Matanya meliar-liar ke negeri China dan berhenti di suatu tempat bertulis Xinjiang atau Xinjiang Uyghur Autonomous Region. Letaknya jauh dengan tempat bernama Beijing. Dia mengukur, hampir sejengkal jaraknya. Tapi ia dekat-dekat dengan negeri setan. Teringat akan Allahyarham P. Ramlee. Hati dia berbunga kecil. Tampak, Kyrgyzstan, di bawahnya, Tajikistan, dan di atas Kazakstan. Juga ada Turkmenistan dan Uzbekistan.
Lama dia menatap peta itu. Anak mata kirinya sedikit menjeling ke hujung mata, nun jauh nama Turkey kelihatan. Sebelum itu Iran. Jauhnya, dia menyoal. Rasa risau mula menjalar di hatinya.Terus bayangan susunan huruf-huruf di akhbar datang menerpa, '' Pemerintah telah menghalang cerita yang sebenar. Mungkin tragedi rusuhan ini lebih buruk dari apa yang dikhabarkan.''
Dia memejamkan mata.Perlahan-lahan dia semacam berdoa.Bunyi seperti, '' Ya Allah, selamatkanlah Uyghur aku.'' Dia melafaz berkali-kali. Terasa tengkuknya bagai disekat.Dadanya mula berombak. Setelah mata dibuka, Xinjiang masih di depan.
Selepas itu, dia menarik nafas panjang dan menghembus lembut. Lega sedikit.Tangan kanan mencapai telefon bimbit di pinggir meja. Mulalah jari-jemarinya bermain dengan butang-butang. Tekan-tekan, timbul nama orang yang dirisaukannya itu. Nama itu pelik ejaannya.Bukan lazim buat perempuan Melayu. Dia sendiri pun hanya menyebut 'perempuan Uyghur' sahaja kalau ada yang bertanya.
Dia sedar sudah berbelas-belas kali nombor pada nama perempuan Uyghur itu telah didail. Hasilnya sama. Hanya kedengaran, perempuan berbahasa orang putih berkata, maaf, talian anda tidak dapat disambung. Sekali lagi dia mencuba, sama juga, seperti kelmarin, seperti beberapa hari lepas.
Sistem Pesanan Ringkas, oh, SMS, entah beberapa kali dia hantar. Sudah banyak kredit habis. Dari sependek kata, '' Mu OK?'' kepada yang berjela-jela dengan doa-doa, dia sendiri rasa malu hendak baca semula, semua telah dilayang pergi. Namun, sampai saat ini, tiada satu pun dibalas. Ia terdampar di Beijing, agaknya. Telefon bimbit berjenama Nokia, keras juga diletak di meja, atas peta, tepat di atas huruf-huruf membentuk nama CHINA hingga berbunyi, dum!

* Setakat ini sahaja. Begitulah rasa resah dia atau saya sebenarnya dengan berlaku rusuhan etnik antara Uyghur dan etnik Han di Xinjiang beberapa minggu lalu.Hari-hari hidup saya tidak senang. Bila terperap dalam bilik, bila lihat peta China, saya begitu risau sekali.
Mana OIC? Jika takut hendak kutuk China, mana suara bimbang negara-negara Islam?Mana suara risau menteri luar aku( baca:mu)?Memanglah menteri luar aku, tidak akan kutuk.
*Sedang cari buku tentang Xinjiang.
2 comments:
Salam,
Gitu skali resah. Ni mesti ada suatu yg istimewa di sana kan.:)
:D tapi :(
Post a Comment