Wednesday, September 9, 2009

Cuba Memahami Sudut Pandang Farish A. Noor dan sealiran


Pertama-tama saya ingin nyatakan (bukan ingatkan) dibanyak tempat saya kurang bersetuju dan masih menyimpan rasa marah pada Farish A. Noor,cendekia Melayu yang nakal ini. Namun, dibeberapa tempat malah ketika saya sependapat dan senang sekali dengan beliau.

Penting juga untuk dinyatakan: saya percaya saya tidak mudah dipengaruhi atau terpengaruh dengan mana-mana pendapat mahupun hujah.Hanya yang ada, bersetuju atau bangkang, kadang-kadang merai kepelbagaian.
Sekarang saya sedang membaca bukunya, Dibalik Malaysia: Dari Majapahit ke Putrajaya( memang, saya tidak alim kerana membaca buku tidak islamik pada bulan puasa). Inilah minat saya, membaca buku analisis sejarah dari persepektif yang berbeza.

Tulisan Farish menarik minat untuk dikaji kerana cara beliau mengadun sumber sejarah klasik dan diuli pula dengan situasi masyarakat (khasMalaysia) kini, telah membuka ruang-ruang baru. Tetapi seperti yang saya nyatakan di atas, tidak semestinya doh Farish ini dapat menenangkan perut saya. Cuma ia dapat memberi saya banyak sisi untuk dinilai sebelum dimasak dan seterus dimakan.

Oleh kerana saya baru membacanya beberapa halaman awal ingin saya kongsikan disini dua tulisan beliau mengikut pemahaman saya.

01 Projek Mega Sultan Iskandar

Rupa-rupanya baru saya sedar projek mega sudah lama wujud dalam mimpi orang Melayu (saya sangka zaman Tun M ia bermula) terutama raja-rajanya hingga membebankan hamba sekalian rakyat sejak zaman kesultanan Melayu lagi.Rakyat dikerah untuk mimpi-mimpi raja tersebut. Farish memberi contoh seperti yang ditulis dalam Misa Melayu yang Sultan Iskandar,monarki Perak ketika itu beringinkan sebuah menara tertinggi dan terindah. Hingga beberapa pembesarnya mengkritik dan seterusnya meletak jawatan kerana enggan patuh pada titah baginda. Misa Melayu merakam:

(Tetapi) kerana terlalu pelik bentuk dan rupa mahligai yang hendak dibangunkan itu, hingga tiga orang pembesar yang kanan-- Bendahara,Temenggung dan menteri-- terpaksa meletak jawatan masing-masing, sebab tidak berupaya hendak menyempurnakan kehendak baginda yang luar biasa itu.

Dan kehendak Sultan tercapai bila tiada lagi pengkritik tersebut yang telah meletak jawatan.Akhirnya ia siap dengan Misa Melayu menggambarkan istana tersebut:

Akhirnya terdiri juga mahligai yang ganjil itu menurut bentuk dan rupa yang diangan-angankan oleh baginda (Sultan Iskandar). Mahligai itu sangat ajaib perbuatannya; belum pernah dilihat orang terdahulu daripada itu: kemuncaknya daripada perak bertatahkan emas dan permata budi manikam, tingkapnya daripada ijuk besi kursani, dindingnya berturap dengan nilam kapur yang diselang-selang dengan cermin dan kaca.

Menara dan kompleks bersebelahan yang kononnya menjadi kebanggaan rakyat-- dan dikatakan 'istana rakyat'--namun akhirnya nyatalah rupa-rupanya istana itu untuk baginda, tulis Farish.

Seperti rakyat Malaysia berbangga dengan KLCC hari ini atau monumen lain-lain, sedangkan yang menguasainya adalah orang asing dan sang kroni-kroni.

02 Bagaimana ' Panghulu Syaitan' Membawa Islam ke Dunia Melayu:Kedatangan Islam Secara Ajaib ke Dunia Melayu Mengikut Hikayat MerongMahawangsa.

