Saturday, July 18, 2009
เจี๊ยบ ออกหนังสือ ทักษิณ Are you O.K
Baru-baru ini, persinggahan Thaksin di KL sebentar untuk mengisi minyak jetnya sebelum menerus penerbangan ke Fiji mengundang banyak persoalan dan kurang senang pemerintah Thailand.
Thaksin mendakwa beliau mendapat kawalan istimewa di Malaysia. Namun, KP Musa Hasan membantah.
Pelik, Malaysia tidak tahu keberadaan Thaksin.
________________________________________
Gerak gerinya sentiasa diperhati penuh minat bukan saja dalam Thailand bahkan luar Thailand. Belum pernah dalam sejarah politik Thailand moden wujud manusia bernama Thaksin yang sentiasa mencemaskan lawan dan juga institusi masyarakat di sana.
Tidak hairanlah, banyak hal berkaitannya boleh diubah menjadi wang.
''Saya boleh buat wang dengan menulis buku tentangnya. Saya bukan meminta wang darinya.''Kata Lt Sunisa Lertpakawat penulis buka Thaksin, Are You OK? buku terbaru setelah, buku,Thaksin, Where Are You.
Secara jelas ia menerangkan Thaksin menggunakan teknologi untuk terus melangsungkan semangat politiknya. Beliau, menurut Sunisa mempunyai 30 simcard dari pelbagai negara. Mungkin simcard Malaysia ada juga. Akan menggunakan simcard itu mengikut negara yang ia berada. Dan mempunyai lima set telefon bimbit termasuklah, Nokia Music Express dan BlackBerry.
Thaksin ini suka chat dengan anak-anaknya setiap hari melalui MSN Messenger . Macam budak-budak, tulis Sunisa.
Begitu juga dengan panggilan tefelon yang ia buat untuk penyokongnya di tanahair. Panggilan dibuat melalui Internet Protocol Television or IPTV yang disambung terus pada satelit penyiaran Shinsat. Dengan itu dia tidak perlu bayar mahal.Dan boleh buat panggilan video lagi.
Jika kerajaan sekat IPTV, Shinsat boleh beri IP baru. Ia sentiasa diubah saban hari.
Jelas sekali, teknologi betul-betul dimanfaat oleh Thaksin. Jika revolusi Iran dulu hanya berbekalkan kaset-kaset Ayatollah diseludup dari Paris. Thaksin lebih dari itu, dia ada jet.Dan dia punya satelit. Tapi masih gagal.
[Watch video of Sunisa's interview]
_________________________________
Selepas kerajaan kroni Thaksin tumbang di tangan juri hakim awal tahun ini, orang kanan Abhisit di selatan Thai (di kampung saya) telah menganjur majlis kesyukuran atas kemenangan itu. Dalam hati saya berkata, khabarkah?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment