Thursday, November 26, 2009

Pak Sa Mark

Lima hari selepas menduduki pejabat Perdana Menteri, halaman rumah beliau mendapat perhatian media kerana aktiviti masak-memasaknya. Istimewanya tentulah, Tom Yam Kung dimasak beliau. Nampak sedap. Dengan kuah kuning merah-kemerahan, ditambah nampak wap menari-nari naik ke atas,pasti mengugah selera.

Sial, aktiviti masak-memasak di halaman rumahnya itulah yang menyebabkan beliau hilang jawatan PM Thai.

Itulah Samak Sundaravej,bekas Perdana Menteri Thailand,juga dikenal seorang tukang masak -- chef selebriti Thailand. Rancangan memasaknya di TV sentiasa dengan hilai tawa. Tambah-tambah, mulutnya yang lancang lagi pedas. Buat saya, beliau seorang PM Thailand yang paling menghiburkan dalam sejarah.Seingat setiap kali saya menonton berita, jika beliau muncul dengan ulasan, pasti menimbulkan rasa gelak di hati.

Beliau seorang yang agresif. "Seorang yang tidak takut berkelahi,agresif dan tidak mahu berkopromi,'' ujar penganalisis politik di Universiti Chulalalongkorn, Thittinan Pongsidhirak.

Namun, bila kematiannya menebar sampai di telinga dua hari lepas, saya terasa kehilangan, entah sukar saya hendak gambar.Jujurnya, saya sangat bersimpati dengannya setelah jawatan PM Thai lucut di tangan hakim.Oh, saya bukan penyokong Thaksin, tahu. Cuma saya rasa hukuman itu keterlaluan:didapati bersalah kerana muncul dalam rancangan memasak!

Buku-buku tentang Samak:

PAK SA MARK
ปาก..สมัคร

























































Pak Samad, lubang hidungmu tetap kukenang!!!

3 comments:

Nora Isma Fuad said...

as salam...

salam singgah kembali... ada ada katakan anda , tidak pernah terpikat dengan watak2 dalam novel. Saya pun.Sebabnya,watak2 tu hanya rekaan semata-mata.Saya sebenarnya tidaklah menggemari novel Melayu sangat.

Annabuadiary said...

pak samak suka masak ..tapi sampai laos boleh keracunan juga ya

Isma Ae Mohamad said...

selepas kejadian keracunan itu, ada laporan menyebut bahawa tahap kebersihan loas lebih teruk dari Thailand, dan bila Samak lawat pasar Selayang ada laporan kata tahap kebersihan di Malaysia lebih baik dari Thailand, ya ke?