Buku yang diberi tajuk , Ayah Kena Igat atau dalam bahasa Thai, Po Tu Jab, ini merakam penderitaan isteri dan anak-anak sejak meletusnya pergolakan selatan Thai. Bukan undang-undang keselamatan dipersoal, namun proses undang-undang itu dijalankan. Ia seolah-olah dilaksana (undang-undang )dengan rasa dendam dan benci. Dengan itu terlalu banyak cacat cela akan proses itu. Jelas sekali keadilan mudah disepak terajang pihak berkuasa.
Seorang isteri meluah perasaannya tentang perkara ini;
“ Suatu hari suami saya pergi menghantarkan polis yang menjadi pelangan dan suami saya terus hilang. Kemudian saya dapat khabar selepas itu bahawa dia berada di balai polis dan ditangkap bawah undang-undang keselamatan. Kes suami saya di proses sangat cepat, setelah membuat penyiasatan terus diadu, selepas diadu di hantarkan kepada mahkamah dengan secara cepat hingga meragukan saya dan luar biasa.
Semasa pergi ke mahkamah kami berjumpa dengan satu kumpulan penipu yang bercakap begitu begini hingga kami di tipu dan habis banyak wang untuk menolong suami. Ada orang yang berkata Muslim tidak menipu sesama Muslim tetapi yang tipu saya itu ialah Muslim. Suami saya mesti mengguna 1.5 juta baht untuk ikat jamin. Kami hanya orang kampung biasa dan miskin tidak mampu mencari sejumlah wang sebanyak tersebut dan lagi pun tanah harga tanah sepuluh ribu baht sahaja untuk satu Rai (2.5 Hektar)”.
Asas utama penerbitan buku ini adalah untuk masyarakat dan kerajaan Thai prihatin akan nasib mereka sehari-hari setelah suami ditangkap. Jika tidak, tidak mustahil rasa tidak puas hati akan menjalar kepada dendam bila anak-anak mereka besar nanti.Jangan hairan jika mereka akan menjadi pemberontak satu hari nanti. Dan, ini mungkin berlaku jika kerajaan ambil mudah soal kebenaran dan keadilan.
Seperti yang dinyatakan Laddawan Tantiwittayatak dari Cross Cultural Foundation yang menerbit buku ini:
Saya masih ingat peristiwa di Kresik kerana saya datang ke tempat kejadian beberapa hari setelah peristiwa itu berlaku. Saya melihat kesan peluru dalam masjid. Sesetengah negara mereka akan simpankan kesan tersebut untuk menjadi sebagai satu bukti dan peringatan sejarah. Tetapi di Negara Thai kita, mereka menghapuskan semua kesan. Walau bagaimanapun kesan-kesan peluru ini sudah tercatat dalam hati dan perasaan rakyat di selatan Thai secara mendalam”.
Setahu saya, ramai anak-anak yang ayahnya kena tahan kebanyakkan tercicir dari arus pendidikan. Mereka tidak habis sekolah. Umur 15 tahun sudah pergi ke Malaysia bekerja di restoran Tom Yam dengan parut berbekas di hati, itu yang saya jumpa. Mereka telah hilang tiang rumah. Perasaan home sweet home sudah hilang.Yang ada hanya rasa benci dan marah kepada tentera( ini dapatan kajian saya).
Begitu juga dengan 'janda'. Hidup mereka sentiasa berair mata. Baca, rintihan seorang 'janda' yang meluah perasaan bersama air mata mengalir deras di pipi;
“Saya pernah di ejek oleh sekumpulan lelaki dalam kedai kopi sambil berkata supaya saya mencari suami baru kerana saya masih muda dan juga baru berkahwin dua bulan sahaja, anakpun tiada lagi. Perkara seperti ini sangat melukakan hati saya. Mereka juga selalu berkata bahawa saya mempunyai pendidikan tinggi tetapi kenapa memilih suami yang jahat, bagaikan tiada orang lain untuk dipilih. Saya berkata kepada mereka, jikalau saya berkahwin baru dan suami saya akan ditangkap lagi, berkahwin sampai sepuluh kali pun jikalau dia seorang yang baik, kuat agama, dia akan di tangkap lagi. Dan jikalau ada anak-anak lelaki, anak saya juga akan ditangkap
Sekarang yang ada dalam kampung ramai orang yang menagih dadah. Pengedar dadah mereka ini sahaja yang dapat hidup bebas sebab mereka ini di pelihara oleh pihak kerajaan untuk diguna untuk kepentingan pegawai. Tetapi orang yang kuat agama, berpendidikan agama semua telah dianggap sebagai pengganas atau penjahat. Hanya orang yang mempunyai wang sahaja dapat membayar dan melaku rasuah tetapi rakyat yang miskin tiada mempunyai hak seperti ini”.
Namun begitu, di bahagian penutup buku ini memberi harapan agar semua pihak sedar akan perkara ini. Harapan yang sudah lama dilafazkan :
Ia sebagai buku kecil yang menggambarkan cerita-cerita yang berlaku. Setengah pembaca mungkin menganggap ia tidak ada apa-apa isi penting tetapi buku ini telah cuba mengumpulkan perasaan yang menyentuh hati mereka yang berkuasa dan berkenaan dengannya seperti askar, polis atau peguam. Kerana perkara yang berlaku itu ia tidak bersangkut dengan orang yang ditangkap sahaja tetapi ia memberi kesan kepada anak-anak, isteri, ibu dan bapa. Mereka semua ini mesti dapat cara rawatan supaya menyembuhkan hati yang luka. Kerajaan harus menjaga hak asasi kanak-kanak dan wanita dengan sepenuhnya.
Nota: Yang condong itu adalah terjemahan terus bahasa Thai ke bahasa Melayu.Jangan persoal terjemahan itu.Saya sengaja biar begitu.Itulah rasa bahasa Thai sebenar.
*Selamat Hari Raya.Maaf Zahir Batin.
No comments:
Post a Comment