Dum!!Bedilan dilepas. Grant rebah. Terus satu layangan parang besar dituju ke arah tengkok Grant dengan pantas juga Maamih merebah dan meletakkan lengannya di leher orang putih yang disayanginya itu. Terus tetakan parang panjang mengena lengan Maamih dan ia cedera teruk. Grant pula sudah meninggal akibat terkena bedil tadi.
Oleh itu, Frank Swettenham menggambarkan Maamih sebagai wanita Melayu sejati.Jarang-jarang diketemukan wanita Melayu sepertinya yang sanggup menggadai nyawa demi kesetiaan cinta. Kesetiaan Maamih itu kudus,kata Swettenham. Sampai begitu sekali pada mata orang putih ini.
Siapa Maamih dan siapa pula Grant, si orang putih yang disayanginya itu? Maamih atau Siti Maamih wanita asal Kelantan, tidaklah elok tidak pula jelita rupanya, tidak juga menarik atau muda, tulis Swettenham. Dia tinggal bersama Grant jauh di dalam hutan kerana kerja orang putih itu di sana. Tidak pula diceritakan apakah hubungan mereka ini, berkahwin atau..., cuma Swettenham memperihalkan mereka menjadi teman semasa kesunyian.
Dalam pada itu, berlaku pemberontakan menentang campurtangan Inggeris ke atas pentadbiran tempatan khususnya di Perak. Serangan ke atas penduduk Inggeris atau Eropah sering berlaku. Termasuk ke atas ke atas Grant yang bersama Maamih. Pembunuhan Grant pada Swettenham adalah satu tindakan pengecut. Bagi Swettenham, Grant tiada kaitan dengan campurtangan Inggeris di Perak. Begitulah pandangan Swettenham, pandangan kuasa besar dunia masa itu, kerajaan Empayar British.
Cerita di atas terdapat pada salah satu anekdot-anekdot karangan Swettenham yang dibuku menjadi Malay Sketches, terbit dalam tahun 1884 yang memperilakan tentang orang Melayu dan dunianya.
Kini untuk membacanya kembali Penerbit Universiti Malaya telah menterjemahkan ke Bahasa Melayu, Perihal Orang Melayu yang dikerjakan oleh Zubaidah Ibrahim. Sir Frank Swettenham sangat dikenal dalam sejarah Malaysia atau paling tidak pun sentiasa disebut dengan lidah terbelit di sekolah melalui subjek sejarah Malaysia. Beliau adalah Residen British yang pertama buat Negeri Selangor dalam tahun 1882. Pada tahun 1896, beliau dilantik menjadi Resident General yang pertama hingga tahun 1901 bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan telah memilih Kuala Lumpur sebagai pusat pentadbiran. Sumbangan besar beliau antaranya membangunkan sistem pengangkutan keretapi di Tanah Melayu.Itu pun sebenarnya untuk mengangkut hasil bumi Melayu ini.
Swettenham menulis lebih 12 buku tentang Tanah Melayu( kini Malaysia Barat), termasuk sebuah kamus Melayu- Inggeris. Yang paling popular tentulah buku ini, Malay Sketches. Swettenham menulis ketika empayar British sedang berada kemuncaknya dan situasi ini pasti telah mempengaruhi penulisannya iaitu kepercayaan tentang keunggulan tamadun Barat ( khususnya tamadun British) juga tentang stereotaip terhadap dunia Timur: eksotik, penuh misteri, mempesonakan dan romantik (Zubaidah Ibrahim-bell: 2007)
Namun, sedikit sahaja pelajar kita mengetahui dan didedahkan akan pengamatan beliau terhadap kita, terhadap orang Melayu melalui Malay Sketches-nya. Biarpun ia ditulis berpandukan cara hidup orang Melayu lebih seratus tahun dahulu, kerelevannya untuk dibaca semula masih sesuai untuk cerminan diri. Lagi baca di sini .
P/s:Geram aku pada Maamih atau Mek Mas mungkin,buat malu orang Kelantan saja. Apa yang dia buat dengan orang putih itu. Bersekedudukan! Tapi yang sedihnya, ramai yang mengikut jejak Maamih hari ini. Geramnya aku.
6 comments:
"ramai yang mengikut jejak Maamih hari ini"
humm..betul betul..
Sebab itulah saya suka Bangkok banding KL. Sakit hati tengok budak Melayu.
Saya ingat anekdot ini... Dari mata Swettenham sahaja ia mungkin romantik... tetapi dari mata saya wanita Kelantan, ia memalukan - semoga ia hanya kes terpencil.
Kak,
Tapi Swettenham kata, tidaklah elok tidak pula jelita rupanya, tidak juga menarik atau muda.:)Macam mana Grant boleh minat.
Ae, itu Grant sudah kena ubat guna-guna Maamih agaknya :D - Tiba-tiba teringat jiran di depan rumah akak di kampung, suami kedua emaknya orang Australia - selepas emaknya meninggal di Australia, dia pulang tinggal dengan anak tirinya, jiran akak tu. Pagi-pagi si Australia ini keluar bertopi, berseluar singkat atas gomak lutut dan bertongkat, cari suratkhabar Inggeris untuk dibaca. Sekadar selingan....
Macam pernah dengar cerita ni. :)
Post a Comment