Setelah Panggil Aku Melaju geger diperkatakan, saya mula mencari novel ini tapi tidak sungguh-sungguh sangat. Mulanya, saya sangka ia diterbit oleh syarikat buku baru, oh, rupanya DBP. Kesimpulan awal tentangya ialah( saya baru baca setakat pertangahan bab 2), silap-silap boleh..... Semuanya kerana ia boleh menerbit senyum sendirian.
Senyum Pertama -- Kelmarin saya mendapatkannya di sebuah kedai buku. Setelah terpandang novel ini, saya tersenyum, memang lama juga senyuman itu sambil baca apa yang dicetak dibelakangnya.Sedar-sedar ramai yang sedang memerhati saya.Dengar-dengar, dua orang juruwang berbisik, ''eh...tengok dia tu..''Terdengar, kih!kih!kih! Saya tidak menghiraukannya. Ambil dan bayar.Dan senyum pada mereka berdua itu.
Senyum Kedua -- Saya jenis yang terus baca selepas membeli sesebuah buku. Setelah kaki melangkah keluar kedai itu, saya belek muka pertama dan terus baca. Awalnya tidak ada apa-apa, hanya deburan ombak menghempas batu-batu, burung-burung camar berterbangan, saya cuba membayangkan. Bila sampai, ''Penglihatan di benak Pengkhayal sungguh menakjubkan meskipun karang laut yang indah....,'' saya sendiri seperti yang mengkhayalkannya. Saya seperti mendengar kata sumpah itu, sekali lagi saya tersenyum. Senyum itu makin lebar bila dengar,'' Pa Lu'' dipanggil isterinya, Ma Lu. Lagi lebar bila tahu mereka berdua ini ada perempuan nama Ma We. Saya berhenti sekejap, cuba membayangkan bagaimana agaknya, Ma We. Maka berputarlah filem kuno di kepala; seorang perempuan muda dengan rambut panjang kusut masai mengembang duduk mengetuk batu. Dan senyum itu makin besar. Saya tahu orang sekeliling sedang memerhatikan saya.Saya tutup dan terus berjalan.
Senyum Ketiga -- Saya datang dengan bas (sememangnya saya suka naik bas, sebenarnya banyak idea saya dari kesukaan saya ini), disela-sela menunggu, saya membaca semula,''Tiba-tiba Pengkhayal terkejut apabila Pa Lu mengeluar satu perkataan, ''Makan'' pada Ma Lu. Saya tersenyum dan rasa sebak seperti juga Pengkhayal yang menitis air mata kejayaan mendengar kata ''makan.''Ia sama dengan kata yang selalu Pengkhayal sebut dan saya pun. Saya tutup lagi dan naik bas.
Senyum Keempat -- Dengan tidak sabar-sabar selepas bayar tiket saya, setelah memberi senyuman pada seorang Mak Cik Tua disebelah, saya menyambungnya kembali.Oh, kali ini saya rasa sedih atas rasa kesal Pa Lu.Pa Lu berduka mengenang nasib ayahnya. Rasa duka ini bertukar kepada sakit hati apabila suku Han Gao selalu mengganas terhadap suku Pa Lu yang dikenali suku Ma. Han Gao suka merogol wanita suku Ma dengan buasnya. Jadi, suku Ma sentiasa pindah randah cari perlindungan. Namun, saya senyum kembali bila mengkhayal Ma We dan Ma Lu, sedang cari kepah dengan cangkul dibuat Pa Lu.Saya senyum dengan kejayaan Pa Lu cipta cangkul. Dari hujung mata, saya lihat ramai mata sedang memandang, seperti seisi bas menumpu pada saya, dalam hati,'' pelikkah aku ni.''

*Lepas itu, Ma Lu A Ku Pa Da Ma We
7 comments:
Buku psl pe ni?
Nampaknya kamu suka senyum sendiri :)
Apakah khabar saudara? sudah lama saya tidak bertanya khabar. Saya juga sudah lama berpindah blog.
saya juga sering tersenyum sendirian disebabkan oleh buku..juga sering menangis membaca babak yang menyentuh kalbu.
salam,
Tukar alamat blog ye :). Patutlah lama menyepi, rumahnya alamat blog sudah bertukar
rupanya buku ini berjaya mencuit hati para pembacanya. :P
Saudara Isma,
Nanti mungkin boleh hubungi saya di email ini welmalaanda@gmail.com. Saya mahu berbincang tentang menulis resensi buku PTS.
Farida
buku orang gila
Tuan Ustaz,
Alhamdulilah, sibuk sikit. tidak sempat sangat di internet.
Pencinta Bahasa,
Lebih kuranglah.
Welma,
Ya, sudah lama.
Aidura,
kakak, bahagian awal sahaja.
Post a Comment