Saya Bukan Jual Negara (Phom Mai Dai Khai Chat), itulah judul yang diberi pada buku bekas Menteri Luar Thai, Napadon Pathama.Ia juga merupakan penegasannya yang berkali-kali dibuatnya di media massa Thai, sampai naik muak dengar.
Beliau terpaksa menulis buku ini bagi membalas kritikan yang keras terhadapnya yang dilemparkan pengkritik atas dakwaan gagal menangani isu kuil purba Preah Vihear (Phra Vihar, panggil orang Thai) antara Thai dan Kemboja.
Napadon ini orang kuat Thaksin. Kenyataannya yang seperti memperaku hak Kemboja ke atas Preah Vihear telah diambil peluang penentang Thaksin membangkit isu nasionalisme dalam menjatuhkan kerajaan kroni Thaksin pimpinan Samak ketika itu. Dan, kerana itu juga Napadon terpaksa meletak jawatan menteri luar atas desakan banyak pihak. Termasuk 'gertakan' dari tentera. Media-media anti-Thaksin di Thailand telah menjalankan kempen membangkitkan semangat nasionalisme Thai.Tentera dikerah ke sempadan.
Isu Preah Vihear bukan isu baru antara kedua-dua negara. Perkara ini telah dirujuk kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 1962 dan telah memutuskan kuil itu milik Kemboja. Keengganan Thailand menerima keputusan ICJ itulah yang menyebabkan isu masih gagal selesai sampai hari ini.
Nampaknya hanya Napadon (orang Thai, saya berkecuali) yang 'seperti' memperaku keputusan ICJ itu. Ternyata ia bukan tindakan yang populis di sebuah negara yang penuh dengan janji-janji syurga( kedua-dua pihak) untuk rakyat.Ya, beliau seorang peguam, tentu punya semangat undang-undang mesti untuk ditaati.Namun, semangat itu yang membunuh kerier politiknya.
Buku ini terbahagi kepada dua bahagian. Pertama berkisar pada perjalanan hidupnya dan bahagian kedua lebih kepada membicarakan kuil itu secara sejarah dan undang-undang.
Nota: Teringat Pulau Batu Putih. Rindu sangat dengan Tuan Samak, lama tidak dengar suara celuparnya.
5 comments:
rajinnya kamu membaca bhn2 mcmni......patutlah kamu dpt menulis dgn baik...tp,saya lebih suka mengarang sesuatu benda yg agak 'cool' sikit. bab2 politik,saya x berapa gemar...rasa macam menyeksa jiwa.saya rasa,kalau kamu masuk politik,tentu berjaya...try la...
Cik liza,
Jika kamu ditempat saya tentu mu juga baca benda-benda begini.
Terima kasih atas saranan itu. Saya tidak akan jadi orang politik secara langsung, mungkin saya akan lebih kepada penganalisis politik atau editor.
oho..yg tu saya lagi setuju..rasanya,lebih baik jika kamu jadi penganalisis politik atau editor sbb adakalanya tulisan lebih tajam daripada lidah yang berkata2.
em,saya pernah buat dokumentari sbb itu adalah perkara wajib dlm program yg saya ikuti skang ni.kalau nk tgk,buka la blog saya yg lagi 1..
http://salamdariutara.blogspot.com
ok,tenkiu
saya nk tanya ni..
kamu ni pelajar atau sudah bekerja?
kamu ni warga Thai ke?
wahhh..boleh ajarkan saya belajar thai ke?heeeeeee
Sudah bekerja (wartawan sindiket). Tapi saya belum belajar maksudnya saya belum lagi masuk universiti.
Ya, saya warga Thailand yang sah.Bukan pemegang dua IC.
Post a Comment