Wednesday, September 9, 2009

Cuba Memahami Sudut Pandang Farish A. Noor dan sealiran


Pertama-tama saya ingin nyatakan (bukan ingatkan) dibanyak tempat saya kurang bersetuju dan masih menyimpan rasa marah pada Farish A. Noor,cendekia Melayu yang nakal ini. Namun, dibeberapa tempat malah ketika saya sependapat dan senang sekali dengan beliau.

Penting juga untuk dinyatakan: saya percaya saya tidak mudah dipengaruhi atau terpengaruh dengan mana-mana pendapat mahupun hujah.Hanya yang ada, bersetuju atau bangkang, kadang-kadang merai kepelbagaian.
Sekarang saya sedang membaca bukunya, Dibalik Malaysia: Dari Majapahit ke Putrajaya( memang, saya tidak alim kerana membaca buku tidak islamik pada bulan puasa). Inilah minat saya, membaca buku analisis sejarah dari persepektif yang berbeza.

Tulisan Farish menarik minat untuk dikaji kerana cara beliau mengadun sumber sejarah klasik dan diuli pula dengan situasi masyarakat (khasMalaysia) kini, telah membuka ruang-ruang baru. Tetapi seperti yang saya nyatakan di atas, tidak semestinya doh Farish ini dapat menenangkan perut saya. Cuma ia dapat memberi saya banyak sisi untuk dinilai sebelum dimasak dan seterus dimakan.

Oleh kerana saya baru membacanya beberapa halaman awal ingin saya kongsikan disini dua tulisan beliau mengikut pemahaman saya.

01 Projek Mega Sultan Iskandar

Rupa-rupanya baru saya sedar projek mega sudah lama wujud dalam mimpi orang Melayu (saya sangka zaman Tun M ia bermula) terutama raja-rajanya hingga membebankan hamba sekalian rakyat sejak zaman kesultanan Melayu lagi.Rakyat dikerah untuk mimpi-mimpi raja tersebut. Farish memberi contoh seperti yang ditulis dalam Misa Melayu yang Sultan Iskandar,monarki Perak ketika itu beringinkan sebuah menara tertinggi dan terindah. Hingga beberapa pembesarnya mengkritik dan seterusnya meletak jawatan kerana enggan patuh pada titah baginda. Misa Melayu merakam:

(Tetapi) kerana terlalu pelik bentuk dan rupa mahligai yang hendak dibangunkan itu, hingga tiga orang pembesar yang kanan-- Bendahara,Temenggung dan menteri-- terpaksa meletak jawatan masing-masing, sebab tidak berupaya hendak menyempurnakan kehendak baginda yang luar biasa itu.

Dan kehendak Sultan tercapai bila tiada lagi pengkritik tersebut yang telah meletak jawatan.Akhirnya ia siap dengan Misa Melayu menggambarkan istana tersebut:

Akhirnya terdiri juga mahligai yang ganjil itu menurut bentuk dan rupa yang diangan-angankan oleh baginda (Sultan Iskandar). Mahligai itu sangat ajaib perbuatannya; belum pernah dilihat orang terdahulu daripada itu: kemuncaknya daripada perak bertatahkan emas dan permata budi manikam, tingkapnya daripada ijuk besi kursani, dindingnya berturap dengan nilam kapur yang diselang-selang dengan cermin dan kaca.

Menara dan kompleks bersebelahan yang kononnya menjadi kebanggaan rakyat-- dan dikatakan 'istana rakyat'--namun akhirnya nyatalah rupa-rupanya istana itu untuk baginda, tulis Farish.

Seperti rakyat Malaysia berbangga dengan KLCC hari ini atau monumen lain-lain, sedangkan yang menguasainya adalah orang asing dan sang kroni-kroni.

02 Bagaimana ' Panghulu Syaitan' Membawa Islam ke Dunia Melayu:Kedatangan Islam Secara Ajaib ke Dunia Melayu Mengikut Hikayat MerongMahawangsa.

