Thursday, April 28, 2011

Makan ''Nasi Goreng Budu Kakak''

Anak pengganas. Anak penjahat. Anak pembunuh.


Itulah gelar-gelar yang sering dilempar kepada anak-anak yang ayah mereka kena tahan di bawah akta yang berkaitan dengan keselamatan negara dalam konflik selatan Thai di sekolah oleh rakan-rakan.Mereka dibuli! Ada anak-anak ini terutama laki-laki membelas kembali ejekan itu dengan bergaduh."Aku nak tumbuk mereka,"tegas seorang anak yang ayahnya ditangkap. Bagi murid perempuan pula banyak berdiam, mereka memendam perasaan yang dalam bila mendapat diejek sebagai anak pengganas atau penjahat. Tidak kurang juga anak-anak ini tidak mahu ke sekolah lagi kerana tertekan dan malu.


Saya telah menyelami kesulitan dan payahnya hidup para anak-anak ini.Dan mereka ini akan tercicir dari persekolahan, sebahagian besarnya. Saya mudah tersentuh bila anak-anak tidak dapat sekolah kerana kemiskinan. Ia mengingatkan saya masa dulu, hampir-hampir diberhentikan sekolah.Makan nasi putih dan nasi cicah budu, itu menu biasa atau nasi goreng budu setiap pagi buat bekal ke sekolah. Untuk menyatakan simpati dan juga bantahan, saya didikasikan sebuah cerpen untuk anak-anak ini, Nasi Goreng Budu Kakak;


Seorang pegawai tentera lengkap beruniform menatap mereka." Kami memohon maaf Puan. Kami terpaksa menahan suami Puan di bawah Undang-Undang Darurat kerana kami syak dia...."


Fauzeeyah bingkas bangun."Bengong! Dulu tahan ayah kami ikut Undang-Undang Tentera! Sekarang ubah pula kepada Undang-Undang Darurat! Entah esok lusa , tahan ayah kami ikut Akta Keselamatan Dalam Negeri pula!’’ Fauzeeyah melepas rasa geram dengan menumbuk meja.Adik-adiknya jadi bersemangat meskipun mereka tidak faham apa yang dikata kakak mereka.


Sejak ayahnya ditangkap, dia banyak membaca perihal undang-undang dan perlembagaan negara, dari sini, dia baru tahu ada tiga set undang-undang yang dipakai di wilayah bergolak ini. Pertama, Undang-Undang Tentera yang memperuntukkan masa selama tujuh hari buat anggota keselamatan menahan suspek sebelum didakwa atau dibebaskan jika kekurangan bukti. Kedua, Undang-Undang Darurat yang membolehkan pihak berluasa menahan orang disyaki selama tiga puluh hari. Dan ketiga, Akta Keselamatan Dalam Negeri yang memberi kuasa kepada tentera menahan tanpa bicara untuk satu tempoh terhadap suspek. Malangnya, pihak berkuasa telah mengubah taraf tahanan seseorang dari satu undang-undang kepada undang-uandang yang lain termasuk terhadap ayahnya. Ini tidak adil!, keluhnya dalam hati. Dia sedar dia budak kecil baru berumur empat belas tahun, air mata sudah pun meleleh turun.Tangan emaknya sudah mengusap di kepalanya seraya memohon maaf kepada pegawai itu atas kelakuan tadi. '' Kami datang hanya mahu melawat ayah budak-budak ini. Boleh?''


Lanjut baca majalah Aniqah bulan Mei 2011.


2 comments:

Sofira said...

salam.

hang punya pasai le ni, isma.

akak siap pi beli majalah Aniqah sebab nak tahu kesudahan cerita cerpen hang ni... kui,kui,kui.

Isma Ae Mohamad said...

haha...

Sebenarnya cerpen ni sebahagian bab dari novel yang sedang ditulis, oleh kerana saya SUMMBAT idea, saya kerat sebahagian bab dan jadikan ia cerpen...ya, saya dapat idea lebih baik untuk kesudahan cerita ini..haha