Monday, June 22, 2009

Mula Membaca Maryamah Karpov


"Sebagaimana kawan telah tahu, Aku ini paling tidak menurutku sendiri, adalah lelaki yang berikhtiar untuk berbuat baik, patuh pada petuah orang tua, sejak dulu. Rupanya, begitu pula ayahku yang sederhana itu. Katanya, ia selalu menempatkan setiap kata ayah-bondanya di atas nampan pualam, membungkusnya dengan tilam.


Dan ternyata, Tuhan menerapkan dalil yang tetap untuk lelaki sepertiku dan ayahku, yakni: lelaki seperti kami umumnya jarang diganjar dengan ujian yang oleh orang Melayu Dalam sering disebut sebagai cobaan nan tak tertanggung.:"


Petikan di atas adalah tulisan Andrea Hirata memulakan ceritanya pada novel Maryamah Karpov, novel keempat dan terakhir yang saya tunggu-tunggu. Mulai pagi ini, saya mula membacanya dengan edisi asal Indonesia dan dijangka siap dalam dua hari. Setelah tidak tahan sabar menunggu edisi Bahasa Melayu yang diuar-uarkan akan diterbit oleh PTS. Maklumlah saya ini sudah jatuh kategori penagih buku tegar. Selalu gian membaca. Tidak kisah berhabis duit banyak pun kerana buku. Lagipun saya ada port tersorok untuk melepas gian itu.

Benar, seperti yang dikatakan pengulas buku, Cahyo Junedy dalam majalah Tempo, Kemelaratan Yang Indah pada buah tangan pertama Andrea, Laskar Pelangi.Mungkin pada yang hidupnya serba senang atau mewah, tentu akan mempersoalkan apa yang ada pada keempat-empat cerita Andrea ini. Hanya yang pernah hidup susah, hendak sekolah pun sukar pasti akan merasai rasa hidup Lintang, Ikal dan geng-gengnya. Tidak jauh dengan kisah hidup saya. Anak pendatang. Memang kemelaratan itu indah sebenarnya.

4 comments:

Unknown said...

Salam, awak di Thai ke sekarang r Kelate?

Isma Ae Mohamad said...

Tengah-tengah

Annabuadiary said...

seronok tak maryamah karpov ...satu lagi novel yang belum saya baca

Isma Ae Mohamad said...

Beginilah yang boleh saya katakan; Ketika membacanya, beberapa kali saya memeluk novel ini sambil tersenyum puas, memang indah kesusahan itu.