Saya pernah berkata, "Kalau boleh Ae mahu pergi ke Afghanistan atau pun di Iraq untuk buat liputan." Selepas saya diberi nasihat agar berhenti menulis tentang konflik selatan Thai oleh seorang sepupu beberapa ketika dahulu.Kerana sejak kecil saya bercita-cita menjadi seorang 'wartawan perang.'
Tidak hairanlah Conflict: Journeys through War and Teror in Southests Asia oleh Nelson Rand membuatkan saya begitu teruja sekali membaca dan mengamati pandangannya tentang konflik di Asia Tenggara. Lebih-lebih lagi beberapa subjek beliau juga adalah subjek kegemaran saya. Iaitu konflik separatis di Burma dan Selatan Thai.
Keberanian Nelson terjun ke neraka perang telah menjadikan beliau seorang jurnalis yang baik dalam erti kata kewartawanan.Beliau berpetualang bersenjatakan kamera, buku nota dan perasaan ingin tahu yang dalam untuk menyelami perasaan manusia yang terlibat dengan konflik.
Buku yang dibahagi kepada empat bahagian; ke Kemboja pada akhir 1990-an, bumi Karen di Burma dari tahun 2000 hingga 2002, di Laos Hmong pada tahun 2004, dan konflik di Selatan Thai pada tahun 2008.
Rand menjelaskan niat utama beliau menulis; “draws heavily on my experiences, the aim is not to tell my story, but the story of these conflicts and the people caught up in them."
Cerita Rand bermula di Kemboja:
I arrived in Cambodia about a week after Pol Pot's death on 15 April 1998, with the aim of travelling to Anlong Veng to launch my career as a journalist."
Selepas itu cerita banyak berkisar tentang Kemboja melalui perbualan dan foto-foto lama Pol Pot yang berjaya di jual kepada AP, itulah hasil kewartawannya yang pertama dapat dijual.
Tentulah cara pandang Rand juga mungkin seperti kita yang melihat setiap puak pemberontak itu adalah baik.Dan tentera pemerintah itu jahat.Dan selalu Rand mengatakan puak pemberontak Karen adalah rakannya. Dia sendiri berpeluang menyaksikan pertempuran Karen menentang tentera Junta Myanmar. Begitu, dengan perasaan sedih dia melihat sendiri kemelaratan puak Hmong di Loas yang ditindas kerajaan Komunis Loas.
Bagaimana di Selatan Thai?
Rand sendiri mengikuti tentera Thailand meronda.Tulisnya, “When I’m under fire, I’m far more comfortable shooting a camera than a weapon.''Sebelum itu dia ditawar senjata untuk kawalan diri.Rand mengakui masalah selatan berpunca dari ketidakadilan yang terang berlaku ke atas penduduk Islam.
Apapun, konflik di Asia tengara juga mempunyai nilai komersil berbanding di Iraq ataupun di Afghanistan.Lihatlah, bagaimana Rand mengangkatnya.Jangan hairanlah, mengapa terlalu ramai koresponden orang putih di Thailand.Mereka boleh membuat liputan di selatan Thai, di sempadan Burma, sempadan Kemboja dan Loas.Thailand dikelilingi puak separatis.
Conflict: Journeys through War and Terror in Southeast Asia
Nelson Rand
Maverick House
2009
495 baht