Sunday, April 25, 2010

Laporan Damai vs Laporan Perang

21 September 2005, sekumpulan wartawan Malaysia yang berpengkalan di Kelantan digegas ke Narathiwat, ke sebuah kampung bernama Ban Tanyong Lima oleh pihak berkuasa Thailand. Sesampai di sana, suasana agak tegang: jalan masuk ke kampung itu dihadang dengan batang-batang pokok yang ditebang, batu-batu ditabur, dan sekumpulan kaum ibu serta kanak-kanak berkumpul di tengah jalan sebagai perisai manusia.

Semua ini berlaku setelah penduduk kampung menculik (penduduk membaca: menangkap) dua marin Thailand yang didakwa bertanggungjawab melakukan pembunuhan seorang penduduk kampung pada malam sebelumnya di sebuah kedai kopi.

Penduduk kampung bertindak dengan menahan marin tersebut di setor masjid dan mahu wartawan Malaysia menjadi saksi atas dakwaan mereka itu. Ini kerana mereka tidak percaya kepada media Thai.Meski kerajaan mendakwa itu hanya helah puak pemisah yang mahu mencari publisiti murahan.

Bila kita membaca berulang kali-- mereka tidak percaya kepada media Thai?Mereka tidak percaya kepada media Thai?Mereka tidak percaya kepada media Thai?

Sungguh?Jika benar, mengapa?

Menurut analisis Pancasiri Kulap, pensyarah di Jabatan Kewartawanan dan Maklumat, Fakulti Komunikasi Massa, Universiti Chulalongkorn, mengatakan media terlalu mensensasikan apa yang berlaku di selatan. Dan ini akan memanaskan lagi keadaan di sana.Hingga menimbul rasa kurang senang penduduk.

''Laporan media Thai, tentang keadaan wilayah sempadan selatan dalam tempoh lima tahun lepas masih mengutamakan keganasan yang dapat dikelaskan sebagai ''kewartawanan perang'' berbanding mengutamakan laporan yang berlandaskan keamanan dan kedamaian atau disebut ''kewartawanan damai,'' katanya.

''Kewartawanan perang tidak semestinya ia merujuk kepada perang secara langsung. Tetapi ia adalah laporan yang sentiasa mencipta ketengangan dalam masyarakat,''jelasnya lagi. Dengan kata lain, media terlalu terikut-ikut dengan, ''what bleeds is the leads'' bagi membuatkan media itu dapat dijual dan laku.

Jake Lynch and
Annabel McGoldrick

Peace Journalism
Hawthorn Press 2005
ISBN 1903458501


Sebuah buku yang menarik untuk lebih memahami konsep 'Kewartawanan Damai.'Seharusnya ia menjadi pegangan buat penulis, wartawan, penganalisis dan sesiapa yang berminat dengan konflik yang berdarah.

Sayangnya, kita ini tidak dapat lepas dari rasa bias dan menyebelahi. Kita kan manusia--manusia bernafsu.

No comments: