Sunday, February 8, 2009

Akan Mengenal Indonesia Lewat Swantoro

Sedang membaca buku ini, DARI BUKU KE BUKU--Sambung-menyambung menjadi satu karangan P. Swantoro.

Indonesia pada saya sebuah negara yang dikenali ketika kecil dahulu adalah satu tempat terhimpun segala misteri dan ilmu hitam. Saya biasa mendengar bomoh Siam kalah pada bomoh Jawa.Sejak kecil lagi timbul perasaan begitu dalam untuk mengetahui lebih tentang negara pulau ini.
Untuk itu saya sentiasa membaca apa-apa yang berkaitan Indonesia.Saya berkenalan dengan majalah TEMPO, GATRA,HORISON dan SABILI. Pada saya Indonesia lebih hebat dari Malaysia dari segi cara permainan bahasa. Ia membuatkan cara penulisan Indonesia tidak sekaku bahasa Melayu Malaysia..Maaf, jika ada orang tidak setuju.



Melalui buku ini Swantoro akan memandu kita melihat Indonesia sebelum dan selepas dilahirkan melalui pembacaan buku-buku sejarah hasil pengamatan para Indonesialis. Ia menarik walaupun berat, sejak mula lagi Swantoro membaca kita kepada kenangan masa lalu akan kecintaan beliau pada buku. Barangsiapa yang dulu pernah bersusah payah untuk mendapat bahan bacaan samaada kerana kekangan kewangan atau pun geografi pasti akan mengenang zaman sukar itu.
Beliau telah mengajak saya kepada kenangan itu,apabila beliau menceritakan warna berbalam-balam sentiasa hadir mengingatkannya kepada buku itu--buku yang berbahasa Belanda yang mempunyai jata-jata.Pencarian akan buku itu akhirnya berhasil ketika dilewat usia kini.

2 comments:

Naj AB said...

Ini buku dalam wishlist saya. Boleh tahu di mana Tuan Isma dapatkan buku ini?

Isma Ae Mohamad said...

Kawan saya yang dapatkan saya buku ini.Rasanya buku ini ada sekitar toko-toko buku Indonesia sekitar Chow Kit.Barangkali.Memang buku ini akan membawa kita kepada buku-buku klasik Indonesia.Menarik sekali....