Tuesday, August 9, 2011
Bah. 1: Kita dan Tiga Belas Tahun Lepas
Dimana kita tiga belas tahun dulu?Tiga belas tahun lepas, ya tahun 1998.Tahun penuh pancaroba negara Malaysia.
Ada tiga perkara besar ketika itu.Pertama, pasti kita ingat, kita bersorak, bertepuk tangan, dan bangga bersama Dr Mahathir ketika Bukit Jalil bermandi bunga api merai Sukan Komanwel, Kuala Lumpur 98(Sukom 98).Kita terlompat ketika Sapok Biki menang.Kita simpati ketika peserta jalan kaki Australia terhenjut-henjut menghabisi acaranya.Dan banyak lagi termasuk teruja melihat Alto Boldon memecut seratus meter.Dalam masa yang sama, kita mengutuk penganjuran sukan kedua terbesar dunia ini membazir, jika anda pro-pembangkang(memang SUKOM 98 kerugian berjuta-juta ). Dan pasti anda ingat, syarikat arak Carlberg terpaksa menarik balik penajaannya ekoran bantahan kumpulan Islam, Dr M merah padam, hidung mengembang saat diaju soalan oleh media asing berhubung soal ini.
Kedua, tiga belas tahun dulu, Malaysia sedang kegawatan ekonomi.Tiba-tiba kita disuruh mengecam dan menghina seorang orang putih berhidung tinggi, Goerge Soros namanya.Kerana orang putih inilah kita merana, kata Perdana Menteri Malaysia dalam jelajah ceramahnya ke seluruh negara yang juga dipancar secara langsung oleh TV1 di setiap lokasi.Tetapi parti pembangkang mengatakan kemelesetan ini disebabkan oleh Goerge Boros, juga seorang berhidung tinggi tapi mengembang, yang kerjanya hanya berminat dengan projek ‘terbesar,tertinggi,terkuat,terkecil(tapi mahal)’dan banyak ‘ter’lagi, sebab itu kerajaan kehabisan wang, habis mengalir keluar negara, dakwa seorang pemimpin pembangkang dalam ceramahnya yang berapi-api.Dan kalau kita orang kampung, kita perasan, terlalu banyak sekatan jalan raya termasuk dipinggir kampung, tanpa berbasa-basi polis terus menulis surat saman. Inilah contoh terdekat menunjuk kerajaan kehabisan wang!Mahu ambil duit rakyat pulak!Kata pemimpin pembangkang itu.Ya,ya,ya, kita sokong.Takbir! Allah huakbar!Allah huakbar! Allah huakbar!
Ketiga, tahun itu juga kita tahu lebih detail apa itu sodomi, apa itu liwat tanpa memasuki kelas pendidikan seks yang tidak jadi itu. Eeee…gelinya, kita naik bulu roma memikirnya. Anwar Ibrahim!Macam tidak percaya, kita geleng kepala ketika Perdana Menteri mengiakannya di TV lalu ia dipecat semua jawatannya.Anwar tidak duduk diam, dia nafi dan mengerak massa, lalu disambut Parti Islam Semalaysia(PAS), itu konspirasi, konspirasi, konspirasi jahat.Kita pun tahu apa itu ‘konspirasi’ dan cara menggunanya, setahun kemudian kita tahu apa itu ‘relevan’.Tak relevan,tak relevan, tak relevan, kita pun gelak. Kah, kah,kah,kah…. ‘’Laa…baru aku ingat, masa tu aku duk depan Tibi, tengok ogho duk katok kereta TV3, habis kepek, hancur cermin.’’ Tidak hairan, jika ada antara kita berkata dalam loghat Kelate dengan tiba-tiba(eh, kereta TV3 kena terjah penunjuk perasaan tahun 1999 kan? Bukan 1998?). Lepas itu lebam mata Anwar.
Tiga belas tahun lepas, kita melalui tiga hal besar itu dengan cara masing-masing sesuai dengan umur kita dan kematangan.(Tiga belas tahun dulu saya seorang penyeludup mercun di sempadan Thai-Malaysia bersama seorang kawan, berguni-guni ).Semua yang dicatat di atas disebabkan kesan dari membaca sebuah cerpen,Tiga Belas Tahun Unjuk Rasa, oleh Norziati Mohd Rosman yang dimuat di Harakah.
Kini Kita…..
Kini ,kita melihat Mar--seorang perempuan yang ayu, belum berteman—duduk di kedai kopi menunggu rakan-rakan seperjuangan tiga belas tahun dulu setelah lama terputus hubungan selepas dihubungi semula melalui laman sosial sambil mengenang kembali tiga belas tahun lampau.Ketika dia bersama teman-teman, ‘’berteriak, menjerit, mengacu tangan ke udara, memegang sepanduk, dan mengedar risalah provokasi,’’demi perjuangan,kebenaran dan keadilan.Segera kita teringat, seorang menteri kerajaan ketika itu di TV mendakwa penunjuk-penunjuk perasaan itu diupah, ditambah pula seorang ahli akademik member pandangan, nampaknya negara kita cuba dirasuk oleh anasir luar buat menjaham negara. Aik, apakah Mar dan rakan-rakannya diupah dan dirasuk oleh anasir luar?Tidak mungkin, Mar kini sedang menunggu teman-teman seperjuangan, ‘’Apakah mereka sudah menjadi manusia atau hanyut dalam cita-cita sang kapitalis.’’
Dan timbul watak Amrul, kini seorang penasihat kepada pemimpin kanan sebuah parti, tidak dinyata ideologi parti itu.Tetapi beliau seorang yang gagal dalam rumah tangga, isterinya lari.
Bersambung....
Nota: Apakah penulis cerpen ini pergi tonton Sukan Komanwel 98? *Teringat Rombongan Cik Kiah ke Sukan Komanwel.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Isma,
Saya masih ingat ketika itu. Rakyat merhaen di Lembah Klang keputusan air. Tambahan lagi dengan fenomena el-nina atau el-nino, (entah yang mana satu, saya lupa) memburukkan lagi keadaan.
Post a Comment