Thursday, June 25, 2009

Seandainya saya Rohingya


''A sea prisoner refers to a Burmese who was sold by a broker (Burmese or Thai) to a Thai owned fishing trawler. The owner of the trawler would keep the Burmese at sea, not allowing them to disembark at any ports at any time. If their boat had to dock for unloading fish, the victim was put on another fishing boat that was sailing out to sea. The people who come alone to Thailand without relatives or friends from their native village suffered this problem. A sea prisoner does not get a salary either. Sometimes they would receive money to spend on cigarettes or other amenities. Most sea prisoners are children in their early teens.''

Begitulah Mynt Wai menulis dalam bukunya, Memoir of Burmese Workers: from slave labour to illegal migrant workers.Buku yang menceritakan tentang nasib pekerja Myanmar diperlakukan di negara tertentu.Teruk sungguh.Terutama yang menjadi ''tawanan laut'' di sektor perikanan.Semua ini berlaku disebabkan betapa kerajaan junta Myanmar tidak prihatin ke atas rakyatnya, asyik menjaga kuasa sahaja.Terlalu takut dengan bayang-bayang rakyat sendiri.

Cuba anda biasakan diri berada di pelabuhan perikanan di negara berjiran dengan Myanmar. Contohnya di sekitar pendaratan ikan.Perhatikan betul-betul awak-awak di atas bot-bot pukat tunda yang tidak berparas penduduk tempatan.

Lihat, yang bermuka hampir empat segi, bermata agak sepet, kulit cerah atau hangit, berpipi menonjol dan tegang, itu mungkin etnik Karen atau juga etnik Kachin, mungkin juga Shan. Ada juga yang bersosok ala Bangla, itu tentu etnik Rohingya. Tapi, awas!....

Lanjut, dapatkan majalah Milenia Muslim edisi Julai 2009.

Baru-baru ini Jabatan Negara Amerika ( saya bukan percaya sangat dengan jabatan ini) telah menyenaraikan Malaysia antara sebuah negara yang berlakunya penyeludupan manusia terutama melibatkan etnik Myanmar. Putrajaya melenting dengan dakwaan itu. Memang patut melenting pun. Pembangkang pun bertepuk tangan dan membawa isu itu ke parlimen, namun Tuan Pendekar menolaknya.

Buat kita nama Rohingya ini hanya terbit sekejap-kejap sebagai contoh bila kita enak-enak makan tiba-tiba tangan dihulur, minta sedekah, bagi seringgit, dan terus lupa. Mula-mula saya kenal Rohingya, saya anggap mereka ini dari golongan masyarakat India Muslim yang miskin. Masa itu saya malu dengan mereka yang mencemarkan persekitaran, asyik-asyik minta sedekah. Namun, pandangan saya berubah bila mendapat tahu yang mereka itu Rohingya, satu dari etnik Myanmar yang tiada hak warganegara di negara mereka. Selepas itu saya sering berandaian, seandainya saya Rohingya, emmm... lama saya berfikir, buntu, kosong. Dan, barulah saya mengerti akan nasib mereka, susahnya.
Baru saya sedar,berbanding dengan mereka saya rasa cukup bertuah; saya ada warganegara, dapat sekolah, bebas melakukan ritual agama, boleh beri pandangan, ada blog lagi.Cuma tidak boleh berangan-angan seperti orang Melayu Malaysia.

Sejak dari itu perasaan kesihan pada mereka mendalam, dan makin mendalam saban hari. Apa sahaja tentang mereka saya baca, hadam dan akan terus menulis untuk mereka. Berikut adalah ringkasan sejarah bermulanya sebuah konflik Rohingya yang saya faham dari buku Syed Sirajul Islam, The Politics of Islam Identity in Southeast Asia:

Masalah di Arakan ini bermula sejak Raja Burma iaitu Bodawpaya melaksanakan dasar peluasan wilayah dengan menakluk wilayah ini pada tahun 1784. Sebelum ini Arakan adalah sebuah negara merdeka yang diperintah raja beragama Islam sejak 1404 lagi. Penaklukan ini membuka peluang buat British untuk campurtangan di Burma kerana perperangan antara penduduk Arakan dengan tentera Burma telah memasuki wilayah India di bawah kekuasaan British ketika itu.Masalah Arakan ini adalah antara satu faktor berlakunya perang Anglo-Burma hingga membawa penguasaan British ke atas Burma tahun 1824.

