Monday, March 2, 2009

Buku Pilihan 2008


Dalam banyak-banyak buku yang saya beli dan dapat percuma tahun lepas. Boleh dikatakan setiap minggu saya membeli buku.Hanya dua buku ini sahaja menjadi pilihan utama. Saya sentiasa membawanya jika terlibat dengan tugas jurnalistik ditempat yang jauh. Sampai buku-buku keronyok.

1. Fiksyen- Novel Tuhan Manusia, karya Faisal Tehrani.

Novel ini memberi saya banyak bekal, beri semangat dan keyakinan.Dalam isu Islam Liberal saya pernah terluka hati.Hidup sebagai warga Thailand terlalu banyak cabaran dan dugaan.Saya risau akan kempen-kempen agresif mereka. Seperti yang dibangkit Faisal dalam novel ini.

Mereka terus berhujah mengaruhi kita; ''Setelah kita mengkaji dan mengkaji, kita dapati semua masalah yang timbul di dunia hari ini ialah kerana agama. Agamalah yang menyebabkan masyarakat berpecah-belah, saling bertentangan sehingga bukan sahaja permusuhan ini berlaku antara agama tetapi juga dalam agama itu sendiri.''

Sekadar contoh kata mereka, lihat di Ambon,Indonesia, di Nigeria ada sahaja pertentangan antara Islam dan Kristian. Pakistan, Sunnah lawan Syiah. Begitu juga di Iraq. Di Ireland Utara, konflik bernuansa Kristian belum pun habis-habis.

Mereka cuba mengelirukan lagi; '' Itu sunnah Allah. Kalaupun ada orang nak murtad asalkan mereka baik tidak menjadi hal. Agama sama. Semua orang yang baik masuk syurga. Takkan kau nak hujahkan Mother Theresa masuk neraka? Dia baik. Takkan kau nak hujahkan Mahatma Gandhi juga masuk neraka, sedangkan dia orang baik.''

Dan mereka terus menyesatkan lagi; '' Islamkan agama bebas, tiada paksaan terhadap agama. Kita mendorong dan mengajak orang masuk Islam, kenapa pulak kita nak larang orang meninggalkanya.''

2.Bukan Fiksyen- Dari Beirut ke Jerusalem(Terjemahan Bahasa Melayu), tulisan Dr. Ang Swee Chai.

Apa yang ditulis Dr Swee ini sangat menyentak perasaan saya.Bila teringatkan Palestin , teringat saya pada Dr Swee.Ketika Gaza dibom betapa sakitnya hati saya. Setiap kali membacanya, pasti saya akan sebak. Saya sedih kerana tidak dapat berbuat apa-apa untul Palestin.

Baca apa yang dilihat Dr Swee semasa pembantaian Kem Sabra dan Shatila.

''Saya mula menangis. Kini barulah saya faham apa yang sebenarnya berlaku. Ia benar-benar menyentak jiwa saya. Saya terlalu sibuk sebelum ini sehingga tidak sempat berfikir. Tetapi sekarang saya sedar. Sewaktu kami berhempas pulas cuba menyelamatkan beberapa kerat nyawa di bilik pembedahan,beribu-ribu penghuni kem dibunuh beramai-ramai di kediaman mereka, tidak cukup dengan ditembak, mereka juga diseksa sebelum dibunuh.

Mereka dipukul dengan kejam,diikat dengan wayar, mata mereka dikorek,wanita dirogol bergilir-gilir dan kanak-kanak dibom hidup-hidup. Apabila melihat mayat mereka yang patah riuk, saya percaya mana-mana yang mati serta merta adalah mereka yang bernasib baik.''

4 comments:

M.Iqbal Dawami said...

Tampakkan covernya.Saya penasaran hendak baca.

Isma Ae Mohamad said...

Hendak baca Tuhan Manusia? Nanti, Insya-Allah saya kirim ke Indonesia.

Nur said...

saya merasa sungguh iri dengan anda, saya ini, mahu benar membaca yang membangunkan ruh saya, bukan sekadar mahu meluaskan minda!

Isma Ae Mohamad said...

Nur,
Terbitkanlah perasaan cinta pada buku. Ia akan menguatkan lagi keyakinan kita.Jika kita membaca buku yang menghina Islam pun, semakin kuat kita untuk membela Islam. Tapi jika kita hanya membaca sekadar mahu luaskan minda, silap-silap boleh merudum iman...jauhkan