Tuesday, April 14, 2009

Abhisit Dan Kewartawanan Baru

Ketika dunia sedang memerhatikan Bangkok menggila(wartawan asing menulis ''battle at Dindaeng'') saya asyik mencerap kelakuan Abhisit,Perdana Menteri Thai. Bermula dari lenggok dia berjalan, percakapan beliau, dan sinar matanya dalam tiga hari ini, kerana saya perlu menulis tentang hari-hari kritikal buat beliau.

Saya memeriksa kembali tulisan saya tentangnya di sebuah kolum akhbar yang disiar awal tahun ini, saya memula rencana itu,''Dia kacak, muda lagi, dan mempunyai senyuman yang menawan. Itu tiga ciri khas yang selalu bermain di bibir warga Thai ( terutama wanita ) buat Perdana Menteri baru mereka, Abhisit Vejjajiva.

Memang benar, jika dibanding dengan sosok Somchai Wongsawat yang kecil itu. Jauh sekali dengan Samak Sundaravej yang rendah, muka kembang, dan ditambah mulutnya yang lancang.''
(Ramai teman-teman saya berpendapat inilah pendahuluan yang ''jahat'' pernah saya tulis)

Kali ini, mulanya saya sedikit bingung mahu bermula di mana. Setelah saya perhati beliau, saya cermin diri saya(oh, rupanya aku tidak kacak pun, patutlah...ha..ha..ha), saya renung mata saya(mata sepet Siam), renung dalam-dalam dan saya dapati jauh di sudut hati, perasaan gundah dan resah berlingkar-lingkar di sana. Setelah itu saya perhati semula Abhisit, saya lihat matanya, saya dapat rasai yang sinar matanya sedikit berkelabu. Dan saya dapat idea, saya mahu rencana itu bermula di matanya yang resah dan ada basah. Pada luaran tidak sedikit pun nampak resah beliau, gaya percakapannya sungguh terkawal dan masih berbahasa Thai halus meski diasak wartawan.

Dan, apa kaitan Abhisit dengan kewartawanan baru seperti tajuk di atas?

Ia sangat berkaitan dengan kerja penulisan saya. Oleh kerana saya ini penggemar gaya kewartawanan baru, Tom Wolfe. Tentu saya inginkan mengaitkan dengan buku karya beliau, The New Journalism.



Saya ingin katakan saya mengambil masa tiga tahun mengkaji bentuk tulisan ramai penulis sebelum mencuba nasib dalam bidang ini hingga ke tahap ini. Tiga tahun saya ambil, ia bersamaan belajar untuk sarjana muda di universiti. Sehingga saya bertemu dengan gaya ini. Majalah Mingguan Tempo adalah antara contoh terbaik penerapan gaya ini. Jujur saya katakan saya selalu tiru dari Tempo.Di Malaysia, Karim Raslan antara pelopor kuat gaya baru ini. Cuba perhatikan gaya penulisan beliau, begitu berseni.

Gaya New Journalism ini, telah saya perguna sebaik mungkin dan mendapat pujian ramai editor (masuk bakul angkat sendiri). Ia gaya yang bukan semata-mata berkisar 5W 1H tapi juga memberi ruang yang lebih kepada psikologi dan artistik. Supaya laporan itu nampak hidup dan segar.Juga, ia membolehkan saya menulis dengan penuh perasaan yang bermula dari dalam terhadap subjek kita.

Pun begitu dalam banyak kes saya sukar untuk memilih subjek yang sesuai dan patut didahulukan. Contohnya rencana mengenai kesan ekonomi ke atas Thailand atas rusuhan itu.Di mana saya hendak mula? Adakah saya perlu memberi fokus utama kepada ahli perniagaan yang banyak kerugian berjuta-juta baht atau kepada para pelacur yang ketiadaan pelanggan dalam seminggu ini? Cepat-cepat datang suara halus di telinga, '' Ae, bermoralkah kamu hendak angkat masalah pelacur-pelacur itu,kamu lupa, sedangkan ramai penjaja kecil tidak dapat berniaga dalam tiga hari ini.''

Insya-Allah, saya akan memperluaskan lagi mengenai New Journalism pada entri yang akan datang.

Nota:Oleh kerana kekangan masa (saya perlu menyiapkan tiga projek besar ), dan juga tekanan begitu membebani saya setiap hari makin bertambah,hati pun makin rusuh, buat seketika saya akan 'berdiam diri' dari blog ini. Entri ini adalah yang terakhir. Insya-Allah saya akan kembali dua bulan lagi. Saya sangat suka bercakap dan mengait sesuatu isu dengan buku.Kepada pembaca buku semua,terus membaca, jangan lupa Pesta Buku Antarabangsa KL. Saya juga akan memborong di sana. Ya,jumpa di sana.
Sekarang sedang menyiapkan laporan,''Rohingya menunggu kiamat.'' Moga saya tidak diapa-apakan.

15 comments:

CikLieYzaOnline said...

wah,macam menarik je kisah ni.sebab saya memang langsung tak tahu bab2 kerajaan Thai ni.tp,apa yg pasti,lelaki yang di sebelah kanan tu sangat manis rupanya..hehehe(sempat lagi jatuh hati).

CikLieYzaOnline said...

semoga perjalanan hidup Ae sentiasa diberkati dan dipermudahkan.maju terus Ae maju!!!!!

Ungu Izz Khan said...

terima kasih saudara kerana sudi mengunjungi blog saya yg x seberapa..
sebelum ini sye pernah juga menjamah blog saudara..
ya amat menarik sekali...
teruskan perjuangan...
saya juga pencinta buku...

Ibnurashidi said...

"berkisar 4W 1H tapi juga memberi ruang yang lebih kepada psikologi dan artistik."

Saya tertarik untuk tahu apakah maksud ini?

Kalau kelapangan, jemputlah ke blog baru saya di http://www.faridrashidi.com

Sinta Nisfuanna said...

huruf thailand yang ada di bawah gambar tokoh namanya apa?

Isma Ae Mohamad said...

Cik Liza,
Lelaki nombor dua dari kiri itu, tidak minat kah? Dia itu tukang masak popular Thailand, namanya Samak Sundarvej.
Terima kasih,insya-Allah saya akan buat kejutan di Thailand.

Isma Ae Mohamad said...

Tuan Cinta,
Allah memberi mu kelembutan hati.Saya sentiasa berdoa, moga Allah sentiasa merahmatimu, tuan cinta.

Isma Ae Mohamad said...

Tuan Ustaz,
Sebenar 5W (who, where, what, when,Why)1H (How)--asas wartawan. Mengikut New Journalism, apa yang hendak ditulis tidak terlalu terikat kepada 5W 1H itu kerana New Journalism itu mementingkan aspek kemanusian untuk mencari kebenaran atau membuat ''kebenaran.''

Saya telah membuat kajian penulisan hal agama masa kini(kalau saya pelajar universiti mungkin ini akan menjadi tesis saya), kebanyakkan para ustaz masih terikat dengan konvensi lama, terlalu berbaur arab, orang muda mungkin tidak berminat untuk membacanya. Berbanding buku agama yang ditulis oleh para pelopor Islam Liberal yang memanfaat konsep baru ini dalam tulisan mereka. Karya mereka bak air mengalir, silap-silap boleh mencair iman bila membaca. Saya harap Ustaz menulis stail baru ini jangan terlalu terikat dengan kitab lama.

Isma Ae Mohamad said...

Penikmat Buku,
Dari kiri itu,
1. General Surayud Chulanond,
2. Samak Sundarvej,
3. Somchai Wongsawat,
4. Abhisit Vejjajiva

Mereka ini perdana menteri Thai dalam masa dua tahun ini.

Annabuadiary said...

salam ae, tulisan bahasa melayu anda amat membanggakan ..rasa kerdil dengan tulisan sendiri ... samak walaupun pandai masak , tapi kena food poisoning juga nya ...cuma saya kurang mengenali sebelum abishek ... handsome begitupun masih orang tak suka ???

Unknown said...

Rasa2 lah penulis blog ni pun ada pakej sperti Abhisit; kacak,muda,& yg sy tahu bermulut manis... pandai debat pula, berani.

Cuma, penulis blog ini hitam sikit..tapi manis&menarik, sbb tu editor sayang...he,he,he. Jgn marah Ae.

Ae, selamat juang dan sy sentiasa sokong.Bangga dengan Ae.

Anonymous said...

up to you but I dont like him.

Naj AB said...

Nampaknya lama bercuti. Dua bulan. Selamat memborong buku di PWTC. Saya baru saja selesai memborong Sabtu semalam (18hb). Kalau dapat sesuaikan jadual, mungkin ke sana lagi Rabu nanti.

Tentang kewartawanan baru, memang menarik. Saya ada memerhatikan bentuk yang dibawa Karim Raslan, dan mendapati ramai penulis barat yang menulis dengan gayanya. Cuma sekarang baru tahu gaya itu dipanggil "Kewartawanan Baru". Nampaknya saya kena banyak berguru lagi :).

CikLieYzaOnline said...

hahahaha.xmau..xmau...x ensem..hahahaha.tp,kalau dia sanggup jamu mkn free hari2,mgkin akan terjatuh hati..hahahaha..pada makanannya..bukan tuannya...heeee

Fitria Zulfa said...

Hm...