Tuesday, December 15, 2009

Lt Kolenal Nakamura

Saya minat sejarah. Ketika di sekolah dahulu subjek ini selalu menjadi fokus.Saya sentiasa dapat A.Semasa kecil saya juga acapkali menjelajah pelusuk tempat sekitar redius 50 KM dari rumah dengan berbasikal untuk melihat kubu-kubu tinggal, jambatan runtuh dan meriam. Sungguh teruja saya ketika.Biasa kena marah oleh ibu kerana balik lambat--selalunya sehari suntuk saya tinggal rumah.

Dan, beberapa hari lepas saya berkesempatan menonton dokumentari Majalah Tiga berkenaan ''Pertempuran di Kota Bharu.''Terkesan dari itu, saya mencari buku tentangnya.Cari-cari, barulah saya sedar pertempuran di Kota Bharu walaupun hebat dan sengit tetapi ia rupanya seperti tidak mempunyai nilai komersil. Tidak seperti pertempuran di Bataan, pertempuran di Kiribati, kepulauan Marshal mahupun Pearl Harbour yang gah bila diangkat ke layar perak, Hollywood.Juga dibukukan dengan kulit keras lagi.

Akhirnya saya terjumpa buku ini; Jejak-Jejak Jepun: Pertempuran di Kota Bharu tulisan Mejar Mohamad Khayum Bin Badarudin.Buku kecil dan nipis ini sudah cukup (dari tidak jumpa apa-apa buku) menghilang rasa keinginan lebih mengetahui tentang ''Pertempuran di Kota Bharu.''

Sejarah mencatatkan pendaratan Jepun di Kota Bharu bermula pada 00.25 pagi 8 Disember tahun 1941 dengan tiga gelombang pendaratan ke pantai. Ketika itu musim tengkujuh sedang melanda pantai timur dengan juga tiga buah kapal, Awagisan Maru,Ayatosan Maru dan Sakuran Maru. Pendaratan itu mendapat tentangan sengit pasukan British.Di tambah dengan jerangkap samar, bom dari udara, kawat berduri berlingkar di pantai. Lebih-lebih pertempuran di Kota Bharu berlaku dalam waktu malam.

Ini diakui pemerintah Jepun sendiri:

Salah satu kawasan pertempuran paling ganas dalam kempen Tanah Melayu.

Seramai 320 askar Jepun terbunuh dan 538 cedera.

Selama saya membaca buku ini, perasaan saya ''dihantui bau'' oleh tulisan Lee Kuan Yew tentang tentera Jepun yang saya baca pada bukunya, The Singapore Story; Memoirs of Lee Kuan Yew:

Dua orang itu kelihatan ganjil, kecil, gemuk pendek dan membawa senapang panjang dengan bayonet yang panjang. Bau mereka terlalu busuk, bau yang tidak akan saya lupakan selama-lamanya. Ia adalah bau akibat dua bulan tidak mandi selepas berjuang di hutan dan jalan-jalan estet dari Kota Bharu ke Singapura.


Jejak-jejak Jepun: Pertempuran di Kota Bharu

Mejar Mohammad Kayum

Media Satria Sdn. Bhd

2008

*Saya pernah menulis jawapan untuk soalan sejarah dalam peperiksaan -- kita seharusnya bersyukur dengan kehadiran tentera Jepun, kerana hadir mereka telah sedikit sebanyak membuka pandangan orang Melayu kita boleh hidup tanpa barat.

4 comments:

Nora Isma Fuad said...

as salam, setuju sangat dengan pandangan itu, tnpa Jepun,orang melayu masih akan dibayangi dengan Mem dan Tuan Mat Saleh. Kalu semua orang maca u, senanglah kerja sis as guru sejarah. Yang susahnya semua murid (60%) belajar sebab mereka terpaksa buaknnya minat untuk mengetahui.

Isma Ae Mohamad said...

sis saya rasa subjek sejarah mesti di ubah dalam sistem pendidikan malaysia. itu pandangan saya sahaja

Anonymous said...

as salam, silibus sudah banyak kali diubah,terakhir 2004. Entahlah. Isu silibus,cara pengajara sudah banyak kali diubah dan dibincangkan,tetapi minat masih ditahap lama. murid boleh skor A1 tetapi peratus yang meminati sejarah masih berkurang. Mereka belajar semata-mata kerana keperluan exam bukan minat.

norafuad

Isma Ae Mohamad said...

maksud saya tafsiran sejarah bukan silibus.