Saya mengaku saya juga telah lama dan bersama-sama menghukum terus'melempar' jauh berapa hikayat dengan anggap ia khurafat dan berbaurbidaah.Misalnya Hikayat Merong Mahawangsa.Dengan tujuan untuk memadamterus ingatan pada nenek moyang yang hidup dalam kegelapan sebelumkedatangan Islam. Dengan kata lain saya mahu ingat yang nenek moyang saya Islam, hanya Islam, tidak terlibat dangan hal khurafat.

Mengikut Hikayat Merong Mahawangsa Islam sampai di Kedah ketikapemerintahan Raja Phra Ong Mahawangsa. Baginda hidup dalam pembazirandan kekejaman. Dinyatkan dalam Hikayat, Sheikh Abdullah al-Yamani telah mengislamkan raja tersebut. Cerita berbelit dan panjang.
Diringkaskan Tuan Sheikh seorang yang alim dan mahu memahami sifat syaitan. Tuan gurunya menyuruh bertapa dibawah pokok. Datanglah Penghulu Syaitan dan menawar peluang tersebut kepada Tuan Sheikh dengan syarat Tuan Sheikh tidak mempersoal atau masuk campur dalam hal yang syaitan lakukan.

Farish menaratif:

Sheikh bersetuju lalu Iblis mengarahkan Sheikh memegang hujungtongkatnya. Mereka berdua pun ghaib. Penghulu Syaitan membawa Sheikhmengembara melampaui masa dan ruang. Mereka menyeberangi beberapabenua dan Iblis menunjukan kepada Sheikh bagaimana dia mencetuskan huru-hara di dunia: dia menyemai benih-benih keraguan, ketakutan, dankebencian dalam hati dan fikiran manusia, menggalakan pembunuhan dan kemaksiatan, memulakan peperangan dan pertelingkahan dan macam-macam lagi.

Mereka sampai di Kedah di istana Raja Phra Ong Mahawangsa diLangkasuka. Mereka tiba waktu subuh, betul-betul ketika raja yang kaki botol itu baru bangkit daripada peraduan dan masih pening-pening lalat.Tatkala Raja mencapai gelas minuman kerasnya, Iblis menyelak kain sarungnya dan kencing dalam gelas raja.Apabila Sheikh bertanya mengapa berbuat begitu,Iblis mengatakan semua minuman keras mengandingi air kencingnya.Sheikh yang mengambil berat tentang adab istana, menegur tindakan Iblis dan meminta Iblis berhenti berbuat perkara yang tidak sopan.Apabila mendengar teguran Sheikh, Iblis lalu berkata bahawa perjanjian mereka sudah tamat kerana Sheikh telahmelanggar syarat untuk tidak campur tangan sepanjang mereka bersama.

Maka, terjelmalah Tuan Sheikh dihadapan raja. Terkejut besar Raja. Dan ia menerang hal yang sebenar. Raja pun percaya dan memeluk Islam, diikuti seisi rakyat.

Jika difikirkan mana boleh dikatakan Islam dibawa ke sini olehSyaitan! Namun itulah hebatnya periwayat zaman dahulu yang berjayamenangani kedatangan Islam tanpa mengecam pemerintah terdahulu. Begituhalus sekali cara penyampaiannya.Menunjukkan Islam sampai bukan dengankekerasan sebaliknya ia datang melalui proses penyelesaian dan penyesuaian.

Thursday, September 3, 2009

Malu Jadi Melayu

(Resensi ini dimuat di Siasah, 23-29 Ogos 2009)

''Sebab itulah sejak pada hari kelahirannya, setiap bayi yang dilahirkan itu di nusa kita dipanggil Melayu dan ditulis dalam sijil kelahiran sebagai Melayu. Dari awal lagi sudah dianggap tidak cerdas dan berabad-abad kita dicap malas.'' Dengan kata lain, Melayu itu layu.

