Thursday, December 24, 2009

Kati

Saya berani kata inilah novel Thai yang lain dari yang lain, The Happines of Kati( ความสุขของกะทิ ).Ia ditulis oleh Ngampurn 'Jane' Vejjajiva saudara perempuan PM Thai kini, Abhisit Vejjajiva.Ketika dunia cereka Thai semakin sesak dengan novel-novel lara dari Korea atau pun Jepun, kehadirannya sedikit sebanyak memberi nafas baru buat pembaca. Selama ini orang Thai seperti berbangga dengan slogan tidak rasmi mereka; kami ada matahari, kami ada laut dan kami ada seks.

Ya, The Happines of Kati juga ada laut, ada sungai, ada perahu tapi tiada seks.


Kati, gadis kecil berusia sembilan yang sedang tumbuh membesar. Dia tinggal bersama nenek dan datuknya di sebuah rumah tradisional yang serba cukup buat membesarkan seorang cucu. Dalam hal ini, Jane berjaya memberi gambaran kedesaan ala Thai ditebing-tebing sungai Chao Phraya; perahu-perahu didayung, bunga teratai, wat buddha dan juga aktiviti memberi makan kepada sami-sami. Sebuah kehidupan yang semakin ditinggalkan.

Kati tidak tinggal bersama dengan ibunya kerana ibunya sakit tenat yang tiada harapan untuk hidup. Untuk mengelak Kati terbeban dengan masalah kesihatan ibunya, maka Kati dibawa tinggal bersama neneknya. (Saya teringat kisah Gautama Buddha.)

Kati, tidak tahu yang ibunya sakit tenat. Saat ia bertemu semula dengan ibunya, terlalu sukar baginya menerima keadaan itu; oleh kerana ibu sakit tenat ia tidak dapat memeluk Kati.

Dan, seterusnya Kati dibawa mengunjung apartmen mewah ibunya di Bangkok, di situlah Kati mengetahui kehidupan lampau ibunya, seorang pelajar di England dan menjadi peguam( lebih kurang cerita Jane yang juga tinggal di England).
Semua ini telah membawa Kati melalui detik-detik kebahagiaan dan kesedihan, ikatan dan pemisahan, setelah harapannya terpenuhi dan kehilangan sesuatu yang ia sayangi Namun demikian, Kati telah belajar bahawa kedukaan daripada kehilangan itu tidak boleh meragut kebahagiaan beliau. Pengalaman ini membolehkan gadis kecil itu tumbuh dengan kepercayaan diri dan keberanian untuk hidup. Dia tahu dia mencintai dirinya, dan sesiapa sahaja.

Dan, novel ini terlalu berbaur kekayaan dan kemewahan hidup. Ia bukan cerita tentang budak marhean. Memang pun, kerana penulisnya seorang yang terdidik ala Inggeris dan dari keluarga kaya.

Novel ini juga telah difilemkan. Saya mendapat khabar sudah lebih 200 ribu tercetak dan diterbit sembilan bahasa dan telah menjadi fenomena di Thailand sebagai novel kanak-kanak kontemporari.

The Happines of Kati (ความสุขของกะทิ )

Jane Vejjajiva

Oktober 2008

* Kalau saya terjemah terus ke dalam Bahasa Melayu ia, menjadi '' Kebahagian dari buah kelapa.''Awas jangan pakai terjemahan ini.

7 comments:

Nora Isma Fuad said...

as salam, bunyinya menarik, tapi itulah dalam bahasa Thai...

tengah cuba habiskan ideas and opinions albert Einstein... entah bila akan berjaya dihabiskan..

Nora Isma Fuad said...

hmm, setuju tentang ur ideas abt P.Samad but still dia adalah salah satu my masterpiece.. (buku yang inilah)

Isma Ae Mohamad said...

salam, edisi bahasa Inggeris juga ada diterbitkan...atau tengok filemnya..saya sendiri pun belum tonton.

Ooo, Einstein buku itu berat

pencinta bahasa said...

salam..
menarik betul buku-buku yang kamu baca. cemburu saya :P
saya ada juga berniat untuk menulis ulasan buku-buku yang telah saya baca. malangnya belum ada waktu.

Isma Ae Mohamad said...

zati,
saya juga tidak banyak masa menulis di blog.

najibah said...

Saya tertarik dengan posternya - sangat unik. Rugi rasanya tak dapat baca buku ini dalam bahasa Thai. Dalam bahasa Inggeris adakah Isma(il)?

Agak-agak filemnya sampai di Malaysia? Kalau ada berita mohon sampaikan, sambil-sambil saya mencari maklumat sendiri (tidak dapat baca bukunya, 'baca' filem pun ok juga).

Terima kasih.

najibah said...

Saya sudah jumpa buku Inggerisnya di Amazon. Terima kasih.