Monday, December 28, 2009

Isma Ae


Budak Encyclopedia; saya selalu mendapat gelar itu--''orang Siam serba tahu'' dan ''suka ambil tahu.''Sering kali saya tertanya-tanya, adakah aku ini penyibuk, sebenarnya?
Dan, sememangnya saya ini jenis suka berdiam diri bersama dengan Encyclopedia jika kelapangan di perpustakaan.(Encyclopedia adalah terlalu mahal untuk saya beli.) Bukan menghafal.Terutama yang encylopedia yang berkaitan dengan diri saya.Misalnya, Islam, Politik, Thai, Melayu, Nusantara dan selatan Thai.
Melalui Saranukrom watthanatham thai phak tai [The Encyclopedia of Thai Culture: The South] saya ingin berkongsi tentang khaek.
Khaek, yang dibicara oleh Chaliaw Ruangdet, vol. 2, 872, bererti pengunjung, tetamu, orang asing, pelawat, juga merupakan perkataan kuno dijumpai di pra-kod undang moden yang merujuk kepada orang-orang dari India, Parsi, Turki, dan Semenanjung Arab. Sebuah etimologi dari period Ayutthaya menggabungkan khaek dan Moor sebagai khaek Mua.
Sehingga kini perdebatan tentang makna sebenar perkataan masih berterusan.Kerana selama ini ia memberi persepsi negatif kepada umat Melayu di selatan Thai sebagai orang asing atau penumpang di negara Thai.
Bagaimana boleh timbul kata khaek itu?
Menurut dapatan ini, ia timbul apabila rua khaek iaitu sejenis perahu kecil orang Melayu pantai yang berdagang (entahlah, saya belum dengar tentang ini) di antara pelabuhan Siam.Ketika perang meletus antara Siam-Patani, perahu-perahu ini dijadikan hasil tawanan perang.Sejak itu ia memberi kotonasi negatif kepada orang Melayu di selatan.
Begitupun, encyclopedia ini tidak merujuk khaek itu kepada orang Melayu selatan. Satu sikap diplomasi yang baik dan membina.
Dan saya pun sendiri tidak terasa asing di Thailand cuma saya terasa saya orang Melayu kelas kedua di Malaysia.Memang pun, saya pendatang di bumi Malaysia.Saya Isma Ae bukan Ismail.

2 comments:

ainul02 said...

awk org thai tinggal di malaysia? skang masih study? sy juga ada kawan yg rakyat thai dan bermastautin di kedah

Isma Ae Mohamad said...

Ya. Bekerja antara Kota Bharu -- Pattani Thailand.