Argumen seperti di atas bukan asing kita dengar. Ia selalu dilaungkan. Kononnya, orang yang selalu berhujah sebegitu terdiri dari mereka yang sudah kecewa sangat dengan nasib bangsanya, atau lebih teruk bunyinya, seorang yang sudah separa waras.Jika begitu, betullah tindakan Dr Rahmat Haroun Hashim yang membangunkan watak Dr Ridzuan, ahli arkeologi negara yang mengalami sakit jiwa yang teruk akibat bahasa dan budaya Melayunya semakin dipinggirkan dari arus globalisasi.Dan kenyataan di atas adalah hujah Dr Ridzuan yang beliau mahu dipanggil Melaju. Melaju itu maju.

Tentu, sesiapa pun yang membaca novel ini, Panggil Aku Melaju tentu saja akan tersenyum sendirian pada awal bab lagi. Maklumlah membaca fikiran orang kurang waras.

Diceritakan Dr Ridzuan yang bertugas di ATMA terpaksa membuat kajian geneologi makna semantik sesuatu perkataan kuno dan purba bagi membuktikan orang Melayu itu wujud sejak zaman batu lagi dan juga untuk membenarkan teori geneologi Melayu yang dikemukannya sebagai people of the wind, setelah permohonan geran untuk kajian bandingan DNA ditolak. Malah usahanya itu diperlekehkan. Hingga ia mengalami stres reaktif dan kekecewaan mendalam.


Dengan ini, Dr Rahmat membawa kita bersama-sama berkhayal dengan Dr Ridzuan mencari dan meneliti kata-kata di zaman kuno yang serupa dengan kata Melayu masa kini. Mula-mula kita berkhayal melihat Pa Lu dan Ma Lu, suku kaum Ma Lai Wu di zaman batu yang tinggal di Gua Arku.

Tiba-tiba Pengkhayal terkejut apabila Pa Lu mengeluar satu perkataan, ''makan'' pada Ma Lu. Pengkhayal menitis air mata kejayaan mendengarnya.Ia sama dengan kata yang selalu Pengkhayal sebut dan kita pun. Dan seterusnya kita mengkhayalkan pula suku Ma Lai Wu ini yang diketuai Pa Lu berhijrah dari pulau ke pulau mencari tanah impian. Banyaklah kata-kata yang sama dengan kita hari ini kedengaran.Ia juga secara tersurat atau tidak membayangkan yang orang Melayu itu sifatnya berubah-ubah dan senang menerima barang yang baru.

Inilah antara bahagian-bahagian menarik novel ini walaupun terlalu berwacana. Berbanding situasi di Institut Mental .Peristiwa pembunuhan bersiri yang dilakukan oleh Datuk Pengarah Institut Mental akibat dari juga tekanan mental dan cuba mengaitkan jenayah itu dengan pesakit mental hanya penyedap cerita saja.

Tetapi inti utama yang ingin diketengahkan oleh Dr Rahmat adalah kelangsungan bahasa dan budaya Melayu di arus globalisasi ketika hegomoni bahasa Inggeris mengcengkam kepala otak pimpinan Melayu.Rasanya novel ini mungkin rasa resah Dr Rahmat sendiri sebagai seorang pengamal perubatan moden akan nasib bahasa Melayu di sektor sains dan teknologi. Jika tidak, masakan ia sanggup menggila Dr Ridzuan, pakar arkeologi itu. Agaknya, Dr Ridzuan akan kembali waras setelah mengetahui kerajaan memansuhkan dasar PPSMI. Namun sayang, Dr Rahmat 'mematikan' Dr Ridzuan dengan kedukaan yang mendalam.

*Saya sukar mencari fiksyen Melayu yang punya nilai jurnalistik.