Saya mengaku saya juga telah lama dan bersama-sama menghukum terus'melempar' jauh berapa hikayat dengan anggap ia khurafat dan berbaurbidaah.Misalnya Hikayat Merong Mahawangsa.Dengan tujuan untuk memadamterus ingatan pada nenek moyang yang hidup dalam kegelapan sebelumkedatangan Islam. Dengan kata lain saya mahu ingat yang nenek moyang saya Islam, hanya Islam, tidak terlibat dangan hal khurafat.

Mengikut Hikayat Merong Mahawangsa Islam sampai di Kedah ketikapemerintahan Raja Phra Ong Mahawangsa. Baginda hidup dalam pembazirandan kekejaman. Dinyatkan dalam Hikayat, Sheikh Abdullah al-Yamani telah mengislamkan raja tersebut. Cerita berbelit dan panjang.
Diringkaskan Tuan Sheikh seorang yang alim dan mahu memahami sifat syaitan. Tuan gurunya menyuruh bertapa dibawah pokok. Datanglah Penghulu Syaitan dan menawar peluang tersebut kepada Tuan Sheikh dengan syarat Tuan Sheikh tidak mempersoal atau masuk campur dalam hal yang syaitan lakukan.

Farish menaratif:

Sheikh bersetuju lalu Iblis mengarahkan Sheikh memegang hujungtongkatnya. Mereka berdua pun ghaib. Penghulu Syaitan membawa Sheikhmengembara melampaui masa dan ruang. Mereka menyeberangi beberapabenua dan Iblis menunjukan kepada Sheikh bagaimana dia mencetuskan huru-hara di dunia: dia menyemai benih-benih keraguan, ketakutan, dankebencian dalam hati dan fikiran manusia, menggalakan pembunuhan dan kemaksiatan, memulakan peperangan dan pertelingkahan dan macam-macam lagi.

Mereka sampai di Kedah di istana Raja Phra Ong Mahawangsa diLangkasuka. Mereka tiba waktu subuh, betul-betul ketika raja yang kaki botol itu baru bangkit daripada peraduan dan masih pening-pening lalat.Tatkala Raja mencapai gelas minuman kerasnya, Iblis menyelak kain sarungnya dan kencing dalam gelas raja.Apabila Sheikh bertanya mengapa berbuat begitu,Iblis mengatakan semua minuman keras mengandingi air kencingnya.Sheikh yang mengambil berat tentang adab istana, menegur tindakan Iblis dan meminta Iblis berhenti berbuat perkara yang tidak sopan.Apabila mendengar teguran Sheikh, Iblis lalu berkata bahawa perjanjian mereka sudah tamat kerana Sheikh telahmelanggar syarat untuk tidak campur tangan sepanjang mereka bersama.

Maka, terjelmalah Tuan Sheikh dihadapan raja. Terkejut besar Raja. Dan ia menerang hal yang sebenar. Raja pun percaya dan memeluk Islam, diikuti seisi rakyat.

Jika difikirkan mana boleh dikatakan Islam dibawa ke sini olehSyaitan! Namun itulah hebatnya periwayat zaman dahulu yang berjayamenangani kedatangan Islam tanpa mengecam pemerintah terdahulu. Begituhalus sekali cara penyampaiannya.Menunjukkan Islam sampai bukan dengankekerasan sebaliknya ia datang melalui proses penyelesaian dan penyesuaian.

8 comments:

Welma La'anda said...

salam,

saya ada buku ini. Ala Saudara Isma, ada ke istilah membaca buku agama baru dikatakan alim. Kalau baca buku isu umat ni, jadi tak alim lah ye :)

abuyon said...

salam Isma,

He .. hati-hati membaca, sebab
kadang dengan membacanya kita
jadi tertarik dengan peribadi
dulu benci, sekarang suka

Buku, kalau baik cara tulisannya
boleh mempengaruhi, kadang
orang lebih menyakini apa
ditulis berbanding apa
yang dicakap

Dan buku yang paling hebat,
Al-Quran itulah

Isma said...

