Saturday, May 8, 2010

Tangan-tangan Setan?

Rupanya ada banyak geng di dunia ini. Setelah lama manusia terbayang-bayang akan pengaruh para Templers, Freemason, dan Federal Reserve yang semuanya diduga dan dibimbangi banyak pihak sebagai pengatur kehidupan dunia.Dan, menerusi buku The True Story of The Bilderberg Group oleh wartawan penyiasat Daniel Estulin membongkar perkumpulan elit manusia yang dinamai sebagai Bilderberg Group. Kumpulan elit yang kerahsiaannya tertutup rapi ini amat membimbangkan.

Namun begitu, beberapa kebocoran maklumat sedikit demi sedikit berjaya dikumpul Daniel selama 15 tahun.Hingga tersiap sebuah buku yang bikin geger dunia.Bukan rahsia lagi Geng Bilderberg ini diasas oleh Putera Bernhard keluarga diraja Belanda pada tahun 1954 dengan kerjasama keluarga berpengaruh Rockefeller yang menghimpunkan beberapa orang berpengaruh dunia dan pertemuan itu dilangsung setiap tahun sampai sekarang.

Tahun lepas kumpulan rahsia ini berhimpun di Vouliagmeni,sebuah pekan kecil di Greece.Diketuai Ratu Beatrix dari Belanda dan dihadiri beberapa tokoh penting dari dunia kewangan, perisikan,orang penting media dan pakar ekonomi.Tetapi tiada kenyataan media setelah itu. Dan sekarang Greece telah mengalami kejatuhan ekonomi yang teruk.

Dan ramai yang syak mereka ini berkomspirasi mengatur keadaan politik dan ekonomi dunia. Berpengaruhnya mereka seperti yang didakwa Daniel, kumpulan ini boleh menjatuh dan merebahkan pemimpin negara. Sebagai contoh, bekas Presiden Bill Clinton yang pernah menghadiri perjumpaan itu ketika menjadi Gabenor Arkansas dulu.Dikatakan, jika Clinton bersetuju dengan terbentuknya NAFTA (Kawasan Perdagangan Bebas Amerika Utara) beliau akan berjaya menjadi Presiden Amerika. Ternyata Bill Clinton dalam kempen pilihanraya adalah penyokong kuat NAFTA dan beliau menjaya menjadi presiden.Hingga hari ini, aturan untk menjadi Presiden Amerika tidak lepas dari mereka.Sebaliknya Margerat Tatcher yang sepanjang kepimpinannya menentang pembentukan Kesatuan Eropah(EU) telah tercabut kekuasaannya ke atas kerajaan Britain. Banyak pihak mendakwa, tangan-tangan Bilderberglah yang menjatuhkannya.

Hal yang sama dengan naik turunnya ekonomi dunia.Mereka ini yang memainkannya dan mempunyai angan-angan untuk membentuk satu matawang dunia dan ekonomi serta undang-undang yang universal supaya dunia senang diperintah.

Entahlah. Tetapi kumpulan Bilderberg memang wujud.Jika benar, kita sedang berada dalam tangan-tangan mereka.

Judul:The True Story of The Bilderberg Group
Penulis:Daniel Estulin
ISBN: 9780977795345

No comments: