Sunday, March 22, 2009

Ke Negeri Ayatollah: Satu


Saya dibesar dan terdidik dengan 'keras' dalam keluarga Sunnah, lebih tepat lagi dalam keluarga yang mementingkan amalan mazhab Syafie. Lebih-lebih lagi dalam hal mengenal tuhan, Allah yang Esa. Menjadi kebiasaan saya sejak kecil lagi dihidang atau dimomok dengan hinaan terhadap pengikut Syiah. Momokan itu berbekas dalam diri saya.Tambahan pula dengan aktifnya sebaran ajaran Syiah di Thailand.Tetapi dalam masa yang sama saya diagung-agungkan dengan revolusi Iran, Jihad Hamas,dan semangat Hasan Nasrallah.


Ini semua membuatkan keinginan untuk tahu lebih lanjut tentang Syiah, tentang Iman 12, apa itu imanzadeh, dan tentang Iran sangat membuak-buak dalam diri saya sejak berusia 15 tahun lagi. Semuanya bermula setelah saya membaca beberapa karya Dr Ali Shariati, pemikir besar Iran.


Apa sahaja tentang Iran benar-benar menarik minat saya. Contohnya buku ini, Travelog Iran karya Dina Sulaiman atau judul asalnya dalam bahasa Indonesia, Pelangi di Parsia.Saya baru membaca hingga halaman 152. Walaupun demikian, saya sudah mendapat gambaran tentang negara Islam Iran. Rupanya Iran ada empat musim juga, kata kawan saya.
Awal bab lagi saya dibawa Dina melawat Kota Qom, kota spiritual Iran. Qom, dari dulu lagi saya sangat tertarik mendengarnya. Mungkin kerana media-media sering melaporkan kota itu kejam atau anti perempuan.Sebenarnya tidak.
Dan yang menarik minat saya setakat ini ialah tentang Faridudin Atthar, penyair Sufi Parsi yang terkenal. Lawatan Dina ke makam beliau di Neyshabur. Apa yang menarik bukan seni bina makam itu tetapi syair beliau yang dibaca oleh suami Dina.Begini syairnya:

Kalau engkau mengatakan Dia itu tersembunyi,
Maka Dia sesungguhnya Maha Nyata,
Kalau engkau kata Dia itu nyata,
Sesungguhnya Dia Maha Ghaib,
Tapi apabila engkau cari Dia dalam kedua-duanya,
Dia tiada dalam keduanya,
Kerana tidak ada yang menyerupai-Nya

Syair sufi ini betul-betul mengingatkan saya zaman kanak-kanak dahulu, masa belajar mengenal tuhan , Allah yang Esa, setiap malam dengan ayah.Itu sahaja harta yang ayah ada, pesan ayah berkali-kali.
Nota: Saya rasa versi asal Indonesia lebih menarik.Judul dan covernya.
Bersambung

4 comments:

Naj AB said...

Satu kebetulan lagi dengan Tuan Isma, saya baru saja beli buku Travelog Iran ni dua hari lepas :) - tak sabar mahu membacanya. Sekarang sedang meneliti Karbala.

Isma Ae Mohamad said...

Puan,
Saya beli buku ini 19 Mac lalu tapi masih belum habis baca lagi, masa membaca saya makin mengecil.

Bukan lagi kebetulan Puan, saya mempunyai citarasa membaca lebih kurang Puan. Apa yang Puan baca itulah juga minat saya. Karbala? Faisal Tehrani? Buku itu juga menarik minat saya.

Welma La'anda said...

oohh..buku ini. Termasuk dalam senarai perlu dibeli, insyaAllah :). Buku dari Indonesia rupanya.

Isma Ae Mohamad said...

Cik Welma,
Buku ini patut dibaca. Tapi saya suka judul versi Indonesia, pelangi di persia. Mengapalah PTS suka sangat dengan kata travelog..