Dasar ''pecah dan perintah'' juga diamalkan British di Burma. Penduduk asal Burma tetap dengan pertanian dan imigran Muslim India (atau Chettyars)menguasai ekonomi iaitu tanah-tanah pertanian penduduk.Ini menimbul rasa kurang senang pribumi. Sampai ia pecah menjadi rusuhan kaum tahun 1930 di kota Yangoon dan bertukar menjadi rusuhan agama tahun 1938.Dan sentimen ini merebak ke wilayah Arakan tahun 1942, berlakulah permusuhan antara Rohingya Muslim dengan masyarakat beragama Buddha yang dikenal sebagai Rakhines.Sejak itu Arakan terbelah dua; utara didominasi oleh Rohingya, dan selatan oleh Rakhines.

Setelah Myanmar mencapai kemerdekaan, pada asalnya pimpinan Aung San ketika itu telah berjanji akan memberi taraf autonomi buat wilayah etnik Shan, Karen, Kachin dan juga Arakan selepas 10 tahun merdeka. Tapi ia tidak dapat dilaksanakan setelah beliau mati.Dan Perdana Menteri U NU telah mengistiharkan Buddha sebagai agama rasmi negara itu. Ia terus menekan masyarakat Islam Rohingya. Ini membawa kepada pemberontak etnik-etnik tersebut hingga kini.Untuk itu kerajaan tentera Myanmar telah mengambil pendekatan militer secara agresif termasuk menafikan hak kewarganegaran seperti yang dialami etnik Muslim Rohingya dan juga melaga-lagakannya dengan Rakhines yang beragama Buddha.Ia berterusan hingga kini selagi kerajaan Demokrasi tidak terbentuk di sana.

Saya atau anda juga mungkin tertanya-tanya bagaimana agaknya wilayah Arakan itu?Tidak seperti Gaza, kita tahu kesusahan di sana. Tapi Arakan, sungguh misteri buat kita.Oleh itu saya telah berusaha akan terus berusaha untuk mendedah kepada anda, dan dunia tentang Arakan dan kehidupan di sana.Insya-Allah. Sedang saya bukukan derita mereka di sana. Itu sahaja yang mampu saya lakukan.

Mujur aku tidak dilahir di Arakan.


*Gambar: Kawan saya bersama budak peminta sedekah Rohingya di Kota Bharu.Kami berpendapat budak-budak ini patut diberi pendidikan.

7 comments:

pencinta bahasa said...

salam..
saya ada seorang kawan yang berbangsa rohingya..kawan saya sejak sekolah rendah lagi..dia tinggal di kl kerana keluarganya ingin memberikan pendidikan yang baik. hidupnya agak senang kerana ayah dia mempunyai perusahaan hotel di ibu kota myanmar.

Isma Ae Mohamad said...

Salam.. betulkah kawan kamu itu Rohingya?Mengikut kajian saya, hotel yang dimiliki di Yangoon atau kota-kota lain orang Islam di sana bukannya berbangsa Rohingya tapi India Muslim atau Chettyars yang menguasai ekonomi Myanmar ketika penjajah Inggeris dahulu.Rohingya tidak ada apa di sana. India Muslim dan Rohingya, dua etnik yang berbeza.

Cuba kamu tanya dia, betulkah dia Rohingya yang asal wilayah Arakan.

pencinta bahasa said...

salam..
mungkin apa yang kamu katakan tu betul.. humm..saya perlu kaji semula..

Isma Ae Mohamad said...

Oh, sebenarnya itu maklumat yang bagi saya, ada juga orang Myanmar hantar sekolah ke sini.

Farid KurmaBam said...

Aku juga berpendapat budak-budak itu patut diberi pendidikan. Tapi, masih banyak orang tempatan yang nggak bisa sekolah karena kemiskinan. Inikan pula Rohingya. Pasti mereka juga nggak mampu untuk sekolah.

Isma Ae Mohamad said...

Siapa yang ngak bisa sekolah? Orang Indonesia kah?

Anonymous said...

kasihan sangat bila baca pasal orang Rohingya ni..kalau kaji betul2 nasib diaorang memang teruk.. kena tindas, kena siksa..saya rasa kerajaan kita patut bg peluang dekat diaorang ni wlaupun pelarian..