Tuesday, May 18, 2010

Makin Liberal PAS?

Pak Lah masih berbasikal buruk,menambat lembu di tepi taliair,cerut rumput,dan pagi-pagi Pak Lah tetap seperti dulu berdegar-degar hentam kerajaan yang tidak islamik di kedai kopi. "Judi! Itu semua najis setan!" Tangannya ligat mengacau susu yang hampir separuh menguasai cawan tehnya. Memang, Mak Su Jah, janda yang beranak enam,pernah berlaki dua tahu benar akan minum manisnya.Pak Lah puas hati.Hal ini ia pernah kata pada saya,"Nak minum air teh, sedap di kedai Jah belaka. Pekat. Melekat."Pak Lah mengangkat cawan ke bibir.Srruppp!Dua tiga kali Pak Lah menghirup.Hingga ada kesan air teh di misainya. Lalu ia mengesat dengan sekeping tisu.

"Ibu lembu macam bunting?" Saya cuba mengalih topik,cuba lari dari hal politik,dari hal judi. Pak Lah mengiakan dengan nada lemah.Diambil tembakau dalam bungkusan yang selalu diselit di pinggang dan mengetelnya perlahan-lahan."Dunia bukan lagi milik orang tua macam aku."Saya terkejut ketika ibu jari kanan cepat-cepat menekan butang-butang telefon bimbit bila mendengar luahan Pak Lah itu.''Hah...''Saya merespon.

''Kalulah Pok Soh, Haji Seman tak mati lagi.Kalulah Pak Kok segar lagi.''Pak Lah menggeleng kepala.Dihirup lagi teh janda Mak Su Jah.

Mahu saja saya hendak bertanya kenapa. Pak Lah telah pun meluahkan, '' Orang tua macam aku makin tak faham cara politik hak ada sekarang.Cepat masa berubah. Cepat undang-undang berubah.Rupa-rupanya aku sudah tua.''

Pak Soh telah beberapa tahun meninggal dunia.Haji Seman juga baru-baru ini mengikuti jejak Pak Soh setelah lama derita sakit.Pak Kok pula lemah diperbaringan diserang strok.Segala riuh dunia telah lama ditinggalnya.

Saya mengerti apa yang Pak Lah maksudkan.Dia bukan sahaja merindui kawan-kawannya--Pak Soh, Haji Seman dan Pak Kok--dia sebenarnya ada rasa bimbang dengan arah tuju parti kesayangannya, PAS.Dia makin tidak reti dengan PAS sekarang.

Bukan rahsia lagi, mereka berempat punya sejarah gemilang untuk PAS setidak-tidaknya untuk cawangan parti kampungnya.Mereka bergolok bergadai demi PAS. Saya dengar cerita, ketika kalah teruknya PAS kepada BN ketika era 80-an, Pak Lah dan rakan-rakannyalah yang mengorban beberapa ekor lembu untuk sebuah perhimpunan besar pengikut PAS demi membangkit semula semangat mereka. Hasilnya, PAS bangkit kembali tahun 1990.Begitu juga mereka mengeluar duit poket sendiri membeli tiket untuk para pemyokong PAS hadir berdemontrasi di depan kedutaan Amerika Syarikat.Dan, sebuah balai sebesar rumah banglo yang didirikan untuk markas PAS kampung ini juga adalah hasil usaha mereka. Yang kecil-kecil untuk parti tidak terhitung banyak jasanya.Orang seperti inilah PAS masih bertahan hingga sekarang di Kelantan.

Memang, hasil usaha mereka tidak pernah dikedepankan termasuk dalam HARAKAH. Benar, bukan itu mereka mahukan.

Saya faham dan tahu perasaan Pak Lah.Dia dan rakan-rakannya itu ketika saya kecil begitu lantang memperjuangkan hukum hudud.Saya lihat Pak Lah mengayuh basikal tuanya.Lemah sekali.Selemah hukum hudud yang sedang diperjuangkan sekarang.

Ketika dalam perjalanan pulang ke rumah saya berselisih dengan seorang pemuda PAS yang tiada kerja, berkepul hisap rokok. Saya tahu dia kuat tikam nombor ekor. Orang PAS tu.

Sampai rumah, saya baru perasan majalah Off The Edge edisi April 2010 belum dibaca habis lagi.Hari ini sudah 18 Mei. Edisi Mei belum beli lagi.


Who's afraid of the islamic party?Tanya editorial Off the edge.

(Di Kelantan Majalah Off The Edge hanya dijual di Syarikat Lee @ Co sahaja)

2 comments:

abuyon said...

salam Isma,

Demikianlah dunia dan
apa yang berlaku
di atasnya

Putaran berlaku

Isma Ae Mohamad said...

Kita, saya pun akan tua.

Adakah saat ketuaan itu, kita akan tertanya-tanya pula, oh aku makin tidak faham dunia sekarang?