain kahwin saja dengan dia.

''Kamu bercakap macam seorang pemisah atau bakal ketua pemisah?'' Dia meneka.

''Pemisah?'' Perempuan Uyghur itu seperti tertanya-tanya. ''Uyghur itu saya. Saya ini Uyghur.Ia tidak boleh dipisahkan.''

Perempuan Uyghur itu diam sebentar dan menyambung, '' Sekarang ini, sejak dulu lagi, selepas kami dijajah, pemerintah telah berusaha pisahkan jiwa raga kami. Hingga ramai generasi kami sudah kering jiwa mereka. Sedih, sudah ada yang tidak kenal jati diri mereka lagi.Dan, dengan sedikit ilmu ini, saya bertanggungjawab menyuburkannya.''

''Untuk menumbuhkan benih-benih pengganas?'' Dia menyoal. Tapi di hati dia, cepat datang rasa menyesal, soalan yang tidak patut.Memang, air muka perempuan Uyghur itu nampak lain, seakan-akan kurang selesa dan seperti juga sedih.Dia mahu meminta maaf tapi dia menyambung lagi,'' Kamu perempuan pemberontak?''

'' Pemberontak?!,'' perempuan Uyghur itu meninggi suara. '' Mana yang lebih ganas, orang yang mempertahankan haknya, berbanding dengan orang yang telah dan akan cuba rampas hak orang itu?''
Dia tidak segera menjawab.Meskipun hatinya menjawab, perempuan Uyghur itu benar.

Lanjut, baca cerpen saya Perempuan Uyghur di Majalah I bulan Disember 2009 terbitan Karangkraf.

Menulis cerpen lebih bebas berbanding menulis rencana.

*Uyghur adalah masyarakat Islam yang tertindas di bawah pemerintahan komunis China.

Tuesday, December 15, 2009

Lt Kolenal Nakamura

Saya minat sejarah. Ketika di sekolah dahulu subjek ini selalu menjadi fokus.Saya sentiasa dapat A.Semasa kecil saya juga acapkali menjelajah pelusuk tempat sekitar redius 50 KM dari rumah dengan berbasikal untuk melihat kubu-kubu tinggal, jambatan runtuh dan meriam. Sungguh teruja saya ketika.Biasa kena marah oleh ibu kerana balik lambat--selalunya sehari suntuk saya tinggal rumah.

Dan, beberapa hari lepas saya berkesempatan menonton dokumentari Majalah Tiga berkenaan ''Pertempuran di Kota Bharu.''Terkesan dari itu, saya mencari buku tentangnya.Cari-cari, barulah saya sedar pertempuran di Kota Bharu walaupun hebat dan sengit tetapi ia rupanya seperti tidak mempunyai nilai komersil. Tidak seperti pertempuran di Bataan, pertempuran di Kiribati, kepulauan Marshal mahupun Pearl Harbour yang gah bila diangkat ke layar perak, Hollywood.Juga dibukukan dengan kulit keras lagi.

Akhirnya saya terjumpa buku ini; Jejak-Jejak Jepun: Pertempuran di Kota Bharu tulisan Mejar Mohamad Khayum Bin Badarudin.Buku kecil dan nipis ini sudah cukup (dari tidak jumpa apa-apa buku) menghilang rasa keinginan lebih mengetahui tentang ''Pertempuran di Kota Bharu.''

Sejarah mencatatkan pendaratan Jepun di Kota Bharu bermula pada 00.25 pagi 8 Disember tahun 1941 dengan tiga gelombang pendaratan ke pantai. Ketika itu musim tengkujuh sedang melanda pantai timur dengan juga tiga buah kapal, Awagisan Maru,Ayatosan Maru dan Sakuran Maru. Pendaratan itu mendapat tentangan sengit pasukan British.Di tambah dengan jerangkap samar, bom dari udara, kawat berduri berlingkar di pantai. Lebih-lebih pertempuran di Kota Bharu berlaku dalam waktu malam.

