Sejak sekolah lagi, setelah Islam, selepas Melayu, saya anggap diri saya orang Asia. Anggapan itu bukan sekadar berdasar geografi, warna kulit ataupun perasaan ketimuran. Tetapi anggapan itu terbina oleh rasa 'benci' saya pada penjajah kuasa barat terutama British.
Oleh itu, saya amat berminat sesuatu yang bersifat Asia. Setelah lama membaca National Geographic(NG), bermula akhir tahun lepas setelah terjumpa majalah, Asian Geographic(AGeo):Spirituality Edition, saya secara rasmi meninggal majalah NG.
Pada saya AGeo lebih sensitif dan memahami Asia, tidak terlalu politik dan juga bukan anti-Islam.Mungkin ini berlaku kerana ia diterbit di Singapura. Isu yang diketengah banyak bersifat kemanusian, walaupun tidak seberani atau sepanas NG.Bagi peminat foto, AGeo pun tidak kalah menarik dari NG.
AGeo: Silk Road Edition amat menarik minat saya. Terutama sekali penyiaran artikel mengenai perjalanan dengan karavan unta sejauh 12 ribu km oleh Arif Asci melalui Jalan Sutera dari China hingga Turki. Ia membuatkan saya mencari-cari buku tulisan pengalaman Arif, The Last Caravan On The Silk Road. Children Edition yang terbaru mendedahkan kepada kita dibahagian lain Asia seperti Myanmar, anak-anak kecil sepatutnya di bangku sekolah dipaksa berperang.
Namun begitu, rasa terkilan saya bila agaknya saya dapat membaca majalah sebegini yang berbentuk ekplorasi dan alam sekitar termasuk foto-foto menarik dalam bahasa Melayu. Belum ada lagi majalah jenis NG atau AGeo berbahasa Melayu diterbitkan. Majalah hiburan bergayut-gayut.
Nota: Kita reti English bukan kerana PPSMI, tahu.
7 comments:
Nmpak mnarik Asian G ni. Rasa nak baca...
PIA,
Saya rasa tidak rugi tinggalkan NG.
Nampak menarik Asian G ni. Rasa nak... naik ontanya hehe...
Ae, masih online?
Lihat film baruku ya...
Judulnya "How to be a NInja"
Bukan ding, bukan itu judulnya...
(hiks..hiks.. habisnya diledekin "ninja" sih...)
PIA,
kamu tutup blog?
Noura,
Ada-ada sahaja kamu... Ninja Burqo!!!
Isma,
Kalau belum melawat ke website / laman sesawang Asian Geographic, saya mahu berkongsi maklumat, sebab seingat saya kamu pemburu sejarah Jalan Sutera / Silk Road - pihak Asian Geographic ada menganjurkan pengembaraan ke sana.
Terima kasih puan,
Ooo, buat masa terdekat ini, dalam tahun ini saya sibuk dengan projek, Kembara ke Seluruh Thailand yang akan saya lakukan dalam masa terdekat. Ala-ala, Malaysian Journey, Rehman Rasyid. Sempena seratus tahun Patani di bawah Siam 1909-2009.
Post a Comment