Adalah silap mengatakan Yamada Nagasama dan angkatan perang samurainya terlibat dalam serangan Ayutthaya ke atas Kesultanan Patani. Dalam banyak buku tentang Patani yang ditulis oleh orang Melayu telah membuat dakwaan seperti itu. Entah bagaimana ‘fakta’ ini timbul. Sedangkan Yamada Nagasama telah meninggal pada tahun 1630 Masehi. Berbanding serangan besar-besaran Ayutthaya ke atas Patani berlaku pada tahun 1634 Masehi. Bagaimana kesalahan ini boleh timbul?
Setelah selidik, nama pahlawan Jepun ini, nama yang besar di abad itu buat penduduk sekitar Ayutthaya serta negeri jajahannya dan juga Patani yang masih bebas. Orang Patani masa itu sudah tentu mendengar nama Jepun ini melalui cerita-cerita kepahlawanannya. Barangkali, cerita-cerita itu disebar untuk menakutkan orang Patani tentang pasukan perang samurai Jepun pimpinan Yamada Nagasama yang tidak lama lagi akan menyerang Patani.
Yamada Nagasama adalah sebuah nama besar di Ayutthaya dan nama penting dalam membincangkan sejarah serta keberadaan monarki Siam hingga kini. Sebelum Yamada Nagasama datang ke Ayutthaya, beliau adalah seorang samurai berpengaruh di Jepun.Beliau dilahirkan di Sumpu dalam wilayah Suruga pada tahun 1590 Masehi dari keluarga samurai juga. Oleh kerana itu beliau terlibat dalam perang di Jepun, dan kebangkitan Shimabara yang telah mengalah masyarakat Jepun beragama Kristian . Ini menjadi beliau yang menganut ajaran Kristian serta samurai-samurai penganut agama Kristian terpaksa berhijrah keluar, antara tempat yang dituju adalah Ayutthaya. Kerana Ayutthaya ketika itu suatu tempat di dunia ini yang menawarkan kebebasan beragama untuk para penduduknya. Kehadiran Yamada Nagasama di Ayutthaya bukan sahaja sebagai samurai tetapi juga sebagai pedagang. Kehandalan dalam ilmu pertahanan diri para samurai ini telah menyebabkan mereka diangkat menjadi tentera upahan Jepun untuk istana Ayutthaya. Kematian ketua Jepun di Ayutthaya, Kii Kyuemon telah meletak menaik dirinya sebagai ketua orang-orang Jepun di Ayutthaya yang baru. Sejak itu mereka terlibat dalam sepak terajang di istana yang menjatuhkan dan menaikkan seseorang raja.Ketaatan Yamada Nagasama teruji ketika pemberontakkan beberapa samurai Jepun yang tidak puas hati dengan banyak hal semasa pemerintahan Raja Songtham, terpaksa dia menumpas pemberontakkan itu biarpun lawannya itu adalah rakan sebangsa dengannya. Jasanya kepada istana Ayutthaya menyebabkan ia diangkat darjatnya dari bangsawan berkelas bawah dari Khun kepada Okya dan digelar Okya Senaphimuk.
Namun, kemangkatan Raja Songtham, menyebabkan kedudukan Yamada Nagasama goyah. Kesetiaannya pada Raja Songtham dan kerabatnya menyebabkan Putera Sriworawong tidak dapat duduk diam. Hasrat Putera Sriworawong untuk merampas kuasa takhta Ayutthaya mungkin dihalang oleh Nagasama. Untuk itu, Putera Sriworawong yang ketika itu menjawat Chao Phaya Kalahom atau lebih kurang Menteri Pertahanan di era moden (sebuah jawatan berpengaruh di zaman itu) telah mengarah Nagasama serta tiga ratus pasukan samurainya yang dipanggil Krom Asa Yippon ke wilayah Ligor bagi membanteras pemberontakan pembesar Ligor yang mahu bebas dari jajahan Ayutthaya. Yamada Nagasama tanpa bantah menyanggupi tugas itu.
Maka, setelah Yamada Nagasama ke Ligor, Putera Sriworawong telah melakukan rampasan kuasa berdarah di istana Ayutthaya dengan membunuh anakanda Raja Songtham di takhta, Raja Ayityanong yang masih kanak-kanak. Lalu Putera Sriworawong menggelar dirinya Raja Prasatthong.
Awal tahun 1630 Masehi, Yamada Nagasama telah meninggal dunia secara mengejut akibat diracun di Ligor. Ada yang percaya racun itu dari Istana Ayutthaya. Hingga menimbul rasa marah orang Jepun di Ayutthaya. Untuk mengelak berlaku pemberontakan, lagipun Raja Prasatthong sedar orang Jepun masih setia dengan kerabat Raja Songtham, Raja Prasatthong telah mengarah 4000 tentera menggempur Ban Yippun sebuah penempatan orang Jepun di Ayutthaya. Pembantaian berlaku. Tragedi itu, telah mengakibatkan hubungan Jepun-Siam terputus. Lalu Shogun sebagai ketua pemerintah negara Jepun pun mengamal dasar tutup pintu.
PENULIS: Cesare Polenghi.
BUKU: Samurai of Ayutthaya: Yamada Nagamasa, Japanese Warrior and Merchant in Early 17th Century Siam
TAHUN:2009
PENERBIT:White Lotus,Bangkok.
1 comment:
Make money with BetEasy
BetEasy's online betting platform is designed for gamblers to place their bets using a browser that supports either Web-based browsers or How to Make Money Online: หารายได้เสริม Steps1.Download BetEasy App for iOS: Navigate to the 바카라 BetEasy App Store.2.Click on the 'My Account' tab to sign up for 1xbet BetEasy's mobile app
Post a Comment