Wednesday, September 2, 2009

Analisis Antarabangsa Konflik Selatan--Masih Ada Lompang

Sejak meletusnya pemberontakan di selatan Thailand lima tahun lalu, banyak pihak terutama penganalisis politik atau krisis menumpu perhatian ke arah wilayah sempadan itu. Boleh dikira konflik ini mendapat tempat ketiga di Asia Tenggara selepas aksi-aksi teror di Indonesia dan selatan Filipina berdasarkan kekerapan laporan khas mengenainya di media cetak mahu pun elektronik. Sebelum ini konflik selatan Thai hanya dipinggirkan walaupun banyak menumpah darah. Dan juga beberapa buku telah terbit sejak akhir-akhir ini(terbitan antarabangsa). Secara langsung menggambarkan konflik ini mempunyai nilai jurnalis atau pun nilai akademiknya.

Antara buku-buku tersebut;

1.Islam, Education And Reform In Southern Thailand: Tradition & Transformation

2.Conflict and Terrorism in Southern Thailand.



4.Performing Political Identity: The Democrat Party In Southern Thailand


Namun begitu analisis itu masih ada kelompangan. Beberapa hal terlepas pandang. Contohnya soal tranformasi pendidikan selatan. Bagaimana keciciran pelajar Melayu Patani masih berterusan hingga kini.

Begitu juga dengan Thaksin, melalui buku-buku itu ramai yang salahkan pentadbiran Thaksin termasuk tragedi Tak Bai. Memang Thaksin yang menyatakan puluhan mati dalam tragedi tersebut kerana, “weak from fasting during the month of Ramadan.”Tetapi dalam tragedi tersebut tentera yang sepatutnya dipersalahkan. Mengapa Thaksin tidak mengambil tindakan terhadap tentera? Kerana Thaksin takut pada tentera.Lagi pun tentera menguasai politik Thai.
Mungkin ini berlaku kerana analisis itu hanya bersandar pada sumber kedua atau hanya berlegar-legar di perpustakaan Prince of Songhkla University mencari bahan.

Hanya buku Tearing Apart The Land hampir mendasar ke bumi Patani.

(Alah.... analisis kamu pun tidak mendasar dan dangkal juga!)
Kelmarin ketika menunggu waktu berbuka puasa saya membaca semula analisis saya yang pernah ditulis dan diterbitkan di media. Yang menjadi tumpuan saya adalah beberapa rencana mula-mula ditulis dalam bahasa Melayu. Perasaan malu menguasai diri ketika itu. Entahlah saya rasa sangat dangkal dengan hujah yang diketengahkan, terasa murah sangat.
Malunya akuuuuuu!!!!.

*Di bawah adalah rencana saya yang pertama sekali ditulis dalam bahasa Melayu. (Ketika itu dianggap budak hingusan.) Dan saya sangat malu dengan penutup ini, ''Diharap pengalaman Malaysia dalam membangun pemikiran rakyat dijadikan modal dalam membangun rakyat selatan Thai. '' Mengapalah saya menulis begitu?Terukkkk!!!!!!
1.Misi Sosial ke Selatan Thai, Dewan Masyarakat, Oktober 2007.

Tuesday, August 18, 2009

Republic of Ogonshoto

(Naratif Ogonshoto yang diterjemah ke dalam bahasa Russia)

''Menurut mereka yang bicara sembunyi-sembunyi ada tujuh tembok ghaib mengelilingi Istana Presiden; semangat mahasiswa yang telah dicabut dan dipasak ke bumi, semangat nelayan yang telah dirantai ke tanah, semangat petani yang telah dbelenggu ke batu hitam muntahan gunung berapi, suara wartawan radikal yang hanyal layak mendindingi kaki bukit keliling istana, suara seniman tulen yang hanya cocok memagar keliling perkarangan, empangan darah para pembangkang, dan sederet laungan mangsa penyeksaan serta pembunuhan misteri.''

Ia kukuh mengelilingi Istana Presiden Republic of Ogonshoto. Sebuah negara pulau terletak jauh di lautan Pasifik. Memang anda tidak bertemu dengan negara tersebut jika diteliti di mana-mana peta. Ia sudah hancur lumat ditelan tsunami. Yang hanya kekal sampai hari ini; hanya naratif-naratif yang di ulang-ulang di cerita. Untuk tidak lenyap ia di bukukan menjadi Naratif Ogonshoto oleh Anwar Ridhwan.

