Monday, December 7, 2009

Khalida Atikah

Beberapa nama orang-orang hiburan terlintas di kepala ketika membaca novel ini. Antaranya, Niezam Kring!Kring!Kring!, Michelle Melodi(saya suka bahasa Melayunya), Huzz, Richie Rahman, dan seorang dua lagi.Ia juga mengingatkan saya zaman kanak-kanak dahulu; leteran ibu pada kakak kerana selalu beli URTV. Saya pun tumbang sekali membacanya.Sejak itu saya kenal Huzz ( pernah saya bertengkar tentangnya dengan kawan samaada dia perempuan atau lelaki dia ni).Walaupun begitu saya fokus kepada politik, hal hiburan dijeling-jeling sahaja tapi saya ambil tahu.

Mulanya saya suka membayang yang Khalida Atikah itu mungkin Salina Ibrahim( saya suka membandingkan setiap watak dengan orang hidup). Setelah jauh mengamati watak perempuan ini, oh tidak, dia tetap Khalida Atikah bukan Salina.Dia boleh berdiri sendiri.

Begitu juga dengan Azrul Rasyid. Saya membayang dia itu seperti.....(maaf tidak mahu tulis yang buruk-buruk).Seperti dilukis Lily Haslina, editor hiburan ini, ''lelaki yang keras, kasar lagi lantang. Kata-katanya penuh luka, bibirnya penuh duri.Cintanya hanya pada diri, tulisannya penuh menyakitkan hati.''

Dan kerana itu, bahagian-bahagian yang melibatkan perempuan ini berhadapan dengan bosnyalah samaada di pejabat mahupun dalam tugasan adalah yang paling saya suka baca. Namun, bahagian yang melibatkan Cik Latifah dan Nureen, bahagian paling mual.

Sebagai seorang lelaki, saya terpikat dengan perwatakan Khalida Atikah. Alangkah indahnya dunia khayal saya jika perempuan seperti ini wujud.
Betul-betul wujudkah wartawan perempuan sepertinya?Setahu saya kebanyakan wartawan perempuan yang saya kenal semuanya sama-sama hu ha dengan laki-laki.Jangan silap, wartawan siamlah!!


Menunggu Cinta Tuhan


PTS Litera


Lily Haslina Nasir


* Kalau boleh saya mahu menulis panjang review tentang novel ini, tapi saya kesuntukan masa, sibuk dengan lawatan Najib Razak ke wilayah bergolak selatan Thai.

No comments: