Kehilangan suami tercinta, tidak membuatkan Puan Angkhana diam dan melemah. Sebaliknya, beliau bangkit menuntut keadilan untuk suami tanpa lelah.Sampai saat ini, beliau masih terus, dan terus berjuang.
Setiap kali saya melihat wajahnya di media dan juga bila mendengar suaranya, batin saya terasa bergetar--betapa menderitanya beliau--suaranya agak menyesakkan dada--dan raut wajahnya menunjukkan sudah sekian lama beliau berhenti senyum dan ketawa--tetapi beliau seorang baik hati sebenarnya--jelas betapa cinta pada suaminya tidak rela dighaib begitu sahaja.,
Sampai saya berazam satu hari nanti, saya dapat melihat Puan Angkhana senyum kembali dan itu bermakna keadilan akan tertegak buat suaminya.
Tetapi keadilan tidak bermakna si pelakunya dihukum di dunia ini, keadilan boleh jadi, menghindar perkara yang sama tidak berulang menimpa yang lain.Itu tekad Puan Angkhana.
Namun Puan Angkhana, yang sudah hilang rasa gembira itu, yang sering mengenakan tudung hitam, tiap kali kehadirannya di media bagaikan telah memberi kekuatan buat yang teraniaya, terutama wanita, setidak-tidaknya harapan untuk dimimpikan pada malam hari.
Dan jika mahu membaca kisah sedihnya, baca bukunya yang telah diterjemah ke bahasa Inggeris, Reading between the lines, http://ratchasima.files.wordpress.com/2009/03/reading-between-the-lines.pdf
No comments:
Post a Comment