Monday, March 29, 2010

Pusaka 1 Malaysia

Islam Hadhari sudah tinggal sejarah. Sejarah buat Malaysia dan dunia Islam.Setelah mundurnya Abdullah Ahmad Badawi mengetuai pemerintahan Malaysia.Sudah adat dunia barangkali, barang yang lepas selalu dilupai selepas datangnya barang yang baru.Lebih-lebih jika hal itu adalah 'produk politik' yang mudah susut nilai.Dan Islam Hadhari adalah produk itu -- produk yang sudah tidak berdaya komersil untuk dijaja baik oleh pembangkang mahupun pemerintah yang boleh dianggap bebanan itu.

Begitu jugalah betapa sukarnya kita untuk mencari atau membaca buku tentang Islam Hadhari terus dari tangan Abdullah Ahmad Badawi.Hanya yang ada, tidak lebih dari kumpulan ucapan beliau yang menyebut ''Islam Hadhari'' berkali-kali di khalayak pendengar. Itu pun sebuah sahaja iaitu Islam Hadhari; A Model Approach for Development and Progress.Sebuah buku berkulit keras dan mewah.

Sayang isinya, berulang-ulang kali ditegaskan bersama prinsip sepuluhnya boleh dikata setiap teks ucapan -- beberapa kali Pak Lah mengulangi akan makna gagasannya itu.

''Let me say that Islam Hadhari is not a new religion. It is not a new teaching nor is it a new mazhab.''

Tegas Pak Lah lagi, berkali-kali di beberapa muka surat.

''Islam Hadhari is an effort to bring the ummah back to basics, to return to the primacy of values and principles, as prescribed in the Quran and the hadith both of which form the foundations of the islamic civilisation.''

Penegasannya ini berkali-kali menunjukkan betapa sukar rakyatnya mencerna bahkan melaksanakan apa yang digagasnya itu. Lebih lagi, ketika Pas menjaja di kampung-kampung dengan membusuk 'jenama' Islam Hadhari.

Terpaksalah Pak Lah menjelaskan lagi.

''I call it Islam Hadhari.... It is not a new religion or mazhab.''

Sambil beberapa kali juga membawa cerita lama tentang parti lawan, Pas.(Selama saya tinggal di Kelantan, tidak pernah saya mendengar pemimpin Pas kata, undi Pas masuk syurga.Yang saya dengar hanya dari mulut pemimpin UMNO, TV3 dan RTM sahaja).

''They canvass for votes by telling villager that they would be assured of place in heaven if they vote for the party.''

Berkali-kali.
ISLAM HADHARI
a model approach for development and progress
Abdullah Ahmad Badawi
MPH Publishing
ISBN 983-42884-1-7

Moga Allah Merahmati Tun Lah dan Isteri Tersayang.

1 comment:

azie said...

isma, you've been tagged!