Bunyi seperti benar. Itulah Dr. Anwar Ridhwan. Membangun sebuah pulau Ogonshoto untuk dicermin penduduk negaranya, Malaysia. Dengan itu Anwar bebas mewatak sikap presiden negara tersebut, baka anak haram Malagna yang menyusup masuk ke kapal dan berlayar ke Eropah.

''Bolehkah sepotong kain putih yang baru keluar dari rahim ibu, lantas dibersihkan, terus putih seperti asalnya, pada hal ia pun menyusu, merangkak di tanah, ke pantai serta ke laut dan belajar. Kata penulis-penulis biografi Presiden serta orang-orang arapatnya. Memang betul, kain sepotong itu . Nampak masih putih. Hanya lewat mata sejumlah kecil orang lain, kain itu telah begitu kotor dan busuk.''



Begitulah permainan Anwar Ridhwan yang meletakkan Naratif Ogonshoto antara karya Melayu terbaik dan memikat di abad ini. Walaupun ia dianggap kumpulan cerpen namun naratif yang berakar-akar dengan tingkah laku Presiden boleh menjadi buku ini sebuah novel.
Memang padanlah Anwar Ridhwan diumum sebagai sasterawan negara.

*''Mainan''cerpen yang saya paling minati.

Wednesday, August 12, 2009

Mimpi Anak-anak Petani

Para petani suka berharap pada sesuatu yang belum pasti, tidak salah.Namun, mereka suka bersandar janji pula dengannya: harap-harap hasil tahun ini melimpah, moga-moga dapat beli itu, dapat bayar ini.

Salah?

Mereka juga mudah terpesona dengan janji-janji pemerintah, begitu juga mudah hanyut dengan hujah pembangkang:''Kita ini pengeluar beras utama dunia. Tetapi mengapa kita tidak boleh mengawal harganya. Sedangkan minyak, harganya sentiasa meningkat. Negara pengeluar minyak jadi kaya-raya. Kita tetap miskin dan tertekan. Apa, kerajaan buat untuk kita yang miskin.''


Dua hal di atas bukan dituju kepada petani di Malaysia yang mewah dengan subsidi tapi khas untuk mereka bergelumang dengan lumpur di Thailand yang dapat dikutip dari mentafsir makna melalui filem indie Thai, Agrarian Utopia.

Mudah kata, petani Thailand sentiasa dibuai rasa indah, serba cukup, serba menjadi meskipun hakikatnya mereka serba kurang atau sedang diguna-guna pihak berkentingan. Anda sangka ketika kenaikan mendadak harga beras awal tahun lepas menyebabkan para petani bersuka ria, berpusu ke bank untuk menyimpan wang? Tidak, mereka tidak berubah, tetap miskin dan tertekan.Yang kayanya, syarikat pengeksport beras seperti Charoen Pokphand.

Pihak yang berkepentingan sentiasa hadir dengan janji-janji syurga, bermacam-macam paling bodoh ialah janji untuk menubuhkan OREC( Pertubuhan Negara Pengeksport Beras) seperti OPEC untuk mengawal harga pasaran. Kononnya, petani akan kaya jika ia menjadi tapi itu hanya mimpi. Mana mungkin, padi boleh disedut seperti petroleum, mana mungkin padi menjadi tanpa angin ribut. Akhirnya petani kecewa, dan kekecewaan itu dilempias pada kerajaan. Paling teruk pada tuhan, dalam kontek ini pada hukum karma--mengapa aku ini penanam padi yang baik, tidak main betina, dibalas seperti orang jahat--rasa kecewa itu pula dibawa ke ribaan bukan isterinya--menghilang dahaga dengan air kuning--duit habis--tanah-tanah sawah tergadai--mereka tetap miskin dan tertekan.
Utopia yang mereka harapkan sebuah pulau untuk kehidupan ideal hanyalah mimpi.

