Sunday, September 13, 2009

Rindu Sepuluh Malam Terakhir Ramadan di Patani

Jam ketika itu sudah menunjuk pukul sebelas malam. Saya sudah merebahkan badan untuk tidur.Ketika saya sedikit hanyut-hanyut dibawa malam, kedengaran suara keras dari masjid, ''Sembahyang terawih, sembahyang terawih, sembahyang terawih. Esok puasa,esok puasa.'' Beberapa kali memanggil-manggil. Dan saya dikejutkan sepupu, ''Esok puasa! Mari terawih''. Dengan pening-pening kepala,kami bersiap dan melangkah ke masjid. Sesampai di sana yang beberapa meter dari rumah, masjid sudah dipenuhi, serta-merta rasa mengantuk hilang. Bayangkan kami bersembahyang terawih pada tengah malam--bermula kira-kira hampir pukul 12 malam.

Begitulah kenangan yang tidak akan saya lupakan. Betapa susahnya maklumat beredar beberapa tahun lepas di Patani terutama tentang pengumuman tarikh puasa dan hari raya. Selepas Magrhib lagi kami menunggu-nunggu di TV atau di radio, tiada pengumuman rasmi. Hingga saya pergi tidur dengan harapan esok tidak berpuasa.

Berbanding sekarang dengan kecanggihan teknologi dan disamping koordinasi baik antara semua pihak keputusan tarikh berpuasa dan berhari raya cepat sedikit, tidak lebih dari pukul sepuluh malam. Di Thailand, kerja melihat anak bulan bukan kerja raja-raja, ia kerja semua umat Islam. Setiap kali dekat tarikh melihat anak bulan, masjid selalu menguar-uarkan ingatan ini:

Sesiapa di laut, jika kenampakan anak bulan cepat-cepat ke darat, sesiapa di bukit, jika terlihat anak bulan, cepat-cepat turun ke lembah.

Saya ingat benar akan peringatan ini. Terasa rindu pula pada suara imam mengucapnya.



Namun,bila lihat foto terbaru Reuters (Thai Muslims Celebrate Ramadan) terasa rindu berpuasa di Patani begitu kuat sekali, terutama sepuluh malam terakhir Ramadhan. Berbanding di tempat lain, ketika masjid semakin kurang, di tempat saya sepuluh malam terakhir masjid melimpah dengan umat Islam. Lihat saja di Masjid Besar Patani yang penuh dengan jemaah hingga memenuhi laman depan--saya betul-betul rindu berterawih di bawah gerimis embun atau dalam renyai-renyai hujan--indah tidak dapat saya bayangkan.


Keadaan ini, mungkin disebabkan oleh pengaruh komersil raya belum lagi meluas di Patani berbanding Malaysia. Lagi pun Patani tidak ada pasaraya besar dan ditambah dengan ketiadaan media yang merainya.Mujur?

Ia juga mungkin kerana pengaruh pondok masih menebal dikalangan masyarakatnya.


Sayangnya, saya 'terperangkap' dengan kerja-kerja menyelidik dan menulis (masa semakin menghambat saya) di Malaysia. Jika dilihat pada jadual, tidak mungkin saya sempat berpuasa di Patani.Ini adalah balasan dari kerja-kerja yang saya suka tangguh, dan akhirnya bertambun di depan mata.


Selamat Berpuasa!!! Saya Benar-benar Rindu Berpuasa Di Patani.
*Tapi, saya suka berhari raya di Malaysia (Kelantan).

6 comments:

abuyon said...

salam Isma,

Wah .. seronoknya,saya mahu kalau di tempat sayapun begitu

abuyon said...

salam Isma,

Mari, atas nama Tuhan yang agung
dan rahman, kita hulurkan dua tangan,
dan sejuta hati kita bersalaman dari
denyutnya yang paling
tenang dan dalam

Selamat Hari Raya — dari kami sekeluarga
Maaf zahir dan batin, nampak dan tak
nyata, dari hujung ke hujungnya

p/s: nak duit raya pakcik Is ..
pinta anak-anakku ..hehe

CikLieYzaOnline said...

salam lebaran maaf zahir batin

Isma said...

Salamat Hari Raya.
Maaf Zahir Batin.


''p/s: nak duit raya pakcik Is ..
pinta anak-anakku ..hehe''

Bapaknya yang tulis.:)

neem said...

salam ziarah..

saya orang bangkok, membesar di kelantan. moga Allah rahmati anda.

Isma said...

BUNYI MENARIK. LEBIH KURANG DENGAN SAYA