Perempuan etnik Shan cantik; berkulit putih, ramping, dan tinggi.Ramai orang berpandangan begitu tidak terkecuali saya. Secantik bulan.Ha ha ha.Kadang-kadang pernah saya tertarik dengan mereka. Sedihnya ramai antara mereka menjadi mangsa sindiket pelacuran. Namun, ada juga antara mereka bekerja sebagai buruh kasar di Thailand dengan gaji sekitar RM5 -- 10 sehari. Kesian, apa bolah buat.Perhambaan di zaman moden ada dimana-mana.
Soa Sanda atau penuhnya Sao Nang Mya Sanda adalah puteri sulung kepada Sao Shwe Thaike, Putera Shan di Yawnghwe. Sebuah kerabat diraja kerajaan Negeri Shan, yang kini telah menjadi sebahagian Myanmar setelah berlaku revolusi tentera yang dipimpin Jeneral Ne Win tahun 1962.
The Moon Princess: Memories of the Shan States adalah sebuah catatan kehidupan puteri terakhir ''Raja di Langit'' Soa Sanda sebahagian dari keluarga diraja di seluruh dunia yang menjadi mangsa perubahan selepas perang Dunia Kedua. Kini keluarga diraja Shan hanya tinggal sejarah dan terbungkus dalam buku, journal dan juga tertulis di blog, termasuk blog ini, hanya itu yang boleh dibuat, sebagai kenangan-kenangan lalu.
Myanmar semua orang tahu sebuah negara tertutup( saya amat menyukainya). Kerajaan yang ada sekarang adalah kerajaan tentera dengan kuasa penuh terletak pada Jeneral Soe Win.Menoleh kebelakang, ayahanda Sao adalah presiden pertama dipilih untuk Kesatuan Burma.Selama ayahanda menjabat jabatan kekuasaan kehidupannya agak mewah. Dia ke UK, belajar, jadi guru dan berkahwin dengan orang putih.Dengan restu ayahnya.Kegenbiraannya tidal lama.
Akhirnya mendung hitam berarak menutup ruang Burma. Hidupnya pun kelam. Tiada lagi yang indah. Ayahnya pun hilang kuasa.Pada usia lebih 80 sekarang Sanda hanya melihat Negeri Shan atau Myanmar secara keseluruhanya dalam kabut-kabut di kelopak matanya. Semua masa lalu melintas, bergilir; kenangan di Bangkok, di Trium Udom, kuil, sami kuning,pasar pagi Sanam Luang,gunung-ganang Shan,dan trak tentera di pagi tahun 1962.Semuanya terlipat di dalam memoir ini.
Sebuah kenangan yang bermula dengan indah dan berakhir dengan kepedihan, tiada harapan.
Sao Sanda
The Moon Princess: Memories of the Shan States ISBN: 9789749863374
River Books
5 comments:
menarik bunyinya.. kalau nanti free, boleh mengintai di kedai buku.
Rasanya buku tidak ada di KL.Saya agak.Ceritanya tiada hubungan dengan Malaysia. Mungkin....
Sebelum saya sempat habis baca entri Isma yang ini, terus google 'shan ethnic' untuk tengok muka perempuan Shan, sampai tak perasan ada muka puteri itu pada kulit buku di bawah :)
salam..
Yang berkulit putih sentiasa dianggap menarik. :)
Sudah lama tidak berkunjung ke sini.
Nampaknya kamu sangat berminat hal-hal yang berkaitan dengan negara Myanmar.
Derita etnik di Myanmar, derita saya juga.....
Post a Comment