Saya juga anak petani, penanam padi. Apa nak malu.

Masih saya ingat ketika awal sekolah menengah padi yang ditanam semua tidak menjadi, hampa diserang serangga perosak. Emak masa itu sangat sedih. Yang saya tahu saya tidak ada seragam sekolah baru tahun itu. Tidak kisah.




Sebab itulah bila membaca atau menonton sesuatu berkaitan dengan pertanian ia sangat mengesan perasaan. Saya sendiri dikerah bila balik sekolah atau hari cuti ke bendang.Beberapa tahun ia menjadi rutin kehidupan saya sehinggalah berakhir lima tahun lalu. Seingat saya marah-marah pada Shahnon Ahmad kerena memperlakukan sekian dashyat buat keluarga Lahuma dalam Ranjau Sepanjang Jalan. Tanpa memikir latar Banggol Derdap ketika itu, saya mempersoal,'' Kenapa tidak bawa pergi hospital sahaja Lahuma yang tertusuk serpihan batang nibung dikaki hingga membengkak, nanah, perut buncit dan mati. Kenapa sanggup menggilakan Jeha. Kenapa terlalu banyak ketam, banjir balak. Di mana MADA? Mana kerajaan?''
Sampai hari ini saya boleh lihat wajah-wajah anak Lahuma --Samah, Milah, Jenab, Semek, Liah, Lebar dan Kiah-- sebuah potret buram petani di Thailand.Sedihnya, ramai yang terjun ke rumah lacur.


Begitu juga pada novel Rice Without Rain karya Minfong Ho. Terasa mahu turun bersama Ned membantu keluarga Jinda.Mahu berdemo untuk mereka. Hak tanah pertanian mereka sesuka hati dirampas pihak yang berkuasa!Apakah Inthorn tebang pokok salah besar.

Oh, saya sedar saya masih di sini, bergelut dengan banyak masalah sendiri. Saya sendiri pun seperti juga bermimpi.


*Berikut adalah artikel yang saya tulis berkaitan dengan padi dan beras dalam Bahasa Melayu di media Malaysia.Mungkin berkaitan dengan entri ini.

1. OREC: Mimpi-mimpi Petani Thailand --Dewan Ekonomi edisi September 2008
2. Bersyukur Masih Boleh Memilih Beras--Makan Nasi Lembek --Milenia Muslim bulan Jun 2008.

Tuesday, August 4, 2009

Noam Chomsky: Hegemoni Kuasa Untuk Menindas?

Buku Noam Chomsky, Hegemony or Survival membawa saya semula ke dewan peperiksaan pada tahun 2006 lalu. Masih terngiang-ngiang di telinga suara keras guru perempuan, terasa seperti baru kelmarin.

'' Jangan tanya saya! Saya mengajar English bukannya sejarah!!'' Reaksi keras seorang pengawas peperiksaan terhadap pertanyaan beberapa pelajar mengenai makna hegemoni yang terdapat dalam soalan sejarah kertas 2 ketika mengawasi peperiksaan STPM* tahun 2006. Terkejut besar saya. Hilang sebentar tumpuan. Dewan sunyi sepi. Suara guru itu terlalu tinggi.Tindakan guru itu sedemikian rupa mungkin dia rasa tercabar.

Soalannya begini: Analisis kesan hegemoni kuasa barat tehadap China dan Jepun pada abad ke-19.
Bayangkan guru yang mengajar bahasa Inggeris tidak mengetahui istilah tersebut. Sedangkan bahasa Melayu meminjamkannya dari bahasa Inggeris dan bahasa Inggeris pula mengutip dari perkataan Greek yang bermaksud Chieftain ( ketua kumpulan atau puak).Tidak menghairankan jika pelajar juga tidak memahami atau samar-samar mengenainya.

