Friday, November 20, 2009

Baca Kembali John Naisbitt


Beberapa tahun dahulu saya baca buku ini, Megatrends Asia; The Eight Asia Megatrends That are Changing The World, karya John Naisbitt. Masa itu bahasa Inggeris saya bagai orang merangkak-rangkak lagi. Minat punya pasal.

Kelmarin saya membelek kembali. Untuk memeriksa apakah benar ramalan megatrend-megatrend itu dan membandingkannya dengan keadaan Asia hari ini.

1. From Nation-State >>> Networks
Jaringan kerja ini dimaksudkan perdagangan bukan antara negara tetapi antara orang dan antara perniagaan.Contoh yang dibawanya adalah tentang jaringan saudagar cina seberang laut.Saya boleh terima megatrend ini.Orang kaya tetap akan terus kaya.

2. From Exsport-Led >>> Consumer-driven
Betul. Citarasa orang Asia makin tinggi.Kebanyakkan mahu jadi kaya.Ini telah melahirkan kelas menengah yang baru.Contoh, orang kampung saya sampai digelar, Orang Kaya Baru.

3. From Western-Influence >>> the Asia Way.
Cara Asia. Biasanya akan dilaung pemimpin Asia terutama perkara yang berkaitan dengan hak asasi manusia sahaja.Tapi yang lainnya hendak ikut barat.

4. From Goverment-controlled >>> Market-driven.
Tidak juga. Kerajaan masih mengawal dan melindungi segmen tertentu perniagaan.

5. From Village >>> Supercities.
Masalahnya saya masih di kampung. Suka tinggal di kampung.Tapi rumah saya semakin dekat bandar.Saban tahun.

6. From Labour-intensive >>> High Technology.
Sial, kebanyakkan rakyat Asia belum bersedia dengan dunia teknologi ini.

7. From Male Dominance >>> Emergence of Women.
Ya. Pendidikan moden telah mengangkat perempuan. Tapi saya kurang minat kerja dengan bos perempuan, cerewet. Begitu pun saya suka dengan cikgu perempuan.

8. From West >>> East.
Tidak. Barat masih dibangga-bangga. Kawan saya mengeluh, 'kita ni semakin baratlah, Ae.''

Rasanya buku ini ditulis bukan untuk kita orang Asia tapi untuk orang barat, bagaimana nak ngap orang Asia di alaf baru.

5 comments:

Nora Isma Fuad said...

as salam, salam singgah. kebetulan melawat blog teman maya,lalu singgah ke sini. Hmm saya suka membaca,dan selalunya mencari teman-teman blog yang rajin membuat review,maklumlah dalam lambakan buku di pasaran,sukar memilih buku yang terbaik.

kebetulan saya baru menulis buku, Dimensi Cinta.

Isma Ae Mohamad said...

salam,
terima kasih..

ooo, tahniah, saya ada tertengok novel itu..

Pishaposh said...

"Tapi saya kurang minat kerja dengan bos perempuan, cerewet. Begitu pun saya suka dengan cikgu perempuan..."
-- Hmmm ... betulkah begitu? Bos saya perempuan. Teliti dan Telus. Adakah itu cerewet?

"Rasanya buku ini ditulis bukan untuk kita orang Asia tapi untuk orang barat, bagaimana nak ngap orang Asia di alaf baru..."
-- Saya suka konklusi ini ... dan saya menguji pengetahuan anak2 didik saya - Modernization means Westernization .. wah, berlumba2 mereka mencipta indikator yang sangat pro ke Barat ... Haru difikirkan ... Adakah itu kesan ramalan Naisbit jugak? (*_*)

Isma Ae Mohamad said...

Kakak,
Bos saya perempuan. :)

Tapi saya suka ramalan Naisbitt yang ini;
Dulu ibubapa selalu pesan pada anaknya jangan pulang lewat jika keluar tapi sudah berubah kepada jangan lupa bawa kondom jika keluar!!

Di Thailand ramalan ini sudah pun berlaku!

Annabuadiary said...

barat tidak mampu terima kenyataan bila asia melahirkan lagi ramai jutawan dalam forbes dan india serta china berlumba lumba melahirkan konglomerat mereka