Welma,
Entahlah, tapi saya dibesar dalam suasana sedemikian--kalau tidak Islamik, jawabnya kafir!!!

Saya diajar begitu.Mungkin ini berlaku sebab geopolitik yang berbeza.Dan pengalaman sejarah yang dilalui.

Tuan,
terima kasih atas ingatan tersebut.Saya sedar akan itu.Seperti yang saya nyatakan, ada tempat saya boleh bersetuju, dan dibanyak tempat saya tidak boleh bersetuju(jika tidak, tidak ada Pakatan Rakyat).

Saya banyak mengkaji tulisan para liberal ini kerana kesegaran bahasanya(bahasa memujuk)dengan niat untuk menggunakan kaedah yang sama bagi mempertahankan kesucian Islam. Banyak buku yang mempertahankan Islam terlalu keras dan kaku penyampaiannya, terlalu banyak menghentam berbanding memujuk. Sedangkan Islam sampai di Nusantara bukan dengan menyerang sikap raja-raja masa itu tetapi dengan tingkah laku yang baik, penuh nasihat dan berhikmah.Memujuk sangat djiwai umat Melayu.Sebab itulah jika hari ini ramai belia Melayu terpesona dengan tulisan para liberal kerana mereka pandai guna bahasa memujuk.Adakah orang suka baca buku yang akan menghentam diri mereka sendiri.

Itulah tuan pena adalah senjata paling berbahaya.Kita harus memanfaatinya dan pandai mengguna seninya.

Ya, al-Quran. Masalahnya ialah si pentafsirnya. Pentafsir itu manusia yang punya pandangan berbeza.

P/S:Maaf tuan, saya bukan nak mengajar tetapi itu adalah pandangan saya.:)

Faizah Roslaini said...

Beli di mana ya buku ni? Bukan sudah diban oleh KPDN?

abuyon said...

salam Isma,

Tiada maaf bagimu, sebab tak salah
apa-apapun. Dan saya pun
sependapat.

Ini pernah dilakukan zaman Nabi.
Nabi suruh beberapa sahabat
belajar bahasa asing, justeru
kita tidak dapat
diperdayakan

Tapi dahsyatnya sebuah penulisan,
hingga ada sesetengah kerajaan
selain ban, memerintah bakar.

Memang, kalau dibiarkan
sebuah buku boleh mencetuskan
revolusi.

Tajamnya pena
pujangga

Isma said...

Kak,
Di Popular KB Mall ada jual. Begitu juga beberapa penjual buku jalanan pada pagi Jumaat semasa kuliah harian tok guru Nik Aziz, ada dijual.

Saya rasa buku ini diban bukan kerana Farish kritik hudud.Baca sendiri baru tahu apa ada dibalik Malaysia

Tuan,
Mulanya saya sangka tuan seperti orang-orang itu--tahu hendak haram saja tanpa menyelidik mengapa perkara ini boleh berlaku.

Ternyata anggapan saya salah.Maaf, berprasangka buruk.Kadang-kadang saya juga cepat buat keputusan.

abuyon said...

Hehe .. di tangan saya pun ada
buku dan filem yang diban

Cuba baca sajak saya tentang
Yasmin Ahmad, dan komen yang
dilontarkan

Kita selidik, kita baca atau kita
tengok dulu, sebelum kita kata,
itu lebih saya setuju agar kita
jadi orang yang adil

Tetapi jika kita tak mampu,
kita terima pandangan orang
yang kita percayai

Anonymous said...

Is there anymore information you can give on this subject. It answers a lot of my questions but there is still more info I need. I will drop you an email if I can find it. Never mind I will just use the contact form. Hopefully you can help me further.

- Robson