Dalam dunia globalisasi yang penuh dengan cabaran sekarang ini pelbagai istilah sains politik atau sosial diperkenalkan atas pelbagai tujuan dan kepentingan. Antaranya untuk memetak-metak individu atau organisasi berdasarkan pemikiran, tindakan, pemahaman dan profesional; menggambarkan sesuatu tindakan; mewajarkan sesuatu tindakan; dan mentakrif sejarah ( untuk kepentingan).Istilah-istilah sains politik diperkenal setiap masa oleh sarjana mahupun pemimpin politik.

Kita (baca;anda) bangsa yang baru merdeka 50 tahun terpaksa meminjam istilah dari barat terutama bahasa Inggeris. Tetapi di kalangan pelajar pendedahan dan pemahaman mereka terhadap istilah-istilah sains politik tidak begitu memuaskan. Keadaan ini disebabkan oleh dua perkara yang menjadi halangan dalam sistem pendidikan negara.

Pertama, sistem pendidikan kita (baca; Malaysia) yang terlalu berorientasikan peperiksaan yang berbentuk hafalan dan latih tubi. Ini menyebabkan pelajar kurang membaca bahan bacaan luar sebagai persediaan menghadapi peperiksaan.
Kedua, buku-buku teks atau nota-nota peperiksaan yang diterbit oleh DBP mahupun swasta terlalu kurang penggunaan istilah pada masa kini. Hanya yang ada kapitalis, imperialis, kolonial dan orientalis. Penggunaan istilah masa kini dalam buku teks dan nota-nota dapat memahamkan pelajar menghadapi dunia semantik yang penuh dengan metafora baru. Di samping itu juga dapat mematangkan pelajar dalam dunia penulisan dan seterusnya dapat memasyarakatkan istilah sains politik yang selama ini dianggap khas untuk golongan akademik dan penganalisis politik sahaja.
Dan pemahaman dan interpretasi istilah sains politik juga sentiasa berubah atau berbeza mengikut penilaian sarjana, tentu sekali untuk kepentingan kuasa besar.
Kamus Dewan edisi ke-4, hegemoni bermaksud pengaruh atau dominasi sesebuah negara atas sesebuah negara-negara lain.Itu dari segi maknanya.
Bagaimana pula dengan konsep hegemoni yang diperlakukan oleh kuasa barat?KonsepHegemoni berkait rapat dengan imperialisme iaitu dasar atau tindakan sesebuah negara menjajah atau mengena kuasa pemerintahan ke atas negara lain. Dengan kata lain hegemoni adalah kuasa untuk menindas pribumi dalam menjayakan penjajahan mereka.Dalam sejarah dunia moden tercatat sejarah terdapat tiga kuasa yang berstatus kuasa hegemoni dunia, antaranya Netherlands pada abad ke-17, Great Britain abad ke -19.
Itu dulu dan sekarang orang bercakap tentang hegemoni Amerika Syarikat.Kuasa besar ini mengguna pengaruh mereka untuk menjajah dan mentadbir untuk kepentingan agenda mereka semata-mata. Mereka membuat apa sahaja asalkan dapat meluas dan mengekal hegemoni mereka. Kekuatan tentera dan manipulasi politik menjadi senjata utama kuasa Amerika untuk kelangsungan penguasaan politik mereka.
Jelas, hegemoni Amerika Syarikat hari ini nampaknya tiada had, menjadikan PBB bak rumah pelacur, dan double-standard tindakannya.Selepas hancurnya rejim Nazi Jerman di bawah pimpinanAdolf Hitler yang bercita-cita besar menakluk dunia dengan mendewa-dewakan bangsa Aryan dalam perang dunia ke-2 dan runtuhnya Blok Soviet Union tahun 1989 telah mengesahkan Amerika sebagai ''Polis Dunia''.
Isu nuklear dan demokrasi sekarang jelas menunjuk betapa double-Standard tindakan Amerika. Mengapa Iran, Venezuela* dan Korea Utara sahaja diberi tekanan? Israel juga membangun sumber nuklear tidak diberi tekanan. Sedangkan beberapa negara-negara Arab jelas-jelas membelakangi prinsip demokrasi dan kebebasan bersuara, tidak diapa-apakan.
Begitu juga double-standard Amerika dalam soal perang menentang keganasan yang dilancarkannya dan misi pengembangan demokrasi ala Amerika ke seluruh dunia.Tindakan 'mengeringkan paya' dalam perang menentang keganasan ke atas Iraq dan Afghanistan membuatkan hidupan di dalamnya lemas. Hal ini dapat dilihat menderitanya rakyat Iraq dan Afghanistan gara-gara doktrin 'keringkan paya'.
Tidak dapat dinafikan kuasa hegemoni penting dalam menstabil kehidupan manusia dan lebih-lebih lagi dalam politik dunia yang bersifat anarki, dimana kuasa-kuasa besar sering berlumba-lumba menguasai kepimpinan dunia.Tanpa adanya kuasa hegemoni keadaan dunia akan kucar-kacir seperti yang berlaku awal abad 20 dimana tercetusnya dua perang dunia kerana pada masa itu beberapa negara ingin saling kuasa menguasai dalam politik dunia.Persoalannya wujudkah kuasa hegemoni dunia yang benar-benar adil.
* Terima kasih Jabatan Pelajaran Kelantan membenarkan saya mengambil peperiksaan STPM tahun tersebut.
*Tindakan Presiden Venezuela, Huga Chavez yang membawa buku ini di sidang PBB adalah faktor utama yang membangkitkan rasa untuk membacanya.