Ini diakui pemerintah Jepun sendiri:

Salah satu kawasan pertempuran paling ganas dalam kempen Tanah Melayu.

Seramai 320 askar Jepun terbunuh dan 538 cedera.

Selama saya membaca buku ini, perasaan saya ''dihantui bau'' oleh tulisan Lee Kuan Yew tentang tentera Jepun yang saya baca pada bukunya, The Singapore Story; Memoirs of Lee Kuan Yew:

Dua orang itu kelihatan ganjil, kecil, gemuk pendek dan membawa senapang panjang dengan bayonet yang panjang. Bau mereka terlalu busuk, bau yang tidak akan saya lupakan selama-lamanya. Ia adalah bau akibat dua bulan tidak mandi selepas berjuang di hutan dan jalan-jalan estet dari Kota Bharu ke Singapura.


Jejak-jejak Jepun: Pertempuran di Kota Bharu

Mejar Mohammad Kayum

Media Satria Sdn. Bhd

2008

*Saya pernah menulis jawapan untuk soalan sejarah dalam peperiksaan -- kita seharusnya bersyukur dengan kehadiran tentera Jepun, kerana hadir mereka telah sedikit sebanyak membuka pandangan orang Melayu kita boleh hidup tanpa barat.

Sunday, December 13, 2009

Ibu Somchai


Gilli. Tidak hairan jika anda seperti saya juga yang akan mengendap peta kepulauan Indonesia mencari letak pulau kecil tersebut setelah atau sebelum membaca novel Matahari di atas Gilli. Seperti saya tercari-cari pulau Belitong selepas membaca Laskar Pelangi. Saya juga mencari ''Kampung Kambing''setelah terkesan dengan Salina, A. Samad Said tapi tidak jumpa.

Saya juga mahu ke Banggol Derdap, Shahnon Ahmad.Mahu meniti di atas kelapa nan sebatang.

Begitulah latar tempat dalam sesebuah novel yang berjaya diangkat penulis hingga menaik ghairah pembaca untuk lebih mengenalinya terutama orang seperti saya yang suka mengembara( buat masa ini saya sasaran saya negara miskin sekitar Asia Tenggara--Kemboja dan Myanmar terlalu kaya untuk pengembara miskin tapi bahaya).

Gambaran latar tempat adalah terlalu penting tetapi terlalu kurang ditekan dalam novel pop Melayu yang terlebih menekan penceritaan dan konflik pencintaan. Ini menjadi novel pop Melayu kurang eksotik dan sekali gus tidak boleh dijual di peringkat antarabangsa.

Dan, saya kalau ada kesempatan akan ke Ban Ka Rua, Bangkok.Saya mahu bertemu Ibu Somchai, penting sangat!

Ibu! Saya telah jatuh cinta!!

*Atas adalah Pulau Belitong.
____________________________________________________

Asia Sentinel kelmarin menulis di bawah tajuk Southern Thailand's Intractable Problems melaporkan:

For Thailand's Abhisit it provided a means of showing that he was at least trying to make progress on the issue, in contrast not only to the disastrous southern policy pursued by Thaksin Shinawatra. A meeting with Najib in the south also gives the impression that Malaysia is in earnest about not allowing Pattani separatist sympathizers on the Malaysian side aiding the bomb planters and slogan painters in the three southern provinces. It may also be aimed to please the southern voters who mostly support Abhsit's Democrat Party. He called for a political solution while rejecting dialogue with the rebels.

As for Najib, it gave him a chance to look statesmanlike, deliver a message to PAS-run Kelantan not tolerate cross-border trouble makers and reaffirm Malaysia's acceptance of Thai sovereignty over a region which has wanted to be joined to (then British-ruled Malaya) for a century100. That would play well with non-Malays and underline UMNO's self-image as a moderate, responsible force for domestic progress and regional cooperation. But at the same time Najib could make it clear to Abhisit that without more serious political effort on the Thai side, the problem would at best fester and could get worse. To some Malays at least it would seem that Najib is showing some concern for cousins across the border.

*Pagi tadi saya berbual-bual dengan bekas ahli parlimen UMNO tahun 90-an dan topik utama tentulah tentang lawatan Bang Na-jib ke selatan Thai tempoh hari.Dia bangga dengan keberanian Bang Na-jib.Melangit pujinya.

Saturday, December 12, 2009

Khalidah Adibah

Ke mana-mana saya pergi dan belek tidak kira samaada di surat khabar, makalah, buku dan jurnal saya selalu bertemu dengannya: Adibah Amin.Rasanya, tidak sah bila memperkatakan tentang kewartawan, perbukuan, terjemahan, bahasa Inggeris dan editorial tanpa membubuh namanya dalam sejarah moden Malaysia.

Saya membesar bukan zaman ketika beliau ghairah menulis dalam tahun-tahun 70-an dan awal 80-an dahulu.Namun begitu, Glimpses, iaitu himpunan anekdot-anekdot zaman tersebut seperti telah membawa saya ke era tersebut.Secara tidak langsung memperlihatkan zaman perubahan masyarakat Malaysia seperti yang ada hari ini.

Saya mengamat kembali sikap masyarakat Malaysia yang multi etnik dan kelangsungan hidup orang Melayu sampai hari ini dalam mempertahankan bahasa,dan budaya.Meskipun, cerapan Adibah adalah menurut mata seorang Melayu urban ketika itu.Saya budak kampungan.

Dalam banyak anekdot itu, saya suka yang berkaitan dengan bahasa, I speak bahasa.

Ia mengingatkan kembali hal di Thailand yang memalukan saya beberapa waktu dulu yang berlaku ketika bahasa Inggeris saya masih lemah.

Sungguh memalukan.

Ketika itu saya berfikir bagaimana untuk memterjemah ''sleeping beauty.''Oleh kerana saya beragama Islam terjemah menjadi '' tidur dalam iman.'' Gelak besar.Mulanya saya hendak terjemah menjadi, '' Buddha Tidur.''


glimpses
Adibah Amin
MPH

Wednesday, December 9, 2009

(A)Bang Na-jib

Dalam beberapa hari ini, topik utama perbualan di selatan Thai banyak berpusing-pusing dalam hal lawatan Bang Na-jib bersama Nayod Abhisit pada hari ini ke Narathiwat. Harap ia tidak dibatalkan. Lawatan Bang Na-jib ini paling bersejarah sebagai seorang PM Malaysia yang sedang berkuasa. PM Mahathir hanya sampai setakat Songhkla tahun 1998 yang lalu.PM Pak Lah paling berani pun setakat jambatan Bukit Bunga--Ban Buketha.

Semalam melalui wawancara bersama Abhisit, Najib berkata;

"I think we have to focus on the majority of the people. I think the extremists cannot survive if they don't have the support of the people.

"The vast majority of the people want to live in harmony with the Buddhists; they want a better future; they want some of their aspirations, with respect to language, with respect to Islamic education, with respect to sharia law, for example.''

Benar,pemberontak di selatan Thai tidak sampai 10% dari masyarakat di sana, tetapi golongan ini harus dibawa berunding jika mahu menyelesaikan masalah di sana.Golongan ini sangat berpengaruh hingga boleh melahirkan rasa simpati masyarakat kepada mereka.Masalahnya kerajaan Thai seakan tidak mahu berunding dengan mereka.

Setuju, seperti yang dilapor ICG (International Crisis Group)juga semalam:

Thailand should negotiate with the Malay Muslim militants to resolve the deadly conflict in the southernmost provinces as reliance on military over the past six years has failed to curb the violence and bring a sustainable peace.
Foto: Pelajar perempuan sekolah agama di Narathiwat sedang belajar di kelas matematik.
P/ s: Orang selatan Thai suka menyebut Bang Na-jib.

Monday, December 7, 2009

Khalida Atikah

Beberapa nama orang-orang hiburan terlintas di kepala ketika membaca novel ini. Antaranya, Niezam Kring!Kring!Kring!, Michelle Melodi(saya suka bahasa Melayunya), Huzz, Richie Rahman, dan seorang dua lagi.Ia juga mengingatkan saya zaman kanak-kanak dahulu; leteran ibu pada kakak kerana selalu beli URTV. Saya pun tumbang sekali membacanya.Sejak itu saya kenal Huzz ( pernah saya bertengkar tentangnya dengan kawan samaada dia perempuan atau lelaki dia ni).Walaupun begitu saya fokus kepada politik, hal hiburan dijeling-jeling sahaja tapi saya ambil tahu.

Mulanya saya suka membayang yang Khalida Atikah itu mungkin Salina Ibrahim( saya suka membandingkan setiap watak dengan orang hidup). Setelah jauh mengamati watak perempuan ini, oh tidak, dia tetap Khalida Atikah bukan Salina.Dia boleh berdiri sendiri.

Begitu juga dengan Azrul Rasyid. Saya membayang dia itu seperti.....(maaf tidak mahu tulis yang buruk-buruk).Seperti dilukis Lily Haslina, editor hiburan ini, ''lelaki yang keras, kasar lagi lantang. Kata-katanya penuh luka, bibirnya penuh duri.Cintanya hanya pada diri, tulisannya penuh menyakitkan hati.''

Dan kerana itu, bahagian-bahagian yang melibatkan perempuan ini berhadapan dengan bosnyalah samaada di pejabat mahupun dalam tugasan adalah yang paling saya suka baca. Namun, bahagian yang melibatkan Cik Latifah dan Nureen, bahagian paling mual.

Sebagai seorang lelaki, saya terpikat dengan perwatakan Khalida Atikah. Alangkah indahnya dunia khayal saya jika perempuan seperti ini wujud.
Betul-betul wujudkah wartawan perempuan sepertinya?Setahu saya kebanyakan wartawan perempuan yang saya kenal semuanya sama-sama hu ha dengan laki-laki.Jangan silap, wartawan siamlah!!


Menunggu Cinta Tuhan


PTS Litera


Lily Haslina Nasir


* Kalau boleh saya mahu menulis panjang review tentang novel ini, tapi saya kesuntukan masa, sibuk dengan lawatan Najib Razak ke wilayah bergolak selatan Thai.

Sunday, December 6, 2009

Mahathir


Rasa ingin tahu tentang Mahathir belum pernah pudar dalam diri saya. Buku terbaru tentangnya,Malaysian Maverick – Mahathir Mohamad in Turbulent Times by Barry Wain, telah merangsang kuat keinginan untuk memiliki dan membacanya.

Tambahan pula Malaysiakini memberitakan:

‘Malaysian Maverick’ is the first independent, full-length study of Mahathir, who retired in 2003 after more than two decades as premier. The book will be published globally next week by Palgrave Macmillan.

Wain writes that the Mahathir administration, which took office in 1981 with the slogan, “clean, efficient, trustworthy”, was almost immediately embroiled in financial scandals that “exploded with startling regularity”.

By the early 1990s, he says, cynics remarked that it had been “a good decade for bad behaviour, or a bad decade for good behaviour”.

Secret military deal with US

The book also reveals that:

- Mahathir, despite his nationalistic rants, signed a secret security agreement with the United States in 1984 that gave the Americans access to a jungle warfare training school in Johor and allowed them to set up a small-ship repair facility at Lumut and a plant in Kuala Lumpur to repair C-130 Hercules transport aircraft.

- Mahathir used a secret fund of his ruling Umno to turn the party into a vast conglomerate with investments that spanned almost the entire economy.

- Mahathir’s Umno financed its new Putra World Trade Centre headquarters in Kuala Lumpur partly with taxpayers money, by forcing state-owned banks to write off at least RM140 million in interest on Umno loans.

