Monday, November 30, 2009

Mindanao


Konflik Mindanao.

Bodoh!! Tidak sedar masih kena jajah, tahu hendak bergaduh saja!! Bodoh betul!

Itulah reaksi saya ketika mendengar berita pembunuhan beramai-ramai termasuk wartawan di Mindanao yang berpunca dari perebutan jawatan gabenor di sebuah wilayah di sana tempoh hari.Memang, kerja menyumpah terlalu senang dibuat, cuma perlu ada mulut dan suara.Anda pun boleh.

Saya mengutuk keras pembunuhan tersebut.

*******

Konflik Mindanao. Ketika saya berumur sekitar sebelas tahun, saya menunjuk keratan akhbar berserta foto sebuah kumpulan lengkap bersenjata(MILF) kepada ayah( Saya sentiasa bercerita kepada ayah apa yang saya baca sehingga umur 12 tahun,-- selepas itu saya tidak tinggal bersama setelah bercerai). Saya ingat, saya berkata, "Mereka ini pejuang yang akan berperang dengan kerajaan esok sempena hari krimas jika kerajaan tidak memberi kemerdekaan.''Saya bangga. Dan berharap mereka berperang seperti Rambo.
Ayah melihat foto itu. Dan memberi jawapan, mereka tidak cukup kuat untuk melawan kerajaan.Ayah tidak yakin mereka menang.
Jawapan itu amat mengecewakan saya.Ia memberi kesan ingatan kepada saya sampai saat ini. Amat mengecewakan.
Hingga beberapa tahun kemudian barulah saya faham, ayah seorang yang realistik, tahu langit mana yang dijunjung, dan tanah mana yang dipijak.Kesimpulannya, semua orang boleh memberontak.
*********
Konflik Mindanao. Baru saya perasan, dalam koleksi saya, hanya ada sebuah buku sahaja tentang konflik ini. Padahal, wilayah tersebut sentiasa dalam cerapan saya. Itu pun buku catatan pengalaman Jackson Sawatan yang membuat liputan penculikan rakyat Malaysia oleh kumpulan Abu Sayyaf, Sepasang Kasut dan Selipar Jepun di Bumi Abu Sayyaf tahun 2000 lalu.
Catatan beliau itu memberi sedikit gambaran akan kehidupan masyarakat di sana yang sentiasa dengan senjata. Tulisnya, ketika kenduri kahwin pun ada orang berkawal dengan senjata, ''.....sekumpulan lelaki kelihatan sedang berkawal dengan senjata mereka yang saya sendiri tidak tahu apa namanya. Senjata M16 saya kenal dan beberapa orang daripada mereka kelihatan sedang menyandangnya. Seorang lagi yang berseluar coloreng dan bersinglet dengan kepala berlilit kain merah, sedang menyandang sejenis senjata yang dipanggil M19, sejenis senjata yang boleh melancar grenad. Mungkin juga inilah yang dipanggil rocket-propelled grenade atau RPG(kalau saya, saya panggil senjata Rambo).
Lagi catat Jackson tentang senjata dalam situasi yang menakutkan.
''Memandang sebelah kiri jalan itu ada rumah-rumah penduduk kampung dan di sebelah kanan pula ada padang tempat berpuluh-puluh bala Abu Sayyaf berkumpul, kami terpaksa berdiri di atas jalan sambil dikawal oleh sekumpulan pemuda bersenjata yang kelihatan begitu megah dengan kuasa senjata di tangan mereka.
"Malangnya, kehadiran belia- belia bersenjata itu memberi keberanian pula kepada sekumpulan kanak-kanak berusia kurang 10 tahun berjalan antara kami sambil cuba-cuba menghulur tangan, mungkin meminta wang."
Hingga Jackson sendiri pun memberi kasutnya kepada mereka dan ditukar dengan selipar jepun putus.
Oleh itu, pembunuhan beramai-ramai baru ini bukan sesuatu yang pelik.Begitupun, rasa ingin melawat wilayah tersebut tidak pernah pudar. Insya-Allah saya akan ke sana satu hari nanti.






Sepasang Kasut dan Selipar Jepun di Bumi Abu Sayyaf
Jackson Sawatan
DBP
Harga RM 17

No comments: