Wednesday, February 24, 2010

Impian Tertunda Rohaida

Eeee...... geramnya aku, lebih kurang Geram Aku Pada Maamih. Kali ini 'geram' aku pada Rohaida Abdul Rahman, penjual sebuah gedung membeli belah di Kota Bharu.

Rohaida; perempuan genit, ayu, bertudung nipis,periang, mempunyai jelingan yang nakal yang boleh menggoda lelaki.Beliau seorang janda beranak satu, suaminya telah lama meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya.Lalu beliau pulang kembali ke kampung di Kelantan dan bekerja untuk menyara keluarganya sendiri. Mujur, gaji di Kota Bharu sampai RM800 tidak termasuk yang tambah-tambah.Sedangkan yang lain hanya bergaji RM300-RM400.

Dan, Rohaida yang 'kesunyian' ini masih mencari-cari teman hidupnya baru.

Itulah Rohaida yang diceritakan oleh Karim Raslan melalui eseinya yang disiarkan pada 4 Mac 2004 di The Star, dan kini telah dibukukan, Ceritalah 3: Impian Malaysia Yang Tertunda.

Menurut Karim, Rohaida antara perempuan yang menjadi mangsa akan ketegasan kerajaan negeri pimpinan Tok Guru Nik Aziz dengan memperkenalkan beberapa enakmen yang dilihat mengekang Rohaida mencari jodoh.

''Memanglah saya mahu seorang pasangan hidup. Tetapi susahlah. Banyak yang tidak boleh. Macam manakah saya nak bertemu sesiapa?Ketat sangat undang-undang tempatan sampai adakalanya saya terlalu kecewa dan marah. Anda tidak boleh berkereta ke mana-mana, tidak boleh bertemu pada waktu malam. Hanya boleh berbual melalui telefon-- umur saya sudah 30 tahun!. Satu malam saya pernah melawat teman lelaki di bilik hotelnya--tetapi saya dihalau --ah, karut betul.'' Luah Rohaida seperti dirakam Karim.

Rohaida yang pernah berkerja di Lembah Klang melihat dirinya terlalu dikongkong, berbanding kaum sejenisnya di KLCC bebas dan beliau cemburu dengan mereka itu. ''Sedangkan saya perlu berwaspada agar tidak ada orang yang kenal melihat saya tidak bertudung. Memang tidak adil sungguh!''
Geram aku pada Karim. Memang tidak adil Karim. Yang membesar-besar impian tertunda Rohaida.Bagaimana dengan impian tertunda Kak Yana, penjual kain di Pasar Siti Khadijah, yang tertanya-tanya bilakah kerajaan Kelantan akan melaksanakan hukum syariah sepenuhnya? Beliau hari-hari bimbang dengan masalah sosial yang menjadi-jadi.Beliau pernah mencadangkan dengan marah-marah; lelaki dan perempuan bukan muhrim yang 'berdakap' di atas motorsikal patut ditangkap dan disebat ditepi jalan.

Karut sungguh Karim Raslan: seorang jurnalis sindiket yang paling aku minati meskipun acapkali dia membuatkan aku naik geram membaca cerapannya yang nakal itu: dan seorang penulis yang mampu bercerita dengan baik mengikut kaedah gaya kewartawanan baru.
Moga Rohaida mendapat lelaki yang baik(ada lagikah lelaki yang baik?).



ISBN:
9789673035250
Author:
Karim Raslan
Publisher:
Marshall Cavendish
Year:
2009
Number of page:
292
Price:
RM34.90
P/s: Untuk pembaca perempuan, 'geram' yang saya guna itu bukan bermaksud mahu memukul.Tapi geram lain. Contoh, geram kita pada bayi atau sesuatu kecil atau comel.

7 comments:

mudin001 said...

Ah, penulis! Bisa saja membesarkan impian sesiapa, tertunda mahupun tidak.

Agaknya, apa impian tertunda Isma yang ingin dibesarkan? Haha!

Isma Ae Mohamad said...

impian tertunda?--kahwin dengan seorang perempuan asal Kota Bharu!
Sedihnya dia sudah jadi isteri orang.

Kutunggu Jandamu....
Kah,kah,kah

pencinta bahasa said...

amboi Isma..
sabar ya, tiada jodoh barangkali.(:

"Kutunggu Jandamu...."
wahh,ini dah kes obses.

humm, agak mahal ya harga bukunya..

Nora Isma Fuad said...

ala isma.. yang dah lepas sudah la.. banyak lagi yang baik2...

tapi.. mahal la buku tu.. nipis saja.

Isma Ae Mohamad said...

Itulah....bila kena pada diri sendiri baru tahu, cinta itu boleh menyakitkan...kah,kah,kah.

Sebenarnya itu bukan impian tertunda saya, saja tangan gatal menulis...

Impian tertunda saya yang betulnya, adalah menuntut ilmu di alam universiti. Saya terpaksa menangguhkannya kerana perlu bekerja untuk menyara keluarga.Insya-Allah dalam terdekat. Adik-adik masih bersekolah lagi.

Mungkin mahal jika mengikut harga tempatan tapi agak murah jika ikut standard buku antarabangsa.

Zahiruddin Zabidi said...

Dengan yang demikian, menulislah sahabat. Semoga setiap butir aksara yang dilakar menjadi benih semai kepada tuaian yang boleh membekal kehidupan yang sedikit baik.

Nah, semata kerana ia tentunya salah. Namun mendapat dari lorong yang halal malah bermanfaat pula kepada masyarakat dan agama adalah kerja terpuji tuan.

Sudah tiba masanya penulis berjuang dengan sedikit selesa. Kerana keselesaan itu lambang prestij dan karisma di kalanga manusia hari ini.

Isma Ae Mohamad said...

''Sudah tiba masanya penulis berjuang dengan sedikit selesa. Kerana keselesaan itu lambang prestij dan karisma di kalanga manusia hari ini.''

terima kasih atas nasihat di atas, tapi saya terlalu banyak masalah menghalang..