Beberapa pihak baik di Malaysia mahupun di Thailand banyak mencadang kepada saya menulis kisah atau paling tidak pun meminta; bolehkah fiksikan kisah kamu, Isma. Memang saya agak keberatan. Bukan menarik sangat pun jalan hidup saya setakat ini. Budak hanya belajar setakat sekolah menengah sahaja. Keputusan peperiksaan bukannya cemerlang pun. Lagipun saya terbeban dengan tugas jurnalistik.
Namun begitu, ketika masa terluang saya cuba melukis semula kisah dulu-dulu, sedikit demi sedikit, bermula di Golok. Lama-lama panjang juga cerita itu. Tapi, masalahnya saya ini agak pemalu, dan juga tidak bersedia; ada yang melabel saya pengkritik senyap. Fikir-fikir,baik aku ambil sub-bab, ubahsuai dan jadikannya sebuah cerpen. Saya hantar pada Tunas Cipta. Dan cerpen,Cerita dari Sempadan terbit.
Saya berbuat demikian untuk mencari keyakinan; apa kata pengulas terhadap karya saya itu; patutkah cerita saya itu. Jika nanti, ulasan itu ke arah positif, insya-Allah saya akan terbitkan kisah itu.Tidak sabar mahu membaca ulasan itu, Ogos ini.
Sedikit sedutan;
"Ali, ada perempuan Siam cari kamu. Dia sedang tunggu di pengkalan."Suara keras datang dari sebuah perahu tidak jauh darinya.Ali tidak menjawab, hanya mengangkat tangan.
Lebih kurang di tengah sungai, Ali mengagak pasti sosok perempuan itu yang dimaksudkan,sedang melambai-lambai ke arahnya dari wakaf jeti. Juga di sisinya seorang budak kecil.Semakin dekat, semakin jelas. Dia berpakaian sut sukan termasuk budakditepinya, berwarna merah jambu. Menguntum senyum mekar
kepadanya.Kenal benar dia perempuan Siam ini.
Lagi, Tunas Cipta bulan Julai 2009.
*TERIMA KASIH BONDA
2 comments:
Tahniah Isma. Kisah Sudarat diperpanjang rupanya. Pada saya gaya bahasa Isma ada uniknya, mungkin pengaruh bahasa Thai.
Kak,gaya bahasa itu saya campur(baca;tiru) dari-- bahasa Thai + pengaruh Indonesia + dan kitab-kitab kuning Patani. :)Malunya.
Post a Comment