Saya pun berkhayal menyelami perasaan mereka:
''Uyghur sedang menanti. Saya perlu pulang berbakti.'' Suara perempuan Uyghur terngiang di telinga dia. Meskipun sudah tiga bulan perempuan Uyghur itu terbang kembali ke tanahairnya setelah menamat pengajian, kerana ingin berbakti, kata perempuan Uyghur itu.
''Saya perlu pulang berbakti. Ia tanah tumpah darah nenek moyang saya.Biar apa tawaran pun. Saya tidak akan kekal berhijrah. Saya perlu pulang.Tidak terlintas untuk saya ingin menetap di Eropah, Amerika, tanah Arab, Turki sekali pun, bahkan untuk terus kekal di sini pun. Apa guna jika hidup senang di luar sedangkan di tanahair sendiri orang kita dilayan seperti anjing kurap mohon belas.Dan kita tidak boleh berbuat apa-apa jika berada di luar untuk Uyghur selain menyalak 'merdeka'.Lagi pula jika saya keluar, mereka tentu akan bersorak. Kalau boleh mereka ini mahu kami semua berambus pergi.'' Jawap perempuan Uyghur itu selepas dia mencadangkannya supaya terus menetap sahaja di sini. Atau, dengan kata lain kahwin saja dengan dia.
''Kamu bercakap macam seorang pemisah atau bakal ketua pemisah?'' Dia meneka.
''Pemisah?'' Perempuan Uyghur itu seperti tertanya-tanya. ''Uyghur itu saya. Saya ini Uyghur.Ia tidak boleh dipisahkan.''
Perempuan Uyghur itu diam sebentar dan menyambung, '' Sekarang ini, sejak dulu lagi, selepas kami dijajah, pemerintah telah berusaha pisahkan jiwa raga kami. Hingga ramai generasi kami sudah kering jiwa mereka. Sedih, sudah ada yang tidak kenal jati diri mereka lagi.Dan, dengan sedikit ilmu ini, saya bertanggungjawab menyuburkannya.''
''Untuk menumbuhkan benih-benih pengganas?'' Dia menyoal. Tapi di hati dia, cepat datang rasa menyesal, soalan yang tidak patut.Memang, air muka perempuan Uyghur itu nampak lain, seakan-akan kurang selesa dan seperti juga sedih.Dia mahu meminta maaf tapi dia menyambung lagi,'' Kamu perempuan pemberontak?''
'' Pemberontak?!,'' perempuan Uyghur itu meninggi suara. '' Mana yang lebih ganas, orang yang mempertahankan haknya, berbanding dengan orang yang telah dan akan cuba rampas hak orang itu?''
Dia tidak segera menjawab.Meskipun hatinya menjawab, perempuan Uyghur itu benar.
Lanjut, baca cerpen saya Perempuan Uyghur di Majalah I bulan Disember 2009 terbitan Karangkraf.
Menulis cerpen lebih bebas berbanding menulis rencana.
*Uyghur adalah masyarakat Islam yang tertindas di bawah pemerintahan komunis China.
Lanjut, baca cerpen saya Perempuan Uyghur di Majalah I bulan Disember 2009 terbitan Karangkraf.
Menulis cerpen lebih bebas berbanding menulis rencana.
*Uyghur adalah masyarakat Islam yang tertindas di bawah pemerintahan komunis China.
2 comments:
Tahniah Isma. Lama tidak ke sini. Makin galak menulis nampaknya. Selamat Menyambut Muharram, walaupun masih banyak perkara duka yang sedang menimpa umat Islam di seluruh dunia.
Saya ada baca cerpen kat Mingguan hari itu, kakak telah jauh meninggalkan saya.
Post a Comment