Wednesday, December 9, 2009

(A)Bang Na-jib

Dalam beberapa hari ini, topik utama perbualan di selatan Thai banyak berpusing-pusing dalam hal lawatan Bang Na-jib bersama Nayod Abhisit pada hari ini ke Narathiwat. Harap ia tidak dibatalkan. Lawatan Bang Na-jib ini paling bersejarah sebagai seorang PM Malaysia yang sedang berkuasa. PM Mahathir hanya sampai setakat Songhkla tahun 1998 yang lalu.PM Pak Lah paling berani pun setakat jambatan Bukit Bunga--Ban Buketha.

Semalam melalui wawancara bersama Abhisit, Najib berkata;

"I think we have to focus on the majority of the people. I think the extremists cannot survive if they don't have the support of the people.

"The vast majority of the people want to live in harmony with the Buddhists; they want a better future; they want some of their aspirations, with respect to language, with respect to Islamic education, with respect to sharia law, for example.''

Benar,pemberontak di selatan Thai tidak sampai 10% dari masyarakat di sana, tetapi golongan ini harus dibawa berunding jika mahu menyelesaikan masalah di sana.Golongan ini sangat berpengaruh hingga boleh melahirkan rasa simpati masyarakat kepada mereka.Masalahnya kerajaan Thai seakan tidak mahu berunding dengan mereka.

Setuju, seperti yang dilapor ICG (International Crisis Group)juga semalam:

Thailand should negotiate with the Malay Muslim militants to resolve the deadly conflict in the southernmost provinces as reliance on military over the past six years has failed to curb the violence and bring a sustainable peace.
Foto: Pelajar perempuan sekolah agama di Narathiwat sedang belajar di kelas matematik.
P/ s: Orang selatan Thai suka menyebut Bang Na-jib.

4 comments:

Unknown said...

bang na-jib?

Isma Ae Mohamad said...

Jangan silap faham''bang'' itu bukan bermaksud tembak! atau ''pecah'' seperti ''bang-kok'' :)

Anonymous said...

katanya... raja siam tengah sakit... kalau mati yang nih... leh jadik perang... pasal anak dia tu memang dendam ngan orang Islam...

Isma Ae Mohamad said...

anonymous,
komen anda sudah salah di bawah lesse majeste di negara saya.

Hal-hal seperti itu orang cakap secara sembunyi-sembunyi di pertiduran sahaja.

Bagi saya sebagai warga Thai(yang setia) saya selalu beranggapan yang positif sahaja.

Anda takut juga ya!