Wednesday, July 29, 2009

Lee Kuan Yew: Tiba-tiba, merdeka

Buku jilid pertama memoir mantan PM Singapura edisi Melayu, Kisah Singapura: Memoir Lee Kuan Yew, telah lama sampai di tangan saya sejak beberapa tahun lepas. Namun begitu sampai hari ini saya tidak dapat menghabisinya. Rakaman sejarah Lee setebal 801 muka surat ini terasa sukar untuk saya hadam. Selalu tengkak saya bagai tersekat-sekat ketika mengadapnya.

Mungkin kesukaran ini, kesan pembacaan saya lama dulu terhadap buku, Dilema Singapura oleh Dr Lily Zubaidah Rahim. Dari prakata lagi saya cukup terkesan dengan rintihan Lily Zubaidah dengan bertanya beberapa kali, mengapa, mengapa, mengapa -- mengapa terdapat beberapa kerat sahaja tokoh Melayu contoh untuk belia Melayu seperti saya, mengapa masyarakat Melayu terus kekal dipinggirkan dari segi sosioekonomi masyarakat Singpura yang kononnya tempat suburnya meritokrasi dan berbilang kaum, dan mengapa belia Melayu tidak dipanggil untuk khidmat negara yang 'wajib' disamping lain-lain 'mengapa' yang berkaitan dengan orang Melayu. Saya memang tidak puas hati dengan pandangan arus perdana tokoh budaya bahawa orang Melayu terpinggir kerana mereka tidak cukup rajin, tidak bersemangat, tidak ada daya usaha dan berbagai lagi 'tidak' yang tidak menyakin.
Mana mungkin saya dapat membaca buku ini dengan tidak beremosi, sedangkan ketika membacanya saya dapat rasa Lee berada di depan saya, dan seolah-olah berkata sambil tangan mendepa, ''Lihat Singapura hari ini.''

Awal -awal lagi saya ketika membaca kenang-kenangan Lee ini, betapa sakit hati saya, mudahnya Singapura mendapat kemerdekaan. Lee merakam kemerdekaan Singapura sebegini mudah seperti membilang satu, dua , tiga;

Pagi itu serupa dengan pagi hari Isnin yang lain sehinggalah alunan muzik terhenti. Tepat jam 10 pagi, irama pop yang sedang berkumandang dicorong radio dihentikan dengan mendadak.Para pendengar terkejut mendengar juruhebah dengan bersungguh-sungguh membaca satu peristiharan -- 82 patah perkataan yang merubah kehidupan rakyat Singapura dan Malaysia.

Tiba-tiba, merdeka Singapura.

Selepas itu Lee, pada hari yang sama, pada pagi itu juga membawa saya ke Kuala Lumpur, ke dalam parlimen;

Dewan begitu senyap.Tunku sedang berucap bagi pembacaan pertama.... Menjelang jam 1.30 perbahasan bagi pembacaan kedua dan ketiga berakhir, dan rang undang-undang itu dikemukakan ke senat.
Setelah dibaca tiga kali di Senat( Dewan Negara) ia diperkenan oleh Yang Dipertuan Agong, sah Singapura berpisah dengan Malaysia hari itu juga. Sungguh cepat Tunku.
Lee menyatakan;

Tiga pembacaan di kedua-dua dewan adalah tiga talak yang dijatuhkan oleh Malaysia untuk menceraikan Singapura.

Ia tidak boleh dirujuk lagi, sampai bila-bila.

Tunku silap. Kesilapan paling teruk dalam sejarah Melayu moden.Tunku tidak faham dan tidak pernah hidup sebagai minoriti.
* Saya selalu mengenang barang yang lepas. Selalunya penuh dengan emosi.

9 comments:

najibah said...

Salam Isma, maaf komentar ini tak berkait Lee Kuan Yew di atas...

Kalau belum dengar tentang bengkel cerpen/novel Azmah Nordin, dan kalau berminat, ayuh ke http://azmahnordin.blogspot.com

abuyon said...

salam Isma. Inilah peristiwa dalam rentetan sejarah tanah Melayu yang melukakan, lebih-lebih lagi kepada pejuang-pejuang yang mahu menegakkan Islam di bumi Tuhan ini.

Pedih dan parutnya masih terasa meski sudah lama.

Begitulah setiap kali kita bila berhadapan dengan keputusan yang merugikan bangsa, beribu tahun lamanya.

Isma Ae Mohamad said...

Kak,
terima kasih ats info tersebut. Insya-Allah saya ke sana.

Tuan,
mangsanya adalah saya.Perit jadi minoriti.

abuyon said...

Oh, Isma berada di bumi todak ya :) Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Tegaklah iman dalam hatimu. Qul amantubillah summastaqim.

Isma Ae Mohamad said...

Bukan, saya orang Patani, warga Thailand. Juga mangsa sejarah.

abuyon said...

Oh maafkan, patani yang sangat hargai. Di sana ilmu Islam terpelihara.

Isma, jemput baca sajak saya di http://hijau-tinta.blogspot.com

Saya banyak koleksi Hamka. Mesti beli kalau jumpa di mana-mana :)

abuyon said...

Isma, malu saya. Dia sudah baca dan komen pula tapi kujemput lagi (sajak):)

Maksud saya, kempen tu Ramadhan Zero Defect, nak ajak kempen, ke guane?

Detail, baca blog saya lagi satu deh.

*patani yang sangat saya hargai

Annabuadiary said...

salam isma , sejarah 1909 itupun adalah retetan kuasa kuasa yang tidak kisahkan nasib bangsa ...penjajah memang sesuka hati jer memisahkan sempadan geografi ...

Isma Ae Mohamad said...

Dan pemerintah Melayu ketika itu pun satu hal....