Sunday, March 1, 2009

Bongkar Sisi Gelap Golongan Atasan


Membaca buku ini seolah-olah kita menyelak, bukan, seperti kita membuka perlahan-lahan pintu belakang dan memanjang tengkok ke dalam bilik golongan bangsawan atau atasan Melayu. Maka, tersingkap akan sisi-sisi gelap golongan ini. Seperti adegan Sara bersama Ramli ini.

''Sara meregang lehernya menerima sentuhan tersebut dan membiarkan -- setidaknya untuk sejenak -- Ramli beraksi. Saat pasrah, dia merasa tangan Ramli mengerayangi....dan...
Ehmm.

Ooops!!!Berhenti. Berhenti. Berhenti. Aduh! Karim, apa yang kamu hendak buka ini.Erotiklah.Kalaulah buku ini diterbit di Malaysia tentu kamu akan memakan kritik keras.
Mujur, buku ini kumpulan lapan cerpen, Pahlawan dan cerita lainnya, hanya beredar di Indonesia hasil terbitan Yayasan Obor.

Karim Raslan bukan nama asing dalam dunia jurnalistik di Malaysia mahupun Asia. Beliau menulis di banyak media dengan kolum Ceritalah atau Writers Journal. Lulusan bahasa Inggeris dan Undang-undang dari Cambridge yang saya tahu seorang yang liberal pemikiran. Tidak hairan beliau sanggup tanpa segan silu memperkatakan soal seksual dalam karyanya.Paling jelas dalam cerpen, tetangga sebelah.

Karim secara sedar memperlihatkan belang sebenar sesetengah golongan atasan dalam kehidupan mereka yang dipenuhi dengan hipokrit, penipuan, penzinaan dan pelbagai keburukan lain-lain lagi.Cuma tindakan Karim menelanjang terus mereka agak janggal dalam amalan Melayu.Biarpun untuk menegur mereka. Mungkin cerita-cerita pendek ini benar. Melihat kepada pergaulan luas Karim.

Sebagai contoh saya pernah terkesan apabila beliau menceritakan pengalaman beliau semasa makan tengahari dengan seorang pemikir Islam terkenal( sayang beliau tidak mendedah nama itu, mungkin pemikir ini menjadi idola kita), beliau terkejut apabila pemikir itu memesan masakan daging babi. Pemikir itu makan dengan lahabnya.

Karim Raslan antara idola saya dalam dunia kewartawanan dan penulisan. Saya suka cara beliau mengungkap. Tapi tidak pada ideologi liberalnya. Hanya minat bahasa beliau. Lagipun bahasa Inggeris beliau sangat berseni.

4 comments:

Naj AB said...

Kebetulan benar Tuan Isma, saya peminat karya-karya Karim Raslan juga, walaupun tak menyetujui banyak perkara tentang buah fikirnya. Saya tak tahu pula dia sudah tulis buku baru. Boleh saya tahu ini buku terjemahan atau memang dia menulis dalam bahasa Indonesia kali ini?

Isma Ae Mohamad said...

Puan,
Ini bukan baru tapi baru sampai ke tangan saya. Buku ini tahun 2004 lagi.Bukan terjemahan, dia tulis terus dalam indonesia. Kan,sekarang dia menetap di Indonesia.

Naj AB said...

Ya, saya tahu dia sekarang di Indonesia. Tak sangka dia memilih menulis dlm bahasa Indonesia (dan menetap di Indonesia). Mungkin sebab Islam liberal lebih berdaya di sana daripada Msia? Kalau di Thailand mcm mana suasananya - ada Islam liberal jugakah?

Isma Ae Mohamad said...

Maaf puan buku ini diterbit tahun 2006.Versi Inggeris juga ada. Walau pun ditulis dalam Indonesia tapi rasa Melayu masih pekat.Thailand ada juga, sama, bergerak atas dasar hak asasi manusia.