Selama berkubu di perpustakaan seminggu ini,saya bertemu banyak hal yang selama ini bersembunyi atau tenggelam dalam lipatan buku-buku yang sudah kusam.Sungguh, betapa miskin pengetahuan sejarah saya.Betapa dangkalnya tafsiran sejarah yang ada dalam kepala saya selama ini.Oleh demikian, sewajarnya generasi sekarang perlu tampil menulis dan mentafsir semula sejarah yang sedang dilipat-lipat itu.
Beberapa hari lepas saya bertemu dengan sebuah catatan orang putih, Henry Norman tentang Kelantan.Begitu menarik catatannya tentang kita, tentang raja kita. Lebih-lebih di kala ini krisis istana Kelantan seperti tiada penghujungnya.Sudah tentu saya amat sedih dengan apa yang berlaku.
Henry Norman adalah MP British.Beliau telah melawat Kelantan pada tahun 1890. Dalam bukunya,
The peoples and politics of the Far East : travels and studies in the British, French, Spanish and Portuguese colonies, Siberia, China, Japan, Korea, Siam and Malaya (1895) beliau menulis ketika krisis perebutan tahkta Kelantan hangat berlaku.Kehadirannya telah menarik perhatian putera raja supaya menyelesaikannya kemelut tersebut.Maka berlakulah pertemuan pada suatu malam di tebing sungai Kelantan dengan para putera tersebut.
Selepas itu Henry mencatatkan,''They charged me, however, to remember, after I had left, many things which they impressed upon me, and departed with the expresion of a hope that I might someday return to Kelantan more disposed to aid in rescuing her from her sad fate.''
Dan Henry pada malam itu dihadiahkan sebilah badit--a little gold-mounted, or stabbing knife for a parting gif.
Saya pun bermimpi-mimpi,seronoknya kalaulah ada orang Kelantan sanggup menulis semula kisah ini baik fiksi mahupun bukan.
2 comments:
Hmm menariknya kisah ini. Banyak sungguh cerita daripada lipatan sejarah yang kita tidak tahu. Sejarah barangkali hanya membongkar peristiwa baik2 sahaja.
Saya sendiri pun suka sejarah yang tak terikat dengan buku teks.Tapi para guru kena banyak buat kerja. Ini masalahnya.
*SELAMAT HARI GURU
Post a Comment