Wednesday, May 26, 2010
Kenangan (Derita) Tuan Puteri
Soa Sanda atau penuhnya Sao Nang Mya Sanda adalah puteri sulung kepada Sao Shwe Thaike, Putera Shan di Yawnghwe. Sebuah kerabat diraja kerajaan Negeri Shan, yang kini telah menjadi sebahagian Myanmar setelah berlaku revolusi tentera yang dipimpin Jeneral Ne Win tahun 1962.
The Moon Princess: Memories of the Shan States adalah sebuah catatan kehidupan puteri terakhir ''Raja di Langit'' Soa Sanda sebahagian dari keluarga diraja di seluruh dunia yang menjadi mangsa perubahan selepas perang Dunia Kedua. Kini keluarga diraja Shan hanya tinggal sejarah dan terbungkus dalam buku, journal dan juga tertulis di blog, termasuk blog ini, hanya itu yang boleh dibuat, sebagai kenangan-kenangan lalu.
Myanmar semua orang tahu sebuah negara tertutup( saya amat menyukainya). Kerajaan yang ada sekarang adalah kerajaan tentera dengan kuasa penuh terletak pada Jeneral Soe Win.Menoleh kebelakang, ayahanda Sao adalah presiden pertama dipilih untuk Kesatuan Burma.Selama ayahanda menjabat jabatan kekuasaan kehidupannya agak mewah. Dia ke UK, belajar, jadi guru dan berkahwin dengan orang putih.Dengan restu ayahnya.Kegenbiraannya tidal lama.
Akhirnya mendung hitam berarak menutup ruang Burma. Hidupnya pun kelam. Tiada lagi yang indah. Ayahnya pun hilang kuasa.Pada usia lebih 80 sekarang Sanda hanya melihat Negeri Shan atau Myanmar secara keseluruhanya dalam kabut-kabut di kelopak matanya. Semua masa lalu melintas, bergilir; kenangan di Bangkok, di Trium Udom, kuil, sami kuning,pasar pagi Sanam Luang,gunung-ganang Shan,dan trak tentera di pagi tahun 1962.Semuanya terlipat di dalam memoir ini.
Sebuah kenangan yang bermula dengan indah dan berakhir dengan kepedihan, tiada harapan.
Sao Sanda
The Moon Princess: Memories of the Shan States ISBN: 9789749863374
River Books
Sunday, May 23, 2010
Derita Untuk Sebuah Kebebasan
Pakaian tradisi perempuan Vietnam pun makin ketat, singkat dan dibelah-belah,ao dai. Wow!
*Eksotis novel ini, bukan kerana Quan makan sup kaki orang utan!
Tuesday, May 18, 2010
Makin Liberal PAS?
"Ibu lembu macam bunting?" Saya cuba mengalih topik,cuba lari dari hal politik,dari hal judi. Pak Lah mengiakan dengan nada lemah.Diambil tembakau dalam bungkusan yang selalu diselit di pinggang dan mengetelnya perlahan-lahan."Dunia bukan lagi milik orang tua macam aku."Saya terkejut ketika ibu jari kanan cepat-cepat menekan butang-butang telefon bimbit bila mendengar luahan Pak Lah itu.''Hah...''Saya merespon.
''Kalulah Pok Soh, Haji Seman tak mati lagi.Kalulah Pak Kok segar lagi.''Pak Lah menggeleng kepala.Dihirup lagi teh janda Mak Su Jah.
Mahu saja saya hendak bertanya kenapa. Pak Lah telah pun meluahkan, '' Orang tua macam aku makin tak faham cara politik hak ada sekarang.Cepat masa berubah. Cepat undang-undang berubah.Rupa-rupanya aku sudah tua.''
Pak Soh telah beberapa tahun meninggal dunia.Haji Seman juga baru-baru ini mengikuti jejak Pak Soh setelah lama derita sakit.Pak Kok pula lemah diperbaringan diserang strok.Segala riuh dunia telah lama ditinggalnya.
Saya mengerti apa yang Pak Lah maksudkan.Dia bukan sahaja merindui kawan-kawannya--Pak Soh, Haji Seman dan Pak Kok--dia sebenarnya ada rasa bimbang dengan arah tuju parti kesayangannya, PAS.Dia makin tidak reti dengan PAS sekarang.
Bukan rahsia lagi, mereka berempat punya sejarah gemilang untuk PAS setidak-tidaknya untuk cawangan parti kampungnya.Mereka bergolok bergadai demi PAS. Saya dengar cerita, ketika kalah teruknya PAS kepada BN ketika era 80-an, Pak Lah dan rakan-rakannyalah yang mengorban beberapa ekor lembu untuk sebuah perhimpunan besar pengikut PAS demi membangkit semula semangat mereka. Hasilnya, PAS bangkit kembali tahun 1990.Begitu juga mereka mengeluar duit poket sendiri membeli tiket untuk para pemyokong PAS hadir berdemontrasi di depan kedutaan Amerika Syarikat.Dan, sebuah balai sebesar rumah banglo yang didirikan untuk markas PAS kampung ini juga adalah hasil usaha mereka. Yang kecil-kecil untuk parti tidak terhitung banyak jasanya.Orang seperti inilah PAS masih bertahan hingga sekarang di Kelantan.
Memang, hasil usaha mereka tidak pernah dikedepankan termasuk dalam HARAKAH. Benar, bukan itu mereka mahukan.
Saya faham dan tahu perasaan Pak Lah.Dia dan rakan-rakannya itu ketika saya kecil begitu lantang memperjuangkan hukum hudud.Saya lihat Pak Lah mengayuh basikal tuanya.Lemah sekali.Selemah hukum hudud yang sedang diperjuangkan sekarang.
Ketika dalam perjalanan pulang ke rumah saya berselisih dengan seorang pemuda PAS yang tiada kerja, berkepul hisap rokok. Saya tahu dia kuat tikam nombor ekor. Orang PAS tu.
Sampai rumah, saya baru perasan majalah Off The Edge edisi April 2010 belum dibaca habis lagi.Hari ini sudah 18 Mei. Edisi Mei belum beli lagi.
Who's afraid of the islamic party?Tanya editorial Off the edge.
(Di Kelantan Majalah Off The Edge hanya dijual di Syarikat Lee @ Co sahaja)
Monday, May 10, 2010
Suatu Malam di Tebing Sungai Kelantan
Selama berkubu di perpustakaan seminggu ini,saya bertemu banyak hal yang selama ini bersembunyi atau tenggelam dalam lipatan buku-buku yang sudah kusam.Sungguh, betapa miskin pengetahuan sejarah saya.Betapa dangkalnya tafsiran sejarah yang ada dalam kepala saya selama ini.Oleh demikian, sewajarnya generasi sekarang perlu tampil menulis dan mentafsir semula sejarah yang sedang dilipat-lipat itu.
Beberapa hari lepas saya bertemu dengan sebuah catatan orang putih, Henry Norman tentang Kelantan.Begitu menarik catatannya tentang kita, tentang raja kita. Lebih-lebih di kala ini krisis istana Kelantan seperti tiada penghujungnya.Sudah tentu saya amat sedih dengan apa yang berlaku.
Henry Norman adalah MP British.Beliau telah melawat Kelantan pada tahun 1890. Dalam bukunya,
The peoples and politics of the Far East : travels and studies in the British, French, Spanish and Portuguese colonies, Siberia, China, Japan, Korea, Siam and Malaya (1895) beliau menulis ketika krisis perebutan tahkta Kelantan hangat berlaku.Kehadirannya telah menarik perhatian putera raja supaya menyelesaikannya kemelut tersebut.Maka berlakulah pertemuan pada suatu malam di tebing sungai Kelantan dengan para putera tersebut.
Selepas itu Henry mencatatkan,''They charged me, however, to remember, after I had left, many things which they impressed upon me, and departed with the expresion of a hope that I might someday return to Kelantan more disposed to aid in rescuing her from her sad fate.''
Dan Henry pada malam itu dihadiahkan sebilah badit--a little gold-mounted, or stabbing knife for a parting gif.
Saya pun bermimpi-mimpi,seronoknya kalaulah ada orang Kelantan sanggup menulis semula kisah ini baik fiksi mahupun bukan.
Saturday, May 8, 2010
Tangan-tangan Setan?
Judul:The True Story of The Bilderberg Group
Penulis:Daniel Estulin
ISBN: 9780977795345
Tuesday, May 4, 2010
Bolivar
(Ini bukan resensi buku)
Jenderal Simon Bolivar: Saya menyangka ia kacak, kuat dan gagah. Bila lihat lukisan fotonya, dia tidak langsung terlihat seperti yang saya bayangkan. Dia nampak kurus, cengkung,dan tidak punya harapan, betul-betul seperti yang digambar Gabriel Garzia Marquez dalam Sang Jenderal Dalam Labirinnya.Iaitu sebuah naratif hari-hari terakhir ''sang pembebas'' Amerika Latin sebelum kematian menjemputnya pada 40-an.Terlalu muda untuk seorang pemerintah tentera yang hebat sepanjang pemberontakannya.
Jelas, meskipun betapa hebatnya melawan penjajahan Sepanyol dan membebaskan hampir ke seluruh Amerika Latin, tetapi hari-hari lepas perang telah menjerumusnya ke pemberontakan demi pemberontakan, kawan makan kawan.Semua itu menjadinya seorang yang ''putus asa'' dan ia melepas jabatan kepresidenan.Dan mahu berhijrah ke Eropah.
Maka bermulalah perjalanan yang menyedihkan buat seorang yang digelar ''Sang Pembebas.''Walaupun beliau tidak pernah tertembak sepanjang pertempuran di garisan depan atau juga pernah terlepas operasi membunuhnya tetapi penyakit; batuk-batuk, deman,selsema, cucuk dada tetap menyerangnya.Yang akhirnya membawa kematian sebelum sempat berangkat ke Eropah.
Jika dilihat pada sejarah Simon Bolivar bukan soso
k yang boleh diambil contoh lebih-lebih buat yang beragama Islam. Jauh sekali.Tetapi saya ketika masa-masa ''pemberontakan'' remaja dulu sentiasa melihat tokoh-tokoh Amerika Latin untuk membebaskan rasa resah membelengu.Sampai hari ini saya masih melihat dan mengambil berat dengan masalah di Venezuela, seperatis di Colombia, Ivo Morales di Bolivia dan kelangsungan Cuba.Mungkin permasalahan yang banyak tidak tak terselesai hingga sekarang adalah warisan setelah gagal Bolivar menyatu Amerika Latin sebagai sebuah kesatuan seperti Amerika Syarikat.Mungkin!
Sejak 1900 hingga 2000 sudah silih berganti diktator memerintah negara-negara Amerika Latin!
Gabriel Garcia Marquez