Tuesday, August 18, 2009

Republic of Ogonshoto

(Naratif Ogonshoto yang diterjemah ke dalam bahasa Russia)

''Menurut mereka yang bicara sembunyi-sembunyi ada tujuh tembok ghaib mengelilingi Istana Presiden; semangat mahasiswa yang telah dicabut dan dipasak ke bumi, semangat nelayan yang telah dirantai ke tanah, semangat petani yang telah dbelenggu ke batu hitam muntahan gunung berapi, suara wartawan radikal yang hanyal layak mendindingi kaki bukit keliling istana, suara seniman tulen yang hanya cocok memagar keliling perkarangan, empangan darah para pembangkang, dan sederet laungan mangsa penyeksaan serta pembunuhan misteri.''

Ia kukuh mengelilingi Istana Presiden Republic of Ogonshoto. Sebuah negara pulau terletak jauh di lautan Pasifik. Memang anda tidak bertemu dengan negara tersebut jika diteliti di mana-mana peta. Ia sudah hancur lumat ditelan tsunami. Yang hanya kekal sampai hari ini; hanya naratif-naratif yang di ulang-ulang di cerita. Untuk tidak lenyap ia di bukukan menjadi Naratif Ogonshoto oleh Anwar Ridhwan.

Bunyi seperti benar. Itulah Dr. Anwar Ridhwan. Membangun sebuah pulau Ogonshoto untuk dicermin penduduk negaranya, Malaysia. Dengan itu Anwar bebas mewatak sikap presiden negara tersebut, baka anak haram Malagna yang menyusup masuk ke kapal dan berlayar ke Eropah.

''Bolehkah sepotong kain putih yang baru keluar dari rahim ibu, lantas dibersihkan, terus putih seperti asalnya, pada hal ia pun menyusu, merangkak di tanah, ke pantai serta ke laut dan belajar. Kata penulis-penulis biografi Presiden serta orang-orang arapatnya. Memang betul, kain sepotong itu . Nampak masih putih. Hanya lewat mata sejumlah kecil orang lain, kain itu telah begitu kotor dan busuk.''



Begitulah permainan Anwar Ridhwan yang meletakkan Naratif Ogonshoto antara karya Melayu terbaik dan memikat di abad ini. Walaupun ia dianggap kumpulan cerpen namun naratif yang berakar-akar dengan tingkah laku Presiden boleh menjadi buku ini sebuah novel.
Memang padanlah Anwar Ridhwan diumum sebagai sasterawan negara.

*''Mainan''cerpen yang saya paling minati.

7 comments:

najibah said...

Bila baca blog Isma, terasa mahu letak jawatan hari ini juga, kembali jadi pembaca dan mencuba nasib menulis semahu-mahunya. Cemburu 10 kali ganda dari biasa!

Isma Ae Mohamad said...

Kakak lebih segala kemudahan berbanding saya, pasti akan mudah tercapai cita-cita.

*Anwar Ridhwan itu idola saya. Bangga dengan beliau bila beberapa karyanya ditejemah ke bahasa Thai. Baru mereka tahu, Melayu sudah hantar buku pada mereka bukan bunga emas lagi...isyk!

CikLieYzaOnline said...

salam ramadhan al mubarak

Annabuadiary said...

salam isma ...sesekali memasuki teratak buku anda buat saya angkat bendera putih ..dah lama saya tak pegang buku ..seolah olah memberi tahu ...dpt gaji bulan ni pegi bookstore dekat jalan TAR bukannya bazar jualan di Jalan TAR ..salam ramadhan buat isma

Isma Ae Mohamad said...

Cik Liza,
Selamat berpuasa juga.

Thaliana,
Masalahnya ibu saya setiap puasa atau sebelum itu selalu merungut,

''Isma, bila hendak tempah baju raya. Asyik beli buku saja.''

Akhirnya ibu saya yang terpaksa beli baju raya.

Selamat berpuasa juga.

abuyon said...

salam Isma,

Kain itu bisa saja
kotor tapi, bisa
putih kembali

bila dalam ajaran
kita, Tuhan mengajarkannya
penuh kasih, penuh
cinta

Taubat

Isma Ae Mohamad said...

Tuan,
Terima kasih atas tafsiran itu--saya terlepas pandang akannya.. :)