Sunday, November 8, 2009

Perang Terakhir Chavalit

Chavalit Yongchaiyudh, bekas PM Thailand kini menjawat pengerusi parti kroni Thaksin, Puea Thai, blok pembangkang terbesar Thai. Di Malaysia, namanya tidak termasuk dalam kepala penduduknya bila disebut Thailand. Yang biasa bermain di kepala orang Malaysia hanya, Raja Thai, Thaksin, Pakdee (servis kuda), Paradorn, dan Tata Young.

Bekas General tentera kini menjadi perhatian setelah ' Nakhon Pattani' atau Kota Pattani dibangkit semula beberapa pihak terutama parti lawannya. Nakhon Pattani yang diwarkannya itu tercatat dalam bukunya,KarnTo SuKran SutTai ( The Last War) yang ditulis bersama dengan Boonkrom Dongbangstan.Buku ini terbit pada tahun 2005.Ketika keganasan di selatan Thai mula-mula menjadi.
Kini, selepas PM Najib menyatakan akan autonomi untuk wilayah selatan tersebut, buku itu menjadi rujukan semula. Harus dingat Gen Chavalit bukan orang sebarangan dalam konflik selatan. Beliaulah yang menggerakkan konsep 'Harapan Baru' untuk keamanan selatan Thai pada tahun awal 80-an lalu. Yang sekaligus berjaya menamat pemberontakkan tahun-tahun 70-an dan 80-an dengan meneural beberapa pemimpin pemisah. Hasil 'Harapan Baru' telah melenyap sementara pemberontakkan sehinggalah muncul kembali akhir 2003.Begitu juga dengan 'Isan Hijau' bagi menghapus pemberontakkan komunis di timur laut negara itu.

Nakhon Pattani menurut Gen Chavalit adalah sebuah kawasan pentadbiran dengan undang-undang khas yang merujuk kepada sebuah autonomi. Namun, idea ini menyebabkan beliau berperang dengan utra-nasionalis Thai yang tidak sama sekali setuju dengan autonomi.Golongan ultra ini telah menyebabkan PM Abhisit menolak idea autonomi.

Jadi, perang terakhir askar tua ini adalah berdepan dengan rakyat Thai terutama utra-nasionalis atau si baju kuning, bukannya masyarakat konflik selatan.Rasanya, beliau akan kalah dan berkubur bersama idea tersebut. Autonomi hanya mimpi dari Malaysia.

2 comments:

Tepi Sungai Batu said...

Salam ziarah dari Pak Man.
Blog yang berkualiti. Isi nya agak berat, berbanding dengan blog Pak Man yang cerita biasa saja.
Teruskan usaha anda.

Isma Ae Mohamad said...

Terima kasih. Saya kecek pasal buku jah..