Zhoa Ziyang nama penting dalam perhimpunan umum jutaan orang di Dataran Tiananmen 20 tahun lalu.Beliau begitu moderat dalam PKC dan menentang cara militer PKC menangani rapat umum itu. Namun, dalam PKC yang dikuasai oleh golongan komunis totok, telah mengambil tindakan keras dengan menembak penunjuk perasaan. Ratusan mati. Beliau menentang cara kejam ini.
Dan menyebabkan beliau sendiri dikurung dalam rumah hingga akhir hidupnya. Dan segala jawatan dilucut. Saat-saat ditahan di rumah itu diambil peluangnya merakam kisah di sebalik tragedi Tiananmen yang hingga sekarang cuba ditutup pemerintah China. Kerajaan China tidak memasukkan tragedi itu dalam sejarah.
Zhoa Ziyang bukan menulis terus di kertas memoir peribadinya itu tetapi ia merakamnya melalui kaset. Diperkira ia merakam dari tahun 2000 hingga tahun 2002. Rakaman kaset itu berjaya diseludup keluar dari rumahnya yang dkawal ketat dengan tidak menulis nama pada pita kaset itu. Usaha itu berjaya.
Setelah dia meninggal tahun 2005, empat tahun selepas itu rakaman kaset-kaset itu berjaya dibukukan dengan 336 halaman bertajuk, Prisoner of the state book; The secret Journal of Premier Zhoa Ziyang . Secara langsung menceritakan kisah sebenar tragedi Tiananmen itu. Juga, ia menceritakan golongan pimpinan PKC yang bergaris keras itu.
Zhoa Ziyang memesan dari kaset itu, China harus menerap sistem parlimenteri dan juga mengembang nilai-nilai demokrasi.Kehadiran suara Zhoa ini sangat membimbangkan kerajaan China. Terus buku ini diharamkan beredar. Di era globalisasi ini usaha kerajaan China tidak akan berjaya. Lambat laun buku ini pasti akan meluas beredar. Lagi ini adalah suara orang mati.
_____________________
_____________________
*Apa yang berlaku di Xinjiang adalah juga kerana dasar keras komunis yang cuba dipaksa ke atas wilayah tersebut.
2 comments:
Salam,
Sangat dahsyat membaca kisahnya ya.. begitulah manusia bila berdepan dengan pemimpin kejam kuku besi. Mahu luah mati anak, telan mati bapak.
Salam,
Rasanya, pemerintah tempat tuan menuntut ilmu lagi zalim.:) Saya agak saja.
Post a Comment