Wain, who is now a writer-in-residence at the Institute of Southeast Asian Studies in Singapore, however credits Mahathir with engineering the country’s economic transformation, deepening industrialisation and expanding Malaysia’s middle class.

But Mahathir had undermined state institutions, permitted the spread of corruption and failed to provide for Malaysia’s future leadership, he says.

Lagi baca review di Asia Sentinel:

Book Review: Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times

Saturday, December 5, 2009

Siam

Sebuah koleksi yang membawa saya balik kampung. Dan juga sebuah kenangan lalu yang bergambar di kepala saya.

Thai South and Malay North
Michael J. Montesano and Patrick Jory, editors
NUS
Part I Plural Historiographical Traditions

1. A Plural Peninsula
Anthony Reid

2. Historical Perceptions of Local Identity in the Upper Peninsula Chuleeporn Virunha

3. Of a Lesser Brilliance: Patani Historiography in Contention
Davisakd Puaksom

Bahagian pertama ini lebih kepada kenangan lalu.Jujurnya, saya menerima kepelbagaian yang berakar dari sejak dahulu lagi hingga kini. Saya terima tapi....ee geramnya aku nak tulis!

Part II The Peninsula in the Age of Nation-States

4. Origins of Malay Muslim “Separatism” in Southern Thailand
Thanet Aphornsuvan

5. Elections and Political Integration in the Lower South of Thailand
James Ockey

6. National Identity, the “Sam-Sams” of Satun, and the Thai Malay Muslims
Kobkua Suwannathat-Pian

7. The Long March to Peace of the Malayan Communist Party in Southern Thailand
Karl Hack


Bahagian ini, saya terkenang hal-hal yang menyakitkan; sepak terajang politik Siam,"bomoh" komunis,dan perempuan bernama "Sudarat." Paling diingati ketika saya terkandas dalam satu perjalanan. Saya tidak akan lupa seksa malam itu. Seksa diserang nyamuk.

Part III Peninsular Chinese as Agents, Creoles, and Mediators

8. Penang’s Big Five Families and Southern Siam During the Nineteenth Century
Wong Yee Tuan

9. Chinese-Malay-Thai Interactions and the Making of Kelantan Peranakan Ethnicity
Teo Kok Seong

10. Capital, State, and Society in the History of Chinese-Sponsored Education in Trang
Michael J. Montesano

Bahagian ini lagi menarik. Di kampung saya di Patani banyak jirat cina tinggal. Oh, ia juga mengembalikan ingatan pada cinta monyet yang pernah saya lalui. "Saya jatuh cinta dengan anak cina + siam ketika itu."

Part IV Religious Pluralism and Competing Ethno-Nationalisms

11. Pilgrimage and the Making of Ethnic Identities in the Plural Peninsula
Alexander Horstmann

12. Luang Pho Thuat and the Integration of Patani
Patrick Jory

13. Kelantanese Thai Theravadin Religiosity
Irving Chan Johnson

Ibu saya orang Kelantan.Ayah orang Patani. Ibu melarang keras saya bercakap loghat Patani ketika berada di Kelantan. Katanya, orang Patani second class. Dan inilah yang saya hadapi ketika sekolah di Kelantan. Kena ejek biasalah. Satu hari saya tidak tahan dengan "hinaan'' tersebut, terus saya bagi penampar kepada seorang pelajar sekelas.Heboh satu sekolah. Sejak dari itu tiada lagi pelajar yang berani menghina saya. Integrasi!! Saya tidak percaya semua itu.Tipu!