Sunday, August 2, 2009

Madihah: Bos, Saya dan Kawan

Bos saya pernah bertanya begini, '' Ae, tengok Madihah boleh siap buku dalam masa dua minggu tapi mu belum lagi siap.''

'' Ae tulis sastera. Sastera itu kerja seni.Kerja seni perlu masa. Tapi masalahnya tiada masa(balik kerja -- letih dan tidur puas).''

Dan saya menyambung, '' Mungkin, akan berhenti kerja selepas puasa ini? Jadi penulis sepenuh masa?''

Air mukanya berubah.
___________

Saya belum baca buku Madihah. Namun begitu, kawan saya yang berkawan dengan kawan saya pernah membacanya. Di bawah adalah e-mail yang dihantar kepada kawan saya itu.Khabarnya kawan saya mengambil STPM tahun ini.

Sekarang ni 7 Julai 2009, jam sudah melebihi 2:15 minit pagi tapi belum melebihi 2:20. Kawe baru je habis baca buku Catatan Hati Nik Nur Madihah - Kesusahan Bukan Penghalang Kejayaan kira-kira 40 minit yang lalu. Buku tu adik kawe punyer. Kawe cuma tengok-tengok dan baca sikit-sikit je mulanya, entah macam mana boleh terbaca sampai habis pulak. Kah Kah Kah...

Memang orang susah betul Nik Nur Madihah ni. Dia menyalin semula sebuah kamus dengan tulisan tangan sendiri kerana tak punya wang untuk membelinya. Kawe harap 2 orang bekas pelajar Maahad Muhammadi (P), Kota Bharu yang 'best student', Siti Fatimah dan Nik Nur Madihah ni dapat jadi orang yang hebat di masa depan nanti lebih kurang 10 tahun dari sekarang.

Hebat dalam bidang diorang masing-masing biar ada masuk 'paper' dan TV pulak nanti. Tapi sayang, dah takkan ada lagi 'best student superb' macam diorang nanti. Kalau ada pun yang terakhir tahun depan. Demo pun tahu kan kerajaan kita ni dah tetapkan pelajar SPM cuma boleh ambil maksima 10 subjek je dan 11 subjek untuk pelajar aliran sains. Kesian Maahad Muhammadi (P), Kota Bharu yang dah 'plan' nak cipta rekod 'superb' setiap 2 tahun sekali.

Kawe menulis kepada demo di pagi buta ni sekadar bicara kosong sahaja.
*:)