selain ibu di sisiku dan kau sehabatku.
Aku berjanji akan aku habis seluruh hidupku untuk menggembira orang yang sakit,orang dalam kedukaan, dan dalam kehilangan. Seandainya aku sembuh nanti.
Dan, aku sudah sembuh.
Burma atau Myanmar. Sebuah negara yang indah, kepelbagaian tetapi ketakutan senantiasa menyelimuti kehidupan masyarakatnya dan juga ketakutan sedang menguasai para pemimpin tentera mereka.Ia menjadikan negara itu kusam, tiada pengharapan.
'Under the Dragon: A Journey through Burma' Sebuah lagi buku pengembaraan ke Burma yang dilakukan oleh Rory Mclean. Tentu sebagai orang barat, sisi buruk didedah begitu hitam sekali.Beliau melakukan perjalanan itu sepuluh tahun setelah berlakunya huru hara sekitar tahun 1988.
Dalam pengembaraan itu beliau bertemu, dan menyelami hati ke hati masyarakat yang menjadi mangsa akan kekejaman junta ketika itu.
Dan kekejaman masih berterusan di sana.Kanak-kanak dibunuh, kampung-kampung dibakar, ibu diperkosa dan macam-macam yang ganas.Mereka terpaksa melarikan diri ke Thailand, mencari perlindungan.
Pada 19 February, 2010, tentera Myanmar telah menyerang sekolah di Ta U Plaw dan mencederakan beberapa kanak-kanak; antaranya Saw Eh Kaw Thaw dan Saw Ree Re. Sumber, FBR.
Foto.Etnik Karen beragama Islam di kem pelarian Mae La, Thailand.
P/s: Ramai orang tanya saya, mengapa berminat sangat dengan konflik etnik di sana?Jawapannya, berbanding dengan mereka, saya rasa, saya lebih bernasib baik dalam banyak hal.Dan semestinya saya patut menggembirakan mereka.
1 comment:
salam singgah,blog anda cukup menarik.teruskan menulis ya:)
Post a Comment