Afterword: Southern Thai and Malay Cultural Brotherhood
Suthiwong Phongphaibun

Saya rasa begitu juga.Banyak persamaan.Tapi kena ingat jurang semakin dalam dan makin luas saban hari.Pagi tadi saya minum teh bersama seorang kawan, berbangsa Siam, nafasnya berbau araklah.Dia menunjuk "tali kuning berkat" yang diikat di pergelangan tangannya.Jelasnya, ''kena pakai sampai putus.Ini tali berkat."Saimer Potane

Thursday, December 3, 2009

Ainur Mustika

Bila saja lihat muka depannya, tentu terlintas yang novel ini kisah anak dara tua yang lanjut usia sedang mencari cinta, mungkin.Balik belakangnya, memang sah.

Awal-awal halaman lagi pengarangnya, Nisah Haron memperlihat akan itu.

''Saya tahu, saya ini seperti menangguk bayangan bulan di dalam air tapi saya tetap tidak mahu kalah dalam perjuangan ini. Saya tahu, saya juga punya peluang yang sama.'' Rayu lelaki bernama Rozario.

Selepas itu Zul Farhan pula datang menawar, ''Usia kita mungkin berbeza, Dr. Mustika. Tapi kematangan seseorang bukan terletak pada usia. Memang benar, Dr Mustika pernah mengajar saya sebelum ini tapi itu dulu. Kini saya bekas murid. Peluang yang saya buka ini bukanlah hanya mengikut selera ataupun nafsu. Saya mahu jadi pelindung guru saya yang telah banyak mencurah bakti. ''

Mungkin bagi pembaca yang belum pernah membaca mana-mana karya Nisah sebelum atau kurang dengan novel pop pasti akan: alah, ini kisah main rebut-rebut cinta juga. Tenang, jangan cepat menghukum. Cuba belek, cuba baca, cuba belek lagi dan baca lagi.

Makin dibaca makin jauh dibawa Nisah ke lembah ilmu; ke kampus, ke seminar. Lebih tepat ke kampus UKM di Jabatan Persuratan Melayu yang dipimpin oleh Dr Ainur Mustika. Maka, alam pantun, gurindam dan syair berbaur sama bergerak dalam alur ceritanya.Di tengah-tengah masyarakat kurang yakin akan nilai komersil pengajian sastera atau persuratan Melayu,Nisah menghadirkan Dr Ainur Mustika untuk mempertahankan dan mengembang tradisi Melayu ini sesuai dengan peredaran zaman. Dengan mengheret sama aspek perundangan sebagai pelindung kepada seni tradisi Melayu ini yang senang-senang dipop-popkan.

Begitu pun Dr Ainur Mustika yang boleh dianggap anak dara lanjut usia juga mengimpikan suami dan sebuah keluarga yang bahagia. Dia mendambakan cinta yang sejati.Dan jalan pencarian cinta inilah yang bergerak dengan cintanya pada seni tradisi Melayu mengalir bersama-sama ke kuala kebahagian. Kadang-kadang ia didatangi dengan pujuk rayu bekas pelajarnya, harapan orang seberang,ragam suami kawan baiknya, dan dugaan tuhan dari suaminya.

Yang jelas, pesan yang ingin disampaikan Nisah; perempuan mesti ada pendirian, tetap dengannya, jangan mudah diperkotak-katikan dan harus punya nilai keintelektual yang berakar pada tradisi dan agama.Meskipun kita ini digilai ramai lelaki. Semuanya dibina dengan plot yang nipis tapi mengisi.

Nisah Haron

Lentera Mustika

PTS Litera


Tuesday, December 1, 2009

Rustam A. Sani

Suatu pagi nan cerah saya berjalan-jalan menyusur pasar, tiba di penghujung lorong saya terpandang orang muda berambut panjang dengan bahan bacaan yang menjadi jualannya. Saya berhenti dan membelek-belek beberapa buku.Semua buku itu berkaitan sosialis. Sah, pemuda itu seorang pendukungnya. Saya mengeluh, timbul rasa mual ( saya pun bukan alim).

Rasa mual itu timbul mungkin saya dibesar dalam suasana atau lingkungan mereka yang menentang keras faham sosialis tersebut(orang-orang pondok disekeliling saya).Tok Guru Nik Aziz pernah menolak pencalonan Syed Husin Ali untuk bertanding di parlimen KB atas dasar beliau seorang sosialis!

Jujur saya kata, saya dimengerti bahawa sosialis itu terlalu jijik jika orang Melayu menganutnya.

Allahyarham Rustam A.Sani antara tokoh yang saya difaham sebagai seorang pendukungnya. Oleh itu saya hanya jeling-jeling sahaja tulisan,saya takut terjerat akan faham tersebut.Hanya selepas beliau meninggal, dan buku ini, Ketemu di Alur Zaman, sebuah himpunan artikel tentang tokoh-tokoh politik yang mewarnai kehidupan Malaysia yang pertama dibaca secara serius. Beberapa kali saya membacanya.

Dan melalui buku ini barulah saya faham sudut pandang orang sepertinya.Rasa 'menyesal' timbul, seharusnya sudah lama saya membaca secara serius tulisan allahyarham. Lebih-lebih buat saya yang hidup sebagai etnik minoriti.

Buku setebal 86 muka surat ini terlalu nipis tetapi tebal dengan hasil cerapan beliau. Saya membaca dan menilai kembali tokoh-tokoh tersebut hari ini. Ternyata ia tidak tergelincir dari landasan.

Khairi Jamaluddin tulis Rustam: Bahawa Khairi merupakan seorang pemimpin muda yang bercita-cita tinggi (ambitious) merupakan hakikat yang sukar dinafikan. Selain itu, jalan yang dipilihnya untuk mencapai cita-cita politiknya itu merupakan jalan yang heboh dan menuntut perhatian--sehingga tingkah laku politiknya(lebih tepat lagi realpolitik) seringkali merupakan langkah yang mengundang kontroversi."Dan Khairi hari ini adalah Ketua Pemuda UMNO yang heboh sebelum dan semasa pemilihan Umno lalu.

Zainuddin Maidin.Pada malam keputusan PRU lalu, seorang kawan saya bersyukur besar bila mendapat tahu tentang kekalahan 'Ketua Editor Malaysia' ini. Suka saya mencatat ulasan allahyarham tentang Zam ketika memegang Menteri Penerangan;''....di setengah negara illiberal democracy yang lain, kuasa menutup badan-badan media tidak terletak pada Kementerian Penerangan--tetapi pada kementerian Dalam Negeri. Sekurang-kurang, dengan itu kemungkinan Zam menjadi supremo media yang bernafsu besar untuk mengawal dan mengatur segala-galanya dalam alam media menurut 'gambar besar' yang ada dalam imaginasinya sendiri sekurangnya akan terkawal serba sedikit."

Syed Husin Ali.Komen tentang tokoh yang 'gagal' ini memberi ingatan besar pada saya iaitu zaman telah merubah ukuran kejayaan kita. Sekarang ini ukuran kejayaan dilihat pada berapa besar rumah, harta bertimbun untuk dikagumi.

''Oleh itu, arah perkembangan kerjaya itu akan dirancang berdasarkan jalur yang memungkinkan seseorang itu mencapai jawatan dan kemewahan yang diimpikan--dan bukannya komitmen seseorang itu terhadap sebarang keyakinan atau ideologi politik.''

Inilah cabaran saya sedang hadapi.Saya sukar meyakinkan keluarga akan arah 'perjuangan' yang sedang saya rancang. Kerana ia bagi mereka tidak menjamin kehidupan yang baik.

Al-Fatihah untu Allahyarham Rustam A. Sani. Moga Allah mencuri rahmat NYA.

Ketemu di Alur Zaman
Rustam A. Sani
RM 10.00

BUKU SIASAH

Monday, November 30, 2009

Mindanao


Konflik Mindanao.

Bodoh!! Tidak sedar masih kena jajah, tahu hendak bergaduh saja!! Bodoh betul!

Itulah reaksi saya ketika mendengar berita pembunuhan beramai-ramai termasuk wartawan di Mindanao yang berpunca dari perebutan jawatan gabenor di sebuah wilayah di sana tempoh hari.Memang, kerja menyumpah terlalu senang dibuat, cuma perlu ada mulut dan suara.Anda pun boleh.

Saya mengutuk keras pembunuhan tersebut.

*******

Konflik Mindanao. Ketika saya berumur sekitar sebelas tahun, saya menunjuk keratan akhbar berserta foto sebuah kumpulan lengkap bersenjata(MILF) kepada ayah( Saya sentiasa bercerita kepada ayah apa yang saya baca sehingga umur 12 tahun,-- selepas itu saya tidak tinggal bersama setelah bercerai). Saya ingat, saya berkata, "Mereka ini pejuang yang akan berperang dengan kerajaan esok sempena hari krimas jika kerajaan tidak memberi kemerdekaan.''Saya bangga. Dan berharap mereka berperang seperti Rambo.
Ayah melihat foto itu. Dan memberi jawapan, mereka tidak cukup kuat untuk melawan kerajaan.Ayah tidak yakin mereka menang.
Jawapan itu amat mengecewakan saya.Ia memberi kesan ingatan kepada saya sampai saat ini. Amat mengecewakan.
Hingga beberapa tahun kemudian barulah saya faham, ayah seorang yang realistik, tahu langit mana yang dijunjung, dan tanah mana yang dipijak.Kesimpulannya, semua orang boleh memberontak.
*********
Konflik Mindanao. Baru saya perasan, dalam koleksi saya, hanya ada sebuah buku sahaja tentang konflik ini. Padahal, wilayah tersebut sentiasa dalam cerapan saya. Itu pun buku catatan pengalaman Jackson Sawatan yang membuat liputan penculikan rakyat Malaysia oleh kumpulan Abu Sayyaf, Sepasang Kasut dan Selipar Jepun di Bumi Abu Sayyaf tahun 2000 lalu.
Catatan beliau itu memberi sedikit gambaran akan kehidupan masyarakat di sana yang sentiasa dengan senjata. Tulisnya, ketika kenduri kahwin pun ada orang berkawal dengan senjata, ''.....sekumpulan lelaki kelihatan sedang berkawal dengan senjata mereka yang saya sendiri tidak tahu apa namanya. Senjata M16 saya kenal dan beberapa orang daripada mereka kelihatan sedang menyandangnya. Seorang lagi yang berseluar coloreng dan bersinglet dengan kepala berlilit kain merah, sedang menyandang sejenis senjata yang dipanggil M19, sejenis senjata yang boleh melancar grenad. Mungkin juga inilah yang dipanggil rocket-propelled grenade atau RPG(kalau saya, saya panggil senjata Rambo).
Lagi catat Jackson tentang senjata dalam situasi yang menakutkan.
''Memandang sebelah kiri jalan itu ada rumah-rumah penduduk kampung dan di sebelah kanan pula ada padang tempat berpuluh-puluh bala Abu Sayyaf berkumpul, kami terpaksa berdiri di atas jalan sambil dikawal oleh sekumpulan pemuda bersenjata yang kelihatan begitu megah dengan kuasa senjata di tangan mereka.
"Malangnya, kehadiran belia- belia bersenjata itu memberi keberanian pula kepada sekumpulan kanak-kanak berusia kurang 10 tahun berjalan antara kami sambil cuba-cuba menghulur tangan, mungkin meminta wang."
Hingga Jackson sendiri pun memberi kasutnya kepada mereka dan ditukar dengan selipar jepun putus.
Oleh itu, pembunuhan beramai-ramai baru ini bukan sesuatu yang pelik.Begitupun, rasa ingin melawat wilayah tersebut tidak pernah pudar. Insya-Allah saya akan ke sana satu hari nanti.






Sepasang Kasut dan Selipar Jepun di Bumi Abu Sayyaf
Jackson Sawatan
DBP
Harga RM 17