Friday, February 20, 2009

Gersang Buku di Pattani

Suasana sudah jauh berbeza berbanding dahulu. Kini, berderet buku-buku agama berbahasa Thai menghiasi rak-rak. Dengan cover yang berwarna-warni dan ditambah pula judul yang menarik pasti memikat mata untuk memandang.

Semua ini boleh dilihat dibanyak kedai buku atau kedai kitab panggil penduduk tempatan di selatan Thai. Contohnya, kedai Mittraphap di Jalan Rudee, tengah-tengah bandar Pattani. Tandanya, masyarakat Islam terutama generasi baru mula senang mendampingi buku-buku agama menerusi bahasa Thai.

Kehadiran buku-buku seperti ini samaada terjemahan bahasa Arab mahupun terus dalam bahasa Thai sedikit sebanyak '' menenggelamkan'' kitab-kitab jawi atau kuning yang nampak kusam pada luarannya.

Begitulah pendahuluan cerita saya pada artikel Ulama Pattani Sudah Kering Penanya?Saya kecewa sebenarnya apa yang di Pattani kini.Dan saya menutup dengan kesimpulan yang muram;
Melihat kepada realiti Pattani hari ini, rasanya lambat lagi untuk mendapat dan membaca novel islamik yang bertulis jawi. Atau itu hanya sebuah impian yang tidak akan kesampaian.

Lanjut, boleh dibaca pada majalah
Milenia Muslim Februari 2009.

Nota: Secara peribadi saya agak tidak berpuas hati apa yang ditulis itu. Terasa longgar sangat. Semua ini disebabkan oleh saya menulis dengan tergesa-gesa kerana menghambat deadline yang diberi editor. Insya-Allah, nanti saya akan menyambungnya dengan melihat sisi lain terutama kesan generasi muda Pattani akan kemarau tulisan Melayu ini.

4 comments:

Nur said...

Di malaysia jua sudah ramai tidak tahu membaca jawi serta menulisnya, aduh, termasuk lah saya, saya ini tahu membaca sahaja, menulis agak hampeh..

Eh, kamu kah di dalam gambar itu? (picture profile)? Lain benar berbanding gambar dahulu semasa membaca akhbar..(agaknyer la!)

Naj AB said...

Topik yang menarik. Akan cuba cari majalah Milenia nanti.

Isma Ae Mohamad said...

Nur Fakhzan,

Puak mana yang hapus jawi di Malaysia,hah?

Saya lah itu.Tidak perlu sorok muka lagi, gambar saya sudah masuk rekod.Ya! Hitam atau hangit sikit, sebab suka jalan-jalan.

Isma Ae Mohamad said...

Puan Najibah,

Apa yang saya tulis itu terlalu longgar. Selepas diterbit baru rasa menyesal.