Saturday, March 28, 2009

Tambahan: Saya Pun Tersihir


“Suatu hari, aku membaca sebuah buku, dan seluruh kehidupanku pun berubah.''

Benar, buku telah mengubah pandangan hidup saya. Sebuah buku itu. Yang saya baca berkali-kali. Sebelum ini hidup saya penuh dengan kekecewaan, tiada pengharapan, putus asa, dan saya anggap saya ini mangsa, mangsa sejarah.

Jika tidak kerana buku itu, sampai hari ini pun saya masih menjadi penyeludup di perbatasan. Mungkin hari ini saya bos besar di sana. Atau mungkin juga menjadi strategis di Golok. Apa pun dengan rasa aneh, saya patut mengucap syukur kepada ''perbatasan.'' Di sana saya belajar banyak perkara yang saya rasa tidak diajar secara langsung di mana-mana institusi pengajian.

Nikmat terbesar di perbatasan, ketika saya bertemu dengan buku itu. Yang telah mengubah hidup saya. Yang memberi identiti pada saya. Yang memberi rasa kemanusian.

“Suatu hari, aku membaca sebuah buku, dan seluruh kehidupanku pun berubah.''

Ayat ini benar-benar menyihir saya. Kerana 'aku' itu adalah saya. Saya juga baca buku itu. Dan 'aku' selalu baca buku itu.

Nota: Apa yang saya tulis ini berkaitan dengan pencarian identiti saya.

4 comments:

Hakimi said...

Pelik sugguh mu ni, Ae. Cepat sugguh mu tinggal aku.

Ae, boleh menyeberang ko loni? Lama x gi alik sana.Beli bras.

Dlm masa dekat ni, kalu mu nok gi sempadan Burma royak kat ambo. Nak ikut, nak gi cari kulit ular dan mata cincin.

SMS tidak blas napo?Busy sgt ko? Projek gapo loni? Beringat sikit.

Isma Ae Mohamad said...

SMS lah.
Baru buka mesej,dan SMS itu sudah basi, malas hendak balas. Ha-ha-ha.

Welma La'anda said...

Saya pula terhasut mahu membaca buku itu. Buku Orhan Pamuk itu kan? Ehm..:)

Isma Ae Mohamad said...

Bukan. 'Buku itu.' Saya percaya dan yakin cik baca selalu 'buku itu.'Dan juga yakin cik diresap roh